Kjee tak pasti samada korang biasa melihat sayur ni. Orang Cina pangil Tau Miu dan omputih panggil pea sprouts. Sama keluarga dengan Taugeh. Ia tidak ada ekor... or mungkin ekor dia dah dipotong siap-siap sebelum dipek. Rasa pun lebih kurang sama. Masak pun boleh buat sama cam kita masak taugeh.
Hari tu Kjee order Thai Salad kat KL House Of Lamb, Resident Chef Rahime Harun, selitkan jugak sayur ni. Sedap sangat salad tu dan Kjee tak sangka rupa-rupanya Tau Miu boleh dimakan mentah. Eh kalau ia keluarga taugeh, mestilah boleh makan mentah kan!
Sayur Tau Miu ni taklah fragile sangat macam taugeh. Kalau letak kat luar pun ia tidak cepat rosak macam taugeh. Setakat ni Kjee hanya jumpa Tau Miu ni kat Hero Market. Or maybe, Kjee jarang pergi supermarket lain. Hehehe.
Penyediaannya mudah jer. Rendam seketika dalam iar pastu ditos kering. Kjee masak tumis bawang putih sahaja tadi secara stir fried atau goreng pantas-pantas. Ketuk-ketuk dua tiga biji bawang putih, tumis dalam minyak yang sedikit, kemudian masukkan udang (ayam, sotong dan sewaktu bolehlah). Balik-balikkan seketika kemudian campakkan sayur Tau Miu yang telah di cuci dan ditoskan. Kjee tak letak garam, cuma sedikit kicap cair atau sos ikan Thai.
Oppppsss tentu korang perasan kenapa ada benda hitam dalam gambar. Tadi, semasa nak kemas pantry, terjumpa sekeping cendawan telinga tikus. Kjee rendam dalam air panas, ricik halus-halus dan campak ke dalam kuali bersama sayur Tau Miu.
Kjee pernah masak letak cendawan tiram atau oyster mushrooms (foto bawah). Tak bubuh rencah apapun. Ala-ala vegetarian. Pun sedap.
Letak cendawan tiram |
Tak perlu masak lama-lama. Lima tau enam minit jer. Kalau ada minyak bijan atau sesame oil, bolehlah letak satu dua titis keatas sayur setelah siap masak.
Kjee suka ratah jer sayur ni.
0 comments:
Post a Comment