DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

Wednesday, June 24, 2015

BAJU RAYA TAHUN LEPAS LEPAS MASIH ELOK TAPI DAH KETAT? MASALAH KE?

Ini masalah korang? Tiga minggu lagi kita nak Raya. Kjee pasti ada yang rasa macam nak menangis apabila kain ela yang dibeli semua kena reject tailor. Maklumlah, last minute baru nak gi tempah kan? Mujurlah mokcik ada tailor yang baik sangat hatinya. Tiap kali menjelang Ramadhan, dia akan book untuk mokcik. Dua helai untuk kita dan dua helai untuk Nadia. Dah dekat...

Tuesday, June 23, 2015

MAKAN SAMPAI PENGSAN DI JAZZ HOUSE STEAMBOT, KPG BARU, KL

Seandainya teringin berbuka puasa dengan hidangan Steamboat dan Grill, bolehlah singgah di Jazz House Streamboat dan Grill di No 71, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kalau datang dalam satu grup, satu pax percuma untuk setiap 10 pax dewasa. Harga pakej sepertti tertera pada poster-poster dibawah. Huraizah Jaja, chef dan pemilik Jazz House...

Friday, June 19, 2015

TIADA ENTRI MAKANAN SEPANJANG RAMADHAN

Kenapa Kjee senyap jer sekarang hah? Hari-hari kami intai blog tapi tak ada entry baru. Kjee sihat ker? Itulah antara yang Whatsapp atau private message Kjee di FB. Hmmm nak cakap apa hah? Entahlah kali ni Kjee rasa kureng rajin sikit nak berceloteh di bulan Ramadhan ini. Faktor usia kot. Maklumlah Kjee akan confirm jadi Warga Emas lebih kurang sebulan lagi. So, banyak...

Saturday, June 13, 2015

DAGING MASAK NEGRO?

Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak nama ni sebab dulu masa Kjee tengok resipi ni, Kjee terpikat pulak dengan namanya. Yalah selalu orang tulis Ayam Masak Kicap lah...Masak Hitamlah... tetiba...

Thursday, June 11, 2015

AYAM KAMPUNG MASAK GULAI PAHANG

Tiap kali balik kampung UnclePali kat Pahang, Kjee intai jer ayam kampung belaan my MIL yang berkeliaran. Tapi tak sampai hari nak 'kerjakan' ayam MIL. Orang tua tu sayang sangat ayam dia. Biasalah. Dulu masa kecik-kecik arwah mak pun ada bela. Balik sekolah, kami bagi makan ayam dia. Letak beras kat tapak tangan. Ayam datang patuk-patuk. Happynya. Apabila Bonda nak...

Wednesday, June 10, 2015

LAUK UDANG MASAK LEMAK DENGAN PERIA?

Ini lauk kejadian minggu lepas. Sepatutnya Masak Lemak Peria sama Udang. Tetapi setelah siap gambar ditangkap UnclePali (gambar atas), Kjee terus naik darah. Dah jadi Masak lemak Udang dengan peria. Sepatutnya peria jadi main feature!! Maklumlah selepas penat masak, Kjee kaup jer masuk bekas. Pastu lepas tangan pasal gambar. UnclePali pun main tangkap jer. Bila dah siap...

Tuesday, June 9, 2015

IKAN KELI SAMBAL HIJAU PLUS PETAI

Orang kata, cara pemakanan kita banyak dipengaruhi oleh ibu kita. Contoh, kalau ibu kita tak makan sayur, maka anak-anak pun tak makan sayur. Kalau si ibu kuat makan pedas anak-anak pun punya pattern makanan yang sama. Well, Kjee tak berapa nak percaya sangat kata orang. Tapi kalau ibu tak makan sayur, anak tak makan. Logiknya anak menjadi begitu sebab ibu...

Monday, June 8, 2015

BELI L'AROME DAPAT DUIT RAYA!!

Bulan Ramadhan bakal menjelma... lepas sebulan kita berpuasa, kita Raya pulak. Oleh kerana duit Raya sinonim dengan Hari Raya, maka Kjee pun nak bagilah duit Raya kepada customer L'arome Warm Serum (LWS) yang dulu dikenali sebagai L'arome Slimming Serum. Duit Raya ini hanya untuk pembelian 1 set empat botol LWS. Harga di semenanjung RM410...

Friday, June 5, 2015

SAMBAL IKAN JENAHAK

Sorry sambal menutupi ikan goreng..hehehe Hajat hati nak buat Kerutub (Kerutup?) Ikan. Last sekali Kjee buat masa Nadia belum ada. Kjee baru kahwin dengan arwah abah Nadia masa itu. Belajar dari bapak saudara sahabat Kjee. Orang Muor masa anak dara dulu. Memang sedap sangat. Ia ala-ala sambal ikan tapi letak serai, lengkuas dan halia. Pastu rasanya ada manis-manis...

Wednesday, June 3, 2015

NASI TOMATO, KURMA AYAM DAN ACAR RAMPAI, SELERAKU

Tiap kali Nadia sebut nak makan sesuatu, dimasa yang sama, dah dua tau tiga hari Kjee memikirkannya! Sebab itu apabila Nadia mintak Kjee masakkan dia Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai, Kjee dengan senang hati jer buat. Itulah naluri ibu dan anak, agaknya, Hehehe. Tak susah sebenarnya nak masak Nasi Tomato. Kjee dah banyak kali buat. Cuma sejak kebelakangan...

BUAT STOK TELOR ASIN UNTUK RAMADHAN

Minggu lepas Kjee nampak kat newsfeed Kjee, ada seorang fren tayang gambar dia buat telor asin. Kjee baca semua yang komen. Dia macam buat bodoh jer apabila ada yang mintak resipi. Mungkin dia balas secara private message (pm). Alah tak kesah lah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada orang tu, kita tak mintak pun dia terang-terang pos resipi kat open wall FB dia....