Friday, August 21, 2015

STEW EKOR LEMBU








Apabila menjamu selera kat luar semakin mahal sekarang, the best alternative, masak sendiri. Walaupun Kjee tak pernah berkira bab makan, tetapi Kjee cuba elakkan pembaziran. Kalau reti masak sendiri, Kjee akan buat.

Bayangkan satu mangkuk Oxtail Stew dengan Garlic Bread, harganya tidak kurang dari RM25. Itu tak termasuk air kan? Sup ekor biasa, tak kesahlah mamak atau Thai, sekarang dah berbelas-belas ringgit. Kalau elok lembut dagingnya, berbaloilah jugak....

Tadi UnclePali beli kat Hero, dapatlah satu peket oxtail dengan harga lebih kurang RM22. Ada dalam 6 ketul yang kecik. Nasib baik kali ni tak ada banyak lemak. UnclePali beli carrots, russet potato, celery dan Baguette atau roti Perancis. Roti untuk buat Garlic Bread.

Hari ni Kjee buat stew lain daripada yang pernah Kjee buat. Kjee tumis (campur olive oil dan minyak jagung) bawang besar yang dibelah empat dan bawang putih yang Kjee ketuk-ketuk jer dalam Pressure Cooker. Bila dah naik wangi, Kjee masukkan celery yang di potong selebar dua inci dan carrot. Masak lebih kurang 5 minit.








Kemudian Kjee masukkan ekor lembu yang telah dicuci bersih. Boleh jugak dicampur dengan sedikit daging biasa. Apabila sudah wangi, Kjee letak air menutupi paras oxtail, dua beef cubes, 1 kayu manis, 2 bay leaf dan 1 sudu kecil lada hitam biji. Kemudian Kjee tutup pressure cooker dengan penutupnya dan masak lebih kurang 20 minit.

Selepas 20 minit Kjee bukak penutupnya dan cek samada daging oxtail dah empuk. Kemudian Kjee masukkan kentang yang telah dibelah empat, sedikit carrot dan jugak celery. Celery dan carrot ditambah sebab set pertama yang masuk tadi sudah hancur dan memekatkan kuah.

Kjee masak lagi selama 20 minit. Kemudian bukak dan rasa. Tambah garam jika perlu. Kemudian Kjee bancuh dua sudu besar tepung gandum dengan lebih kurang 5 sudu air. Masukkan ke dalam stew yang sedang mendidih untuk memekatkannya.

Itu jer. Makan dengan garlic bread. Hari ni mood ke laut sebab sakit perut. Semalam makan Pecel Ikan yang terlebih pedas. Perut orang lama. Huhuhu.

Resipi penuh klik SINI. Untuk garlic bread, sila klik SINI.






1 comment: