Friday, September 18, 2015

AYAM MASAK KICAP PEDAS









There's so many things you can cook using the bird. Kjee tak pernah ketandusan idea untuk masak lauk yang menggunakan ayam. Dah penat masak lauk pauk Melayu, boleh cuba Cina, India dan jugak Western. Apatah lagi sekarang ni harga ikan melambung-lambung tinggi. Jadi, banyakkan masak lauk berasaskan ayam. Hehehe.

Hari ni, Kjee masak Ayam Kicap Pedas. Kjee olah dari lauk Ayam Masak Kicap biasa. Sekurang-kurang-kurangnya adalah kelainan rasa sikit. Kalau untuk anak-anak, lauk ini boleh jugak dibuat tetapi kurangkan sikit pedasnya.

Satu lagi alternatif, masak sambal tumis asing-asing. Kemudian masak lauk ayam masak kicap. Dah tepikan untuk anak-anak, untuk orang dewasa, dimasukkan jer sambal tumis ke dalam lauk kicap tadi. Gaul rata.

Macam ni, lauk ni dapat dinikmati oleh tekak kita dan anak-anak. Betul tak?

Kjee goreng ayam cukup-cukup garing ke bahagian luarnya. Maknanya, selepas dilumur garam dan kunyit, goreng suku masak jer. Cara ini, ayam itu tidak akan menjadi kering dan keras. Luarnya garing tapi dalamnya masih lembab.










Untuk masak kicap tadi, Kjee agak-agak jer tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian Kjee tumis. Bila dah agak layu, masukkan cili kering kisar mengikut kepedasan yang kita hajati. Apabila cili sudah garing, masukkan sedikit air dan kicap manis.

Kjee goreng ayam di burner bersebelahan. Apabila kuah kicap dah mendidihkan, ayam pun dah garing diluar, Kjee transfer kan aje ayam ke dalam periuk kuah kicap.

Masak lebih kurang 12 minit atau sehingga dirasakan ayam sudah elok mesra dengan kuah kicap. Kemudian curahkan sedikit cuka. Tadi cuka tak ada so Kjee guna Apple Cider. Lagipun, Kjee tak boleh makan cuka sebab ada gastrik.

Sebelum padam api, rasa garamnya. Kjee tak bubuh garam sebab ayam tadi dah dilumur dengan garam.

UnclePali buat sambal belacan power dia. Kjee nak suruh di petik daun Belalai Gajah buat ulam. Pastu jangan lupa ikan pekasam atau ikan tenggiri jeruk. Perghhhhh berselera makan.

Itu sahaja lauk arini. Sekarang ni Kjee malas nak buat dua tiga jenis. Bukannya dia orang makan pun. Buat penat jer kan?






0 comments:

Post a Comment