Wednesday, July 22, 2015

DAH LAMA TAK PEKENA ASAM PEDAS IKAN KURAU








Akhirnya, hari ni kami makan ikan! Dah beberapa hari dah Kjee perhatikan pokok daun kesom yang Unclepali tanam. Punyalah lebat dan segar bugar. Terus terlintas di hati nak masak asam pedas. Nak buat semalam tak jadi sebab Kjee kena food poisoning dan tidur sepanjang hari.

Tadi, lepas hantar Nadia pergi office, kami singgah di pasar Keramat. Hajat hati nak beli ikan tenggiri ataupun ikan parang. Tapi yang handsome dan senyum-senyum kat Kjee adalah ikan kurau. Kjee pun rembatlah lebih kurang 1kg...dari badan ke kaki.

Sedih jugak bila fikirkan arwah Bonda yang suka sangat makan kari ikan kurau. Hampir-hampir Kjee nak ubah masak kari tapi memikirkan dah berjanji dengan Nadia dan UnclePali nak buat Asam Pedas, maka terpaksalah jugak ikut selera mereka.

Tak tau nak kata ini Asam Pedas negeri mana. Johor pun boleh, Melaka pun boleh. Tapi kerana Kjee orang KL, maka inilah Asam Pedas orang KL.

Tak buat yang renyah-renyah letak tomato bagai. Kjee buat simple jer ikut tekak sendiri. Old school style. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup dan belacan (Kjee beli belacan Melaka yang siap bakar). Kemudian tumis dengan cili kering kisar sampai naik minyak pastu letak daun kesum dan air asam Jawa. Bila kuah dah pekat, letaklah ikan. Bila kuah dah mendidih, letak garam dan juga serbuk perasa atau sedikit gula. Slowkan api dan letak bendi.

Padam api dan hidang dengan nasi panas.

Sedap kalau dikawankan dengan ikan kering atau ikan pekasam. Dan juga telor dadar dan telor asin. Kjee ada banyak stok home made telor asin berbaki bulan puasa aritu.  Lupa nak beli ulam tadi. Tapi okaylah dah ada bendi dalam asam pedas tu.

Orang Melaka suka makan dengan kicap sekali. Okaylah labu. Nak makan dengan apapun, boleh jer. Gerenti polis tak tangkap lah.




1 comment: