DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, September 28, 2015

REBUNG MADU MLCP DENGAN DAGING TETEL










Lauk ni memang all time favorite Kjee. Memang ngamlah masukkan daging tetel yang telah direbus lembut sangat-sangat! Kalau ada babat pun, tersangatlah ngam.

Kjee terfikir jugak nak letak babat. Tapi bila fikirkan minggu lepas dah masak Babat dengan nangka muda, maka Kjee pun letaklah daging tetel. Ini bukan tetel daging korban tetapi tetel yang Kjee beli kat pasar minggu lepas dan siap-siap rebus dalam Pressure Cooker.

Cakap pasal Pressure Cooker atau periuk tekanan, ada kawan Kjee yang tak berani nak guna sebab ada insiden masa kecik. Kononnya, pembantu rumah mereka tersilap bukak penutup dan ia meletup. Kjee tak dapat cerita jelas macam mana pembantu rumah tu bukak penutup tersebut.

Sejak kecik lagi Kjee dah terdedah kepada penggunaan pressure cooker. Memang ianya antara gadjet sangat penting yang arwah Bonda guna selain mesin basuh.


Inilah jenama yang Kjee guna sekarang. Rasanya yang ke-4, Kjee guna.



Ada teknik nak buka penutup pressure cooker, kalau kita malas hendak tunggu sampai ianya terbuka sendiri. Kjee letak di dalam sinki dan bukak paip (biar air mengalir perlahan) atas 'kepala' atau tombol asap PC sampai ada bunyi. Ini mengambil masa dalam mungkin lima minit. Kemudian Kjee tolak tombol tu perlahan-lahan guna senduk hingga tiada bunyi. Kemudian, penutup akan boleh buka dengan mudah dan selamat.

Okay berbalik kepada lauk Rebung macak lemak cili padi dengan daging tetel ni. Kjee masak macam biasa aje. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup berserta sedikit garam. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan cair (atau air rebusan tetel).

Apabila sudah mendidih, masukkan rebung dan tetel dan jerang lagi. Letak sekeping dua asam gelugur. Kjee jugak letak dua batang serai dan jugak santan pekat.

Didihkanlah. Kemudian rasa. Apabila sudah sesuai dengan citarasa, padam api. Hidang dengan nasi panas.






Sunday, September 27, 2015

DAGING GORENG MUDAH










Memang dah jadi kebiasaan, kalau dapat sedekah daging Korban, Kjee akan goreng. Hiris nipis-nipis, kasi garam dan kunyit, perap seketika dan goreng. Ikut sukalah nak goreng garing-garing atau sebaliknya.

Kemudian Kjee akan hiris satu labu bawang besar dan cili. Tak kesahlah cili padi atau cili besar. Kemudian apabila daging dan cukup masak, masukkan bawang dan jugak cili. Terus goreng sekejap sampai abwang layu dan keluarkan. Tos atas tisu dapur untuk serapkan minyaknya.

Itu jer. Tapi kekadang Kjee letak juga daung bawang yang telah dipotong-potong selebar 1½ inci. Gaulkan jer di minit terakhir. Sedapnya. Tapi stok daun bawang tak ada. Rasanya masih ada tapi selongkar fridge, rupa-rupanya Nadia dah bersihkan fridge dan buang!!

Oh ya lupa pulak. Kalau goreng sekali daun kari pun sedap tau. Hehehe.

Makan dengan nasi panas atau ratah gitu sahaja. Cubalah.





Saturday, September 26, 2015

CARA KJEE DAPAT COOKIES RANGGUP










Kjee suka my cookies ranggup ataupun garing. Especially kalau didalamnya ada kacang. Mungkin sebab terpengaruh dengan store bought cookies. My fav is Danish Butter Cookies. Tapi sekarang kat Ayam Mas pun ada butter cookies yang equally sedap. Kalau cicah dengan fresh milk... sedap sangat.

Dah seminggu lebih Kjee buat sendiri Choc Chips cookies. Lihat SINI. Dari menerai resipi ori yang Kjee intai dalam Blog Masam Manis, ke cookies yang Kjee olah balik ikut citarasa sendiri. Ianya mesti kurang manis dan garing.

Dan semalam, setelah buat kali ketiga, Kjee dapatlah keranggupan, yang kami bertiga suka. Puas memikir teknik apa yang harus dibuat. Rupa-rupa kena ikut teknik 'sendiri mau ingatlah'. Hehehe.

Rasanya kalau nak buat biskut ranggup, biskut tu mestilah di bakar leper. Tak boleh buat montel-montel, nanti bahagian dalamnya tidak garing. Dan kena tambah masa memasaknya dari resipi asal. Menurut resipi asal, hanya 18 minit guna suhu 160 darjah. Suhu tu dah okay tapi masa membakar Kjee lanjutkan sampai 25 hingga 30 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

Alhamdullilah, biskut Kjee jadi garing dan ranggup!! Satu lagi, mungkin Kjee terus susun atas dulang pembakar tanpa letak kertas minyak atau parchment paper. Kepanasan dulang mungkin antara sebab biskut itu garing dan ranggup.




Kjee guna dua sudu utk letak atas dulang. Pastikan ia leper.




Isyhhh korang jangan percaya 100% cakap Kjee ni. Kjeer bukan amik tips ni dari mana-mana atau sesiapa. Cuma main hantam sahaja. Nasib baik menjadi. Alhamdullilah. So, kalau ada nak follow, silalah.

Yang rasa Kjee buat tak betul, korang kongsilah ilmu yang korang tahu. Tak baik simpan atau kemut ilmu, pastu menyalak kata Kjee buat ni silap ya. Ada insan yang macam tu!

Okay itu sahaja yang Kjee nak kongsi. Sebenarnya, berat sangat Kjee nak kongsi sebab Kjee tak tahu samada teknik ini betul atau silap. Apapun, memandangkan ada my FB friends yang mintak sangat Kjee share, maka Kjee pun lakukan dengan seikhlasnya.

Kalau korang suka manis, ikutlah resipi asal dalam blog Masam Manis. Kalau korang rasa lebih sedap ianya dikurangkan manis, tepuk dada tanya sendiri. Tapi sukatan gula Kjee hanya kurang daripada setengah cawan (gula putih campur soft brown sugar). Justru korang tak perlu runsing kalau guna choc chips yang manis atau semi-sweet ya.

Oh ya seperkara lagi. Resipi asal menasihatkan supaya jangan terlalu lama membancuh gula, butter dan telor. Semalam, Kjee bancuh lama sikit... dan hasilnya. rasa Kjee lah, biskut tu menjadi lebih ranggup.

Setelah benar-benar sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara. Satu adunan, Kjee dapat 50 keping biskut.

Okay selamat mecuba. Kalau ada salah silap, harap maaf.






Friday, September 25, 2015

ASAM PEDAS TULANG DAN DAGING KORBAN STAIL ORANG MELAKA









Kalau dah rezeki kan!! Kjee teringin sangat nak makan lauk guna daging Korban. Dah banyak tahun tak dapat rasa. Tulis main-main jer kat FB tentang keinginan tersebut. Dalam sekelip mata ada fren FB yang hantar mesej. Terima kasih Noor Safizah Yapis.

Selain daging, ada jugak tulang rusuk. Pucuk dicita ulam mendatang. Tadi Kjee masak Asam Pedas Melaka. Kjee campur tulang bersama sedikit daging. Cukup untuk kami makan tengah hari dan malam.

Tulang tu, setelah dipotong-potong, Kjee rebus dulu dalam Pressure Cooker (Periuk Tekanan). Setelah lebih kurang 15 minit, Kjee bukak penutup dan masukkan pulak daging yang boleh dikategorikan sebagai adik beradik daging tetel! Rebus lagi lebih kurang 6 hingga 7 minit.










Kjee tak pasti samada ia kebetulan atau tidak. Kenapa Daging Korban sangat-sangat manis berbanding daging yang biasa? Selepas masak tadi, Kjee termenung sejenak... eh aku letak gula ke tadi?! Begitulah manisnya.

Anyway, Kjee masak Asam Pedas Melaka ni bubuh daun kesom dan jugak daun limau purut. Itu stail orang Melaka. Masa kecik-kecik dulu, Kjee memang anti daun limau purut. Kalau nenek Kjee masak letak daun ni, memang Kjee hanginlah. Wah kecik-kecik dah pandai hangin. Tapi bila dah tua barulah pandai menikmatinya.

Hari ni bubuh jugak sedikit belacan dari Sabah. Pemberian my sahabat tersayang, yang follow asben dia pergi Sabah masa Hari Malaysia hari tu. Bau belacan tu sedap sangat. Macam Belacan Sementa tapi kalernya gelap sikit. Belacan Sementa warna pink dan asal dari Kuala Selangor. Sedap sangat.

Itu jer Kjee nak story. Kalau korang nak terai Asam Pedas Daging Melaka cara Kjee, boleh KLIK SINI.






Thursday, September 24, 2015

SALAM AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN





Tuesday, September 22, 2015

BISKUT CHOC CHIPS DENGAN KACANG WALNUT











Baru kelmarin Kjee buat ikut 90% dari resipi pilihan Azlita Aziz (blog Masam Manis). Tetapi, memandangkan masalah kesihatan tetapi nak jugak menikmati keenakan choc chip cookies tersebut, maka Kjee buatlah adjustments.

Ada orang kata derhaka, tapi Kjee tak berapa nak berani guna perkataan tu. Kalau bahasa pasar, kita bega-bega atau adjust. Hehehe.

UnclePali yang juga peminat Numero  Uno (nombor satu) Famous Amos cookies, setuju percubaan pertama Kjee sedap tetapi terlalu manis. Walaupun UnclePali bukan Diabetic, tetapi dia ada masalah gigi tak berapa sihat. So, kalau makan kuih muih manis, mulalah dia tersengih-sengih... sakit gigi. Hehehe.

Kali ini, Kjee dah siap sedia. Mula-mula pergi beli semi-sweet choc chips (choc chip kurang manis). Walaupun semi sweet namun ia masih manis. So, korang bayangkan stok yang Kjee beli kelmarin! Patutlah cookies tu, kemanisannya sampai menusuk ke tulang! Hehehe.

Kemudian Kjee beritahu UnclePali, Kjee nak letak kacang Walnuts. Dia setuju sebab dia memang suka apa juga jenis kekacang. Justru, dia seringkali kena gout. Hehehe.

Dan yang paling penting, Kjee mesti half the sugars. Tak boleh ikut resipi asal iaitu ½ cawan gula halus dan ½ cawan soft brown sugar. Kjee guna hanya ¼ cawan gula halus putih dan ¼ cawan soft brown sugar!

Dan, apabila my cookies keluar oven, memanglah menepati citarasa! UnclePali terus tunjuk two thumbs!!! Masih manis tetapi tidaklah sampai tahap menusuk ke tulang temulang!

Dibawah Kjee beri sukatan yang Kjee buat arini. Kalau korang suka yang manis, boleh follow resipi Azlita Aziz di SINI. Resipi yang dibuat Ita tu memang sedap. So, the choice is yours. Kjee hanya kurangkan gula dan tambah kacang Walnuts.




























Choc Chips Walnut Cookies
resipi asal : Tengku Marceline Tengku Finn
rujukan Kjee: Blog Masam Manis

BAHAN-BAHANNYA:

300gms tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
115 gms salted butter
¼ cawan soft brown sugar
¼ cawan gula castor
1 sudu kecik esen vanilla
1 butir telor ayam gred A
1 cawan semi sweet choc chips
1 cawan kacang Walnuts cincang

CARA

1. Ayak tepung bersama tepung jagung dan baking powder.
2. Butter yang telah didadu kecik-kecik, dicampur dengan gula putih dan brown sugar. Disatukan perlahan-lahan hingga sebati. Jangan terlalu lama. Cukuplah sampai sebati.
3. Masukkan vanilla dan telor yang telah dipukul sedikit. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kacau hingga rata menjadi doh yang lembut.
5. Masukkan kacang walnuts dan choc chips. Gaul hingga sebati.
6. Kjee guna dua sudu dan bentuk menjadi bebola kecil. Tetapi jangan jadikan bebola licin. Biarkan ia nampak kasar-kasar.
7. Susun atas baking tray dan simpan dalam fridge selama 1 jam.
8. Bakar guna suhu 160 darjah selama 25 minit atau sehingga nampak golden brown.


Kjee guna suhu yang rendah dengan masa baking yang lama sedikit untuk mendapat kerangkupan biskut tersebut. Resipi asal biskut ini tidak rangup. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Terima kasih Azlita dan Tengku Marceline. This recipe is for keeps.









Monday, September 21, 2015

GULAI NANGKA MUDA DENGAN PERUT LEMBU/BABAT










Kjee tak ingat samada Kjee pernah masak nangka muda. Kalau singgah restoran Minang (especially restoran milik Anne, adik angkat Kjee kat Paya Jaras), Kjee akan sambar gulai Nangka dulu... kalau gulai Jering tak ada. Hehehe.

Kenapa Kjee tak pernah masak gulai Nangka muda ni? Well, Kjee telah dimomok-momok dari kecik kononnya, Nangka tak elok dimakan untuk orang yang banyak angin. Tak kesah lah angin puting beliung ker, angin kus kus ker. Hehehe.

Apabila dah meningkat senja, Kjee curi-curi makan sehiris dua. Sekarang dah tambah lagi lima enam hiris sebab makan ker tak makan, tetap ada angin! Hehehe.

Pagi tadi, angin Kjee yang tak berapa elok sejak dua menjak ni, ajak UnclePali singgah Pasar Keramat. Malam tadi Kjee susah nak tidur. Rasa macam ada hantu  jenguk bilik Kjee malam tadi. Dah boring tak tahu apa nak fikir sambil melayan supaya mata mengantuk, Kjee bayangkan apa nak masak untuk lunch nanti.










Tetiba ilham menjelma. Hahaha. Tetiba terbayang gulai Nangka Muda yang sedap letak perut tuala atau ada orang panggil Babat! Tu diaaaa! Lepas antar Nadia tadi, Kjee pun singgahlah kat pasar. Segala yang diidamkan ada jer. Seronok kan bila apa nak makan, Allah permudahkan.

Kjee terfikir buat Gulai macam Gulai Pahang. Bubuh ketumbar dan jintan manis selain bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai. Dan jugak cili padi. Lagi pedas lagi sedap kannnn.

Kjee sangai dulu 1 sudu besar ketumbar dan 1 sudu besar jintan manis. Bila dah garing, Kjee blend dalam pengisar kering. Kemudian Kjee tumbuk bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup. Dua batang serai dan satu inci lengkuas diketuk-ketuk.

Kemudian setelah semua ini ditumis sampai garing, masukkan satu kilo perut lembu/Babat yang sudah direbus sampai lembut dalam Pressure Cooker. Of course dipotong-potong sebelum rebus. Setelah rencah sebati dengan perut/babat, masukkan satu mangkuk santan pekat (½ kilo). Masak hingga mendidih.

Apabila sudah mendidih, masukkan nangka muda yang telah dipotong ikut suka dan direbus hingga empuk. Rendidih guna api sederhana. Perisa dengan sedikit garam. Kjee jugak letak ½ ketul kiub bilis.

Itu jer. Sedap ker? Well, tak mau masuk bakul angkat sendiri lah. Ada ker orang tu masak dia kata tak sedap? Sendiri mau ingat lah. Hehehe.





CHEWY CHOC CHIPS ALA SUBWAY?











It's one of those rare moments when I crave for a piece of Chocolate Chip Cookie. Selalunya, bila ronda-ronda kat shopping complex, hidung ni akan terus follow bau harum Amos Choc Chips. UnclePali mesti belikan sebab dia pun hantu choc chips Amos tu.

Hari tu, ketika blog walking, Kjee terserempak dengan Chewy Choc Chips Cookies di blog Masam Manis. Wah, ini boleh try buat walaupun Nadia insists resipi choc chips dia, lagi sedap. Katanya, kalau Azlita guna resipi ala choc chip cookies Subway, maka taklah boleh lawan Amos. Subway punya macam lemau, katanya!

Well, let me give it a try. Lagipun Azlita kata, it's chewy. Chewy tu maknanya, tak garinglah. Maybe ala-ala lemau, ikut kata Nadia.









So, pagi semalam, kami dua beranak pakat buat Choc Chips dan juga Butter Cake, yang Nadia asyik teringin nak makan sejak minggu lepas,

Kami mula dengan buat Chewy Choc Chips sebab Azlita pesan harus disimpan dalam fridge selama 1 jam sebelum dibakar.

Jadi, selepas mengerjakan Choc Chips (yang Kjee sengaja tak hias dengan Button Choc Chips...cos less is more), kami sambung buat Butter Cake Nadia pulak.

Untuk Choc Chips, Kjee kurangkan gula putih dan soft brown sugar. Rasanya Kjee keluarkan dua sudu besar (level) dari tiap jenis gula tu. Sebabnya, Kjee rasa choc chips yang Kjee beli kat Bake With Yen aritu, sudah manis. Ada dua jenis yang dijual disitu. Local dan dari US. Kjee beli yang import.

Hasilnya setelah dikurangkan gula, masih tersangat manis. Nadia asyik jeling jer apabila tengok Kjee capai one after another lepas keluar oven. Hehehe.









Of course buat apa sahaja for the first time, mesti tak perfect. After a few trials and error, I guess semua akan menepati citarasa. Maklumlah mokcik species 'No School'. Hehehe.

My cookies nampak tak sama size sebab ice cream scoop Kjee, satu saiz besar. So Kjee guna dua sudu dan bentuk. That's why ada yang kecik, ada yang besar. Hehehe.

Anyway, Chewy Choc Chips resipi yang Azlita buat tu sedaplah kalau korang suka yang chewy. Yang tak garing dan ranggup macam Amos punya.

But I'll give it another shot. Kjee akan buat lagi sebab ada lagi baki choc chips. Dan kali ni, Kjee akan tokok tambah sana sini. Maybe letak Walnuts or Pecans. And of course, I'll half the sugars. Tapi if you have a sweet tooth and no problems with your health, ikut jer resipi tu. Hehehe.

Resipi penuh sila ke Blog Masam Manis.






Sunday, September 20, 2015

LEMPENG LETAK JAGUNG DAN UDANG







Drama satu babak.
scene: 1
location: Living area
props: lounge chair, tv, kudapan
pelakon: Nadia, Mama

Nadia: Mama, ada jagung tak?
Mama: Jagung? Cuba cek dalam freezer. Rasanya ada baki jagung manis frozen

Nadia pun bangun. Pergi ke freezer. Kemudian bukak kabinet pantry.

Nadia: Tak ada Mama.
Mama: Isyhh cuba cek betul-betul.

Cut

Itu kisah semalam yang sempat dirakam. Nadia kata dia nak makan cucur jagung leper yang pernah Kjee buat beberapa tahun lalu. Letak jagung manis dan udang. Baru teringat resipi tu. Kjee jumpa dalam salah satu buku resipi Thai.

Semalam cari buku tu. Masa nak guna, tetiba ghaib! Sapalah sorokkan buku resipi Thai ku itu!!!!

So pagi tadi, Kjee ke dapur. Cuba ingat resipi Thai tu tapi tak muncul dalam fikiran. So, what's next? Of coz cooking without a recipe. Samalah macam resipi hantamlah saja labu!

Tapi mokcik tetap sukat. Manalah tahu kalau menjadi kannnn. Heheheh.








Kjee sukat ½ cawan tepung gandum, ¼ cawan tepung beras dan ¼ cawan tepung jagung. Gaulkan. Kemudian Kjee cincang 1 labu kecik bawang besar dan cili padi. Ikut suka nak pedas mana. Campurkan ke dalam tepung.

Telor sebiji dipukul manja dan diletak dalam tepung tadi. Kemudian, letak 1 cawan air dan gaul hingga sebati. Adunannya agak basah bukan doh. Kemudian Kjee ramas-ramas 1 chicken cube. Kalau nak letak bilis cube pun okay. Gaul rata.

Kalau tak mau letak chicken/bilis cube, perasa dengan garam dan pak aji kalau guna.

Kemudian Kjee masukkan kira-kira satu mangkuk jagung. Tak kisahlah yang beku atau yang segar. Selepas gaul, Kjee letak lebih kurang ½ mangkuk udang halus. Kalau guna udang kasar, cincang dulu kasar-kasar. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali. Kjee guna non stick frying pan. Letak sedikit sahaja minyak. Bila minyak dah panas, perlahankan api dan letak satu senduk adunan. Bagi rata adunan itu.

Apabila sudah nampak brown, terbalikkan. Masak hingga garing. Ulang sampai semua adunan habis.

Hidang dengan sos cili Thai atau apa jer yang ada. Sesuwai gak untuk minum petang.









Saturday, September 19, 2015

MIHUN GORENG BUKAN BODOH... HEHEHE








Tiap kali Kjee masak Mi ataupun Mihun Goreng Bodoh, ramai terjerit! "Tang mana bodohnya?" tanya mereka! Oppppsss salah ker? Kjee bab macam ni memang kureng sikit. Orang kata mihun atau mi goreng bodoh, Kjee ikut ajelah.

Apa sebenarnya Mi atau Mihun Goreng Bodoh?

Ada yang kata, ia digoreng gitu-gitu jer. Tak ada bubuh apa-apa perencah. Eh biar betul! Macam mana orang boleh kata Mihun atau Mi Goreng Bodoh tu sedap, kalau tak ada perencah?!!

Macam Mihun Goreng yang Kjee buat pagi tadi. Tak ada banyak pun perencah yang Kjee letak. Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama sedikit udang kering. Kemudian Kjee selongkar peti ais. Cuma ada udang halus (tak lah halus sangat) yang telah dibersihkan, sebanyak segenggam.









Kemudian cari pulak cili kisar. Jumpalah dalam dua sudu. Sawi pun ada dalam tiga tangkai. Mihun jenama Tayba pulak ada dalam ½ peket. Okaylah tu kan untuk sarapan kami tiga beranak.

Maka itulah kejadian untuk sarapan pagi tadi. Selepas siap masak, Kjee buat telor dadar nipis (guna dua biji telor). Bila dah sejuk, Kjee hiris-hiris dan tabur atas mihun yang dah siap masak.

Selepas ini nampaknya, tak lah boleh panggil Mihun Goreng Bodoh lagi kan? Sebab ada kata Kjee bubuh lauk (lauk?) so bukan masuk dalam kategori Mihun Goreng Bodoh. Hehehe suka ati korang lah.






Friday, September 18, 2015

AYAM MASAK KICAP PEDAS









There's so many things you can cook using the bird. Kjee tak pernah ketandusan idea untuk masak lauk yang menggunakan ayam. Dah penat masak lauk pauk Melayu, boleh cuba Cina, India dan jugak Western. Apatah lagi sekarang ni harga ikan melambung-lambung tinggi. Jadi, banyakkan masak lauk berasaskan ayam. Hehehe.

Hari ni, Kjee masak Ayam Kicap Pedas. Kjee olah dari lauk Ayam Masak Kicap biasa. Sekurang-kurang-kurangnya adalah kelainan rasa sikit. Kalau untuk anak-anak, lauk ini boleh jugak dibuat tetapi kurangkan sikit pedasnya.

Satu lagi alternatif, masak sambal tumis asing-asing. Kemudian masak lauk ayam masak kicap. Dah tepikan untuk anak-anak, untuk orang dewasa, dimasukkan jer sambal tumis ke dalam lauk kicap tadi. Gaul rata.

Macam ni, lauk ni dapat dinikmati oleh tekak kita dan anak-anak. Betul tak?

Kjee goreng ayam cukup-cukup garing ke bahagian luarnya. Maknanya, selepas dilumur garam dan kunyit, goreng suku masak jer. Cara ini, ayam itu tidak akan menjadi kering dan keras. Luarnya garing tapi dalamnya masih lembab.










Untuk masak kicap tadi, Kjee agak-agak jer tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian Kjee tumis. Bila dah agak layu, masukkan cili kering kisar mengikut kepedasan yang kita hajati. Apabila cili sudah garing, masukkan sedikit air dan kicap manis.

Kjee goreng ayam di burner bersebelahan. Apabila kuah kicap dah mendidihkan, ayam pun dah garing diluar, Kjee transfer kan aje ayam ke dalam periuk kuah kicap.

Masak lebih kurang 12 minit atau sehingga dirasakan ayam sudah elok mesra dengan kuah kicap. Kemudian curahkan sedikit cuka. Tadi cuka tak ada so Kjee guna Apple Cider. Lagipun, Kjee tak boleh makan cuka sebab ada gastrik.

Sebelum padam api, rasa garamnya. Kjee tak bubuh garam sebab ayam tadi dah dilumur dengan garam.

UnclePali buat sambal belacan power dia. Kjee nak suruh di petik daun Belalai Gajah buat ulam. Pastu jangan lupa ikan pekasam atau ikan tenggiri jeruk. Perghhhhh berselera makan.

Itu sahaja lauk arini. Sekarang ni Kjee malas nak buat dua tiga jenis. Bukannya dia orang makan pun. Buat penat jer kan?






Thursday, September 17, 2015

TALAM KACANG HIJAU







Sebelum apa-apa, korang jangan ketawa tengok kaler Talam Kacang Hijau ni. Kjee pun senyum sorang-sorang tadi. Kenapa warnanya lebam? Orang lain buat warnanya taklah teruk camni.

Itulah, kita hanya mampu merancang. Dah ikut resipi sebaik mungkin. Atau mungkin Kacang Hijau yang Kjee guna tu species hijau tua. Kjee tambah dalam empat titis pewarna. Ingatkan selepas siap kukus, akan terserlah kehijauannya. Nan hado! Hehehe.

Apapun, Kjee tersangat bangga dengan hasil Kuih Talam pertama Kjee ni. Selama ini Kjee jarang-jarang buat kuih macam ini sebab tiada sambutan di rumah. Kjee masak, Kjee makan sorang-sorang dan Kjee jadi mangsa. Mangsa pelbagai jenis penyakit. So, lebih mudah beli sepotong dua kannnn. Hehehe.

Tapi pagi tadi, Kjee cukup teruja apabila ternampak Kuih Talam Kacang Hijau Chef Nor Zailina di facebook dia. Kjee pun excited nak cuba sebab cara beliau sangat mudah. Kjee baca dua atau tiga kali resipinya, Kjee dah boleh buat, rasanya.

Cuma ada satu masalah sikit. Dalam bahan-bahan lapisan atas tak ada gula tetapi dalam cara membuatnya ada pulak gula. Itu bukan masalah besar. Kjee mesej dia tak jawab. Maklumlah beliau chef yang sangat-sangat sibuk.

Jadi, Kjee tambahlah sendiri lebih kurang 1 sudu besar gula untuk lapisan putih atas tu.

Menurut Chef Nor Zailina, kacang hijau kena rendam lebih kurang empat jam. Isyhhhh mana ada masa nak tunggu lama tu. Kjee rendam lebih kurang ½ jam kemudian Kjee masuk dalam Pressure Cooker. Lebih kurang 30 minit dah boleh kisar.








Kemudian apabila lapisan hijau bawah sudah 15 minit dalam kukusan, Kjee pun beralih ke proses kedua. Kena masak atas api lapisan putih. Mungkin sebab mood ke laut tadi, Kjee terguna api besar. Adunan yang dimasak bergentel. Kjee padam api dan kacau pantas-pantas. Masih boleh diselamatkan, fikir Kjee. Kalau nak buat adunan lain dah malas.

Maka sebelum Kjee tutup loyang dengan tudung bamboo, Kjee baru perasan permukaannya ala-ala 'Dikau Laksana Bulan'. Ala tak kesahlah. Kjee cuba ratakan guna sudu tapi masih tak berjaya. Tak mau meratap, Kjee buat keputusan, esok lusa buat lagi sampai berjaya.

Adunan lapisan atas harus likat sedikit sahaja. Dan ia harus senang dituang diatas lapisan hijau.

Apabila sudah siap dikukus 30 minit kemudian, Kjee taklah berapa sedih. Tapi, rupanya berbekaslah macam permukaan wajah orang yang baru pulih dari jerawat. Opppppppssss.

Apapun, rasanya memang hebat! Sedap sangat guna kacang hijau sebenar dan bukan tepung kacang hijau! Ada rasa cam Kuih Koleh Kacang.

Yang pasti, Kjee suka resipi ini dan akan buat lagi lain kali. Next time Kjee akan pastikan ia berwarna hijau. Hehehe.

Terima kasih Chef Nor Zailina.



TALAM KAJANG HIJAU
sumber: Chef Nor Zailina



Bahan lapisan bawah
1 cawan (112 g) gula halus
1 cawan (100 g) tepung beras
1¾ cawan (430 ml) santan (1/2 kelapa)
¾ cawan (90 g) kacang hijau, direndam 4 jam & rebus empuk & kisar halus
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa


Bahan atas
2/3 cawan (65 g) tepung beras
1¾ cawan (430 ml) santan (1 kelapa)
Garam secukup rasa

(Kjee letak 1 besar sudu gula halus)

Cara membuat
1. Untuk lapisan bawah. Satukan tepung beras, gula dan garam di dalam mangkuk.
2. Tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau sebati.
3. Masukkan kacang hijau dan pewarna hijau, adunkan hingga sekata.
4. Tuangkan ke dalam loyang 20 cm yang dilengser minyak. Kukus selama 20 minit.
5. Untuk lapisan atas. Satukan tepung beras, gula dan santan.
6. Kacau atas api perlahan hingga naik wap.
7. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
8. Akhir sekali kukus selama 25 minit atau hingga masak.





Wednesday, September 16, 2015

BIAR GAMBAR BERBICARA. HIDUP MELAYU!!!












Solat Zohor di Mesjid Negara sebelum gerak ke Padang Merbuk
Mesjid Wilayah























Hj Norman Taha Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor




Nampak macam adik kita kat situ!