Wednesday, August 19, 2015

FIRST TIME BUAT ASAM PEDAS AYAM







Sejak dua minggu ni, Kjee dah dua kali buat lauk asam pedas. Hari tu Kjee buat Asam Pedas Tulang, sesuatu yang tak pernah Kjee buat selama ini. Eksperimen Kjee berjaya. UnclePali dan Nadia cukup suka.

Pagi tadi, Kjee dah plan nak buat Asam Pedas Ikan Pari tapi last minute ada kawan-kawan FB kata Ikan Pari sedap kalau buat Pecal Ikan stail orang Jawa. Kjee pernah buat dan memang suka sangat makan. Nak buat arini tapi tak ada daun dan buah cekur. Dulu Kjee ada satu pasu. Lebat sangat. Letak belakang rumah, dikerjakan Cik Tie. Habis mampus. Esok nak gi pasar, beli.

Kemudian Kjee terkenang pulak lauk Asam Pedas Ayam air tangan Mat Gebu masa Kjee terjah rumah beliau dulu. Sedap sangat. Tapi nak masak sendiri, Kjee macam was-was. Maklumlah berpuluh tahun dah tekak ni hanya makan Asam Pedas Ikan dan Daging.

Kjee pun terus ke blog Dapur Tanpa Sempadan milik Mat Gebu. Ada dua tiga resipi yang sama. Kjee intai resipinya. Banyak bahan-bahannya. Tetapi Alhamdullilah, semua ada di dapur. Kjee suruh UnclePali petik daun kesom yang dia tanam dalam pasu di depan rumah.

UnclePali kemudian terus sambung kerja dia. Tinggal Kjee sorang-sorang kat dapur. No problem. Kalau tekak ni dah nak makan apa yang dihajati, lautan api sanggup aku renang. Hehehe. Mujur hari ni Kjee taklah lemah sangat cam hari-hari lain.

Tengah selongkar pantri, Kjee tak jumpa halba. Alamak resipi Mat Gebu ada bubuh halba sikit. Ahhh kita yang buat dia. Nasiblah kan. Kemudian baca resipi Mat Gebu berulang kali. Aiseyman apasal tak ada bubuh belacan? Mat Gebu terlupa bubuh kot?

















Kjee lari ke komputer, semak dua tiga resipi beliau yang sama. Ehh memang tak ada. Tapi gatal tangan pergi whatsapp Mat Gebu. Memang tak bubuh lah kak oiii! Mengaku jugak tak ada halba. Che Mat kata okay.

Maka Kjee pun masaklah ikut sebiji resipi Mat Gebu. Tak ada miss apa-apa pun termasuk buah keras dan Chicken Cube! Wah ini sesuatu yang tak pernah Kjee tahu harus dimasukkan dalam asam pedas!

Siap aje masak, Kjee rasa sikit. Ya Allah sedapnya!!! Kjee jerit panggil pengkritik terhebatku. UnclePali rasa dan tunjuk two thumbs!!! Tanda sedap!

Siap aje masak, lepas amik gambar, UnclePali yang baru selesai goreng ikan bawal kenit-kenit tu, terus capai pinggan nasi. Jom makan, dia kata. Masa tu jugak Kjee terkial-kial keluarkan chapati frozen jenama Kawan. Sejak dua menjak ni, Kjee memang dah jarang-jarang makan nasi.

UnclePali bukan sahaja tambah nasi dua kali tapi dia turut tambah lagi Asam Pedas dalam periuk. Cukup berselera dia makan!

Lepas ni, Asam Pedas Ayam akan selalu jadi menu kami. Apatah lagi sekarang harga ikan sudah melampau-lampau tinggi!

Hahaha korang mesti saspen kenapa Kjee tak bagi resipi lagi. Malas lah nak taip. So, korang tengok ajelah kat blog Mat Gebu kat SINI. Che Mat guna ayam tua tapi Kjee guna ayam biasa jer.

Cubalah buat terutama korang yang macam Kjee, selalu cuak nak try benda baru. Sedap gua cakap lu. Hehehe. Tadi Kjee makan dengan Chapati. Tapi kalau makan dengan Roti Canai, Roti Arab dan apa jua roti lah... sedap you!!






2 comments:

  1. Sedap ye kakjee.. Wah x pernah cuba. Nak cuba jugak nnt. Kalau kakjee kata sedap mmg sedap la tu sbb tart nyonya kak jee kata sedap tu mmg sgt sedap kat tekak saya. Terhutang budi tau pd kakjee pal resepi tart nyonya tu

    ReplyDelete
  2. Kak Gee, ini masakan lauk lejen orang Johor. Kita org dah biasa masak lauk ni. Tapi tak dinafikan, selain dari orang Johor memang tak biasa masak Asam Pedas Ayam ... termasuk my bro in-law. Tapi sekali mak saya masak ... each time balik JB, lauk ni pasti jadi menu wajib! Lauk ni memang awesome! Mesti makan dengan ikan kering asin @ telur asin dan sayur goreng kering, power gitu! Berpeluh menantu makan! Proud to be Johorean! Muah ciked!

    ReplyDelete