Friday, August 28, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARI ORANG JOHOR









Kjee jarang-jarang sangat masak Ikan Pari sebab arwah mak kata, ia ikan yang 'bisa'. Boleh kena sakit sendi. So, masa muda Kjee elak makan tapi kenapa ya bila dah tua, sakit sendi! Jadi, tak ada kena mengena kot ikan pari dengan sakit sendi. Hehehe.

Aritu Kjee buat Pecal Ikan Pari. Ada berlebih dua potong. Selang seminggu, Kjee suruh UnclePali gi beli lagi untuk masak Asam Pedas. UnclePali beli tiga potong. Apabila tengok lima potong, banyak sangat pulak. So masak tiga potong pastu ada baki dua potong simpan dalam freezer.

Kalau arwah mak, dia lumur ikan pari dengan sedikit rempah ikan dan garam sebelum goreng. Rasanya sedap tapi warnanya jadi hitam kehitaman. Mungkin rempah tu punya sebab.








Masa Kjee kecik-kecik, mak akan masak Asam Pedas letak tomato. Kekadang dia letak jugak sos tomato! Punyalah Kjee hot sebab pada Kjee rasanya pelik. Tapi, dalam hot, bedal jugak. Hehehe. Kerana itu, Kjee tak pernah masak Asam Pedas letak tomato sehingga Kjee belajar buat Asam Pedas Johor dari Mat Gebu. Tetiba bila dah tua ni, sedap pulak.

Kalau beli ikan Pari, korang kena pilih satu-satu (yang dah potong) dan cium. Kalau bau ikan biasa-biasa jer, okay. Tapi kalau ada bau hancing, jangan beli. Itu species Ikan Pari Hancing. Baunya selepas masak takkan hilang walaupun sebersih mana korang cuci.

Itu aje mokcik nak cerita. Malas pulak nak taip resipi. Korang intai ajelah kat Blog Tanpa Sempadan Cik Mat yang Gebu tu. Hehehe







Related Posts:

  • IKAN TEMPURA MASAM MANIS Ini bekal Nadia pagi tadi. Sejak dia kena Diarrhea sebab makan kat gerai belakang bangunan pejabat dia beberapa bulan yang lalu, Kjee dah paksa dia bawak bekal dari rumah. Seperkara lagi dia juga sering kena gastrik se… Read More
  • OTAK OTAK PULAU PINANG PEMBUKA SELERA Hari ni Kjee buat lagi tapi extra pedasssss. Bestnya. Tapi UnclePali selamba je makan, kata tak pedas pun. Faham-faham, I've got a husband yang sanggup kunyah cili api sambil makan nasi kalau lauk tak pedas! Anyway, har… Read More
  • KARI IKAN TALANG KERING Our lunch tadi. Otak dah buntu. Tak tau nak masak apa. Kesian kan jadi suri rumah yang setiap hari terpaksa fikir apa nak masak? Mujur teringat ada berbaki ikan kering talang dalam freezer. Selongkar dan jumpa 4 pot… Read More
  • IKAN PATIN FROM OUR KOLAM Masih hidup...tergedik2...berkilat...handsome you!!! Inilah dua ekor ikan patin yang jiran kami Zamri tolong tangkap dari kolam kami pagi tadi. Tengah rendam bagi dia 'detox' dulu. Mungkin esok baru masak. Asam Pedas … Read More
  • ASAM PEDAS + SAYUR GORENG CAMPUR + IKAN GORENG Menu lunch hari ni. Asam pedas ikan patin ternak sendiri, buncis goreng sama carrot dan cendawan ntah apa nama beli kat Carrefour dan ikan patin goreng garing. Unclepali akan buat sambal belacan sebab dia nak makan kerdas. M… Read More

0 comments:

Post a Comment