Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe.
Kjee letak nama ni sebab dulu masa Kjee tengok resipi ni, Kjee terpikat pulak dengan namanya. Yalah selalu orang tulis Ayam Masak Kicap lah...Masak Hitamlah... tetiba Kjee tengok resipi tu Ayam Masak Negro.Very interesting.
Kjee tak pernah buat Daging Masak Negro. Kalau bubuh ayam tu memanglah dah selalu Kjee buat. Kjee teringin nak buat setelah beli Daging Dendeng aritu. Kjee jarang-jarang makan dendeng. So bila Kjee beli, baru terfikir rasanya sama dengan Ayam Masak Negro. Jadi, apabila ada stok daging batang pinang dalam peti sejuk, Kjee pun teringatlah nak buat dendeng versi Kjee.
Bila dah siap barulah Kjee perasan rasanya hampir sama
Daging diperisakan dengan garam, goreng dan tumbuk |
Selesai tumbuk. Kjee guna 1 botol bawang goreng |
Kjee tak tau resipi Dendeng macam mana rupanya. Tapi resipi yang Kjee guna samalah macam untuk buat Ayam Negro aritu. Cuma kali ni Kjee beli bawang goreng yang sudah siap goreng kat Pasar Keramat. Bukan yang dalam peket biasa tu (yang disalut tepung) tapi yang home made. Kjee letak 1 botol yang harga RM12 tu (lihat gambar).
Kjee guna daging segar lembut (daging batang pinang) sebanyak lebih kurang 700 gms. Hiris lepas tu Kjee goreng. Tapi selepas goreng, Kjee rasa nak tumbuk pulak sampai nipis.
Kemudian buatlah cam resipi Ayam Negro. Tumis cili kisar (ikut banyak mana kepedasan yang suka. Lagi pedas lagi sedap sebab kicap kan dah manis). Campakkan 1 kayu manis, 2 bunga lawang dan 3 pelaga. Apabila dah terbit minyak, masukkan kicap manis. Tunggu sampai dah keluar buih, masukkan daging. Gaul sampai rata. Bila dah naik wap, padam api.
Semalam Kjee makan terus selepas masak. Tapi apabila makan malam tadi, barulah timbul rasanya. Dah mesra kot.
Semalam Kjee buat jugak Labu Masak Bening. Best pulak gandingan dua lauk tu.
Alahai daging negro tu mmg feberet la kakjee, bertambah2 makan kalau ada daging ni :)
ReplyDelete