Tuesday, September 1, 2015

IKAN PARI GORENG TIGA REMPAH












Selepas masak Asam Pedas Ikan Pari aritu, ada berbaki dua potong. Kjee simpan dalam freezer sebab plan nak goreng berempah stail Arwah Bonda. Kjee tengok jarang-jarang orang goreng ikan Pari. Selalu dibakar atau dibuat asam pedas.

Kjee tak pernah tanya Bonda samada ini resipi ori dia ataupun orang lain. Tapi Kjee jarang-jarang buat goreng berempah ini sebab warnanya kekadang menjadi gelap apabila digoreng. Ini disebabkan ikan diperap dengan rempah. Dan rempah, kalau digoreng, menjadi hitam.

Tetapi rasa Ikan Pari Goreng Berempah memang sedap. Arwah Bonda hanya guna Ikan Pari untuk goreng berempah.

Hari ini Kjee campur rempah kari ikan, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Arwah Bonda hanya letak rempah kari ikan sahaja. Kenapa sampai tiga rempah? Saja suka suki. Hehehe.









Ikan dipotong-potong ikut suka. Tadi Kjee potong nipis-nipis lebih kurang ½ inci. Apabila digoreng, ia menjadi terlalu garing. Jadi, Kjee syorkan korang potong anggaran dua inci. Jadi, hasilnya garing di luar dan lembut di dalam. Tapi kalau korang suka yang garing, bolehlah potong ½ atau satu inci.

Setelah ikan dipotong-potong dan dilumur rempah-rempah dan garam, perap lebih kurang 30 minit. Banyak mana nak letak rempah, agak-agak aje lah yer.


Lepas mekap diperap. Jangan terlebih rempah, nanti pahit



Hiris sebiji bawang besar dan goreng hingga garing. Tepikan. Kemudian goreng pulak dua atau tiga tangkai daun kari hingga garing. Tepikan.

Kemudian baru goreng ikan Pari. Guna api sederhana. Tunggu hingga satu bahagian dah elok masak baru diterbalikkan. Lepas itu sambung goreng sehingga elok masaknya. Jangan asyik terbalikkan dua tiga kali kerana ini akan menyebabkan ikan tu hancur.

Untuk menghidang, letak bawang serta daun kari goreng tadi atas pinggan. Susun ikan diatasnya. Makan sekali ikan itu dengan bawang dan daun kari.






1 comment: