Tuesday, June 9, 2015

IKAN KELI SAMBAL HIJAU PLUS PETAI










Orang kata, cara pemakanan kita banyak dipengaruhi oleh ibu kita. Contoh, kalau ibu kita tak makan sayur, maka anak-anak pun tak makan sayur. Kalau si ibu kuat makan pedas anak-anak pun punya pattern makanan yang sama.

Well, Kjee tak berapa nak percaya sangat kata orang. Tapi kalau ibu tak makan sayur, anak tak makan. Logiknya anak menjadi begitu sebab ibu tak masak sayur. Betul tak? Kjee pernah tanya seorang ibu kenapa dia tak makan sayur. Dia kata mak dia pun tak makan sebab pahit. Justru, anak-anak pun terikut-ikut.

Wah panjang betul mukaddimah Kjee sedangkan apa yang Kjee nak bagitau ialah arwah Bonda tak makan ikan keli. Malah, masa Kjee kecik-kecik dulu, Kjee pernah tengok Bonda bertekak dengan bapak sebab orang tua tu beli ikan keli suruh dia masak.











Arwah Mak bising kata ikan keli cam ular. Licin... Dia tak nak masak! Kjee tak tahu apa terjadi kepada ikan keli malang yang bapak bawak balik tu. Hehehe.

Tetapi arwah Bapak memang suka sangat Ikan Keli. Dia selalu curi-curi beli Ikan Keli Goreng Berlada dan bawak masuk rumah. Pada Kjee, rasanya teramatlah sedap!! Dan Kjee lah yang paling suka mengendeng. Lama kelamaan, hanya Kjee sahaja jadi peneman apabila Bapak beli lauk itu.

Oleh demikian, I made sure Nadia suka makan Ikan Keli! Malah apa yang Kjee suka makan, Nadia harus suka! Cuma sejak akhir-akhir ni Nadia sudah tidak makan aiskrim dan cekelat. Oklah tu. Not my fav too melainkan kalau sakit tekak. Masa Nadia masuk spital kerana tonsilitis, dia dipaksa makan aiskrim. Kalau tak habis, Mama tolong habiskan. Hehehe.

Ikan Keli kali ini, pemberian Puan Khairani Dato Hj Khalid, pemilik Lubukmas Farm. Beliau mempunyai ladang itik ayam dan jugak kolam Ikan Keli di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau beri Kjee cuba Ikan Keli dari kolam beliau sebab ada orang kata rasa Ikan Keli tersebut macam Ikan Tenggiri! That means tak hanyir.











Kjee ingat nak masak Lemak Cili Padi tapi baru teringat ada stok Sambal Hijau yang Kjee buat dan bekukan. Tinggal sikit jer. Untuk bulan puasa ini, kena buat stok baru banyak-banyak. Kemudian Kjee fikir kalau Ikan Keli Sambal Hijau letak petai pun sedap.

That's what I did tadi. Masa tunggu ikan digoreng, Kjee panaskan Sambal Hijau dalam kuali atas dapur. Resipi Sambal Hijau KLIK SINI.

Apabila ikan keli yang Kjee potong dua, habis digoreng, Kjee transfer pulak ke kuali sambal hijau yang Kjee dah letak petai yang terlebih dulu digoreng seketika. Gaul ikan dan sambal dan petai, maka jadilah Ikan Keli Sambal Hijau dengan petai.

Sedapnya makan dengan nasi panas. Harus menjadi salah satu menu sahur di bulan Ramadhan nanti. Hehehe.

Thank You Khairini. Memang tak hanyir dan tak bau tanah.... So kalau ada sesapa teringin nak cuba Ikan Keli Batu Kikir Jombatan Bosi, bolehlah intai FB Lubukmas Farm.














Related Posts:

  • IKAN SIAKAP 3 RASA THAI innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • ASAM PEDAS CAMPUR SAYUR JERUK Dah berpuluh tahun Kjee tak buat Asam Pedas Ikan bubuh sayur jeruk asin. Tak kisahlah jeruk sawi ataupun kobis cina. Mungkin Kjee tak buat sebab susah nak jumpa sayur jeruk itu. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0… Read More
  • LEMAK REBUNG, AYAM GORENG DAN IKAN TENGGIRI GORENG ALA MAMAK Kelmarin masak asam pedas ikan tenggiri guna sayur sawi jeruk. Hari ni masak lemak rebung dengan kepala ikan tenggiri pulak. Mula plan nak masak lemak rebung tu bubuh ayam tapi last minute ubah fikiran. innity_pub = "d1d… Read More
  • SAMBAL IKAN KEMBUNG DAN LABU MASAK LEMAK PUTIH innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
  • NASI KANDAR KUDU...VERSI TUNJUK. HEHEHE Ayam masak hitam - lauk harus  kalau makan Nasi Kandar Hari ini Kjee betul2 kurang rajin hendak ke dapur. Cuaca kat luar malap jer. Dan bila cuaca malap, macam tu jugaklah mood mokcik ni. Unclepali suka apabila Kjee… Read More

3 comments:

  1. sedapnyeeeee.. first time tengok ikan keli masak dengan petai. suatu hari nanti boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. Menarik gak..sambal hijau tambah petai...
    Salam kenal =) #3156

    ReplyDelete