Thursday, May 21, 2015

LEMAK PEDAS REBUNG MADU IKAN MASIN









Lauk ni kejadian minggu lepas. Rebung madu pemberian sis Intan Zuhana. Rumah Intan sepeluang jer dari rumah kita. Thnx Intan. Kjee memang selalu terpandang rebung madu kat Pasar Keramat. Lintas dan pandang jer,. Tunggu masa tekak teringin barulah beli.

So apabila Intan call suruh datang rumah amik kopi kampung yang dibeli di mana Kjee lupa, tetiba apabila bonda beliau serahkan beg kertas, dalam ada pelbagai ole-ole. Ada kopi, mihun kering dan jugak rebung madu.

Setelah dua hari duduk dalam peti ais, Kjee pun terfikir nak masak. Mulanya nak gandingkan dengan udang. Kemudian ubah fikiran. Nak gandingkan dengan daging. Tetapi bila dah time nak masak, tetiba rebung tu digandingkan pulak dengan ikan kering masin. Ikan duri atau talang tak pasti tapi jugak pemberian rakan FB.. alamak yang mana satu Kjee lupa. Ramai rakan FB yang baik hati sangat hadiahkan Kjee macam-macam. Terima Kasih banyak-banyak.

Dulu ada makcik bagitau kalau masak rebung tak boleh buat pedas-pedas sebab rebung tu dah sedia tajam. Tapi kan, arwah Bonda dulu memang masak rebung dengan daging pedas-pedas. Tak ada side effect pun kecuali kejap-kejap lari ke tandas.

Anyway, kat rumah Kjee, kalau masak tak pedas, susahlah pulak nak tambat hati UnclePali sebab dia gemar sangat makan pedas. Jadi, pedaslah lauk rebung Kjee tu. Ini first time rasanya Kjee masak rebung lemak cili padi bubuh ikan kering. UnclePali suka so lain kali bolehlah buat lagi.

Resipi korang intai SINI ajelah ya.



Related Posts:

  • KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam… Read More
  • AYAM PENYET TERAKHIR YANG KJEE MASAK NGAN UNCLEPALI Hari ni buat Ayam Penyet for lunch. Masa makan tadi, UnclePali kata tak payahlah buat Ayam Penyet lagi. Leceh. Beli bukannya mahal...buang masa jer. Dia bebel sambil makan. Kjee macam biasa buat tak dengar. Karang la… Read More
  • SINGGANG TENGGIRI & SAMBAL JAWA Ini yang Kjee masak petang tadi untuk  kami tiga beranak. Dua2 lauk ini permintaan Nadia yang dah lama tak makan masakan Kjee. Singgang ni Kjee buat macam biasa. Campak bawang putih, bawang merah, lengkuas dan dau… Read More
  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor. Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang… Read More

0 comments:

Post a Comment