Monday, September 14, 2015

CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA PEDAS








Kenapa hanya Ikan Cencaru sahaja orang buat Belah Belakang dan disumbat sambal ataupun kelapa? Rasanya sebab ikan tu pakai jeket. Dan isinya tak lembut macam ikan lain kan?

Kjee paling suka ikan Cencaru dibuang jeket dan digoreng. Pastu cicah dengan sambal kicap. Tumbuk cili padi dan letak satu ulas bawang putih. Curah kicap manis dan letak sikit jus limau kasturi. Sedapnya!!

Tadi masa singgah Pasar Keramat nak stock up freezer, Kjee tengok ramai peniaga ikan tak ada hari ni. Either sales semalam hebat giler sampai tak payah niaga dua tiga hari atau malas nak niaga sebab harga ikan mahal. Kalau tak laku camner nak balik modal. Satu lagi sebab ialah nelayan tak turun ke laut sebab jerebu.

Harga ikan yang ada hari ni, mak oii mahal. Mata Kjee tertarik kat satu gerai yang jual Ikan Cencaru. Ayu jelita rupanya. Fresh sangat-sangat. Ikannya besar-besar. Satu kilo RM10. Kjee pun pilih tiga ekor yang ngam ngam 1 kilo.

Dalam fikiran nak buat Cencara Belah belakang. Tapi masa dalam kereta nak dekat sampai rumah, suruh UnclePali singgah beli kelapa parut. Nak buat Cencaru Sumbat Kelapa. Tapi tak mau goreng, Bakor sama dia dalam Magic Pan.









Hari ni mood UnclePali baik. Dia tolong Kjee potong satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih, ricik 2 batang serai, 5 cili hidup, segenggam cili padi. Lagi pedas lagi sedap. Semuanya dimasukkan dalam Food Processor. Kita suruh dia tumbuk, dia buat tak reti.  UnclePali jugak letak satu kiub bilis dan satu sudu kecik serbuk kunyit. Jangan letak air. Kisar kering.

Apabila bahan-bahan tadi dah halus, dia masukkan lebih kurang 1 cawan kelapa dan trrrrr dua kali. Dah sebati, dia keluarkan. Rasa dulu. Kalau perlu tambah sikit garam. Ada orang letak air asam Jawa pekat dan jugak sedikit belacan tapi Kjee tak letak.

Ikan Cencaru dah Kjee bersihkan dan belah dari belakang badannya. Keluarkan isi perut dari belahan belakang, bukan dari depan. Jadi perut depan tak terusik. Lumurkan serrbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian sumbat semua bahan-bahan tumbuk/kisar kemas-kemas dari belakang.

Balut Ikan Cencaru guna daun pisang. Kemudian panaskan Magic Pan atau Pemanggang Ajaib. Susun ikan dalam Magic Pan. Bakarlah sampai masak. Boleh jugak digoreng.






0 comments:

Post a Comment