Kjee jarang-jarang buat Kuah Sate. Banyak sebab. Satu, kerana kalau nak makan kuah sate, beli aje kat my cousins yang masih buat bisnes jual sate. Kedua, kureng rajin sebab renyah. Kacang nak kena sangai (goreng tanpa minyak), buang kulit dan kisar. Semua tu banyak kerja. Yang lain sebab malas, malas dan malas.
Last Kjee buat Kuah Sate, masa balik kampung UnclePali untuk Raya. Masa tu, baru kahwin. Nak impress MIL lah kannn. Hehehe. Tapi beliau yang tolong sangai kacang dan rebus Nasi Impit. Kita balik terus masak jer kuah sate.
Ini sahajalah versi kuah yang membabitkan kacang tanah yang Kjee tau buat. Tak pernah seumur hidup buat Kuah Kacang lain. Sebabnya, buat Kuah Sate lagi mudah. Tiada rempah apa-apa. Hanya guna bawang besar, kacang tanah, cili kering kisar dan gula Melaka.
Rahsia buat Kuah Sate enak ada tiga. Satu, kacang tanah mesti disangai secukup-cukupnya. Tak boleh mentah dan jugak hangit. Kalau mentah, kurang lemak dan kalau hangit, kuahnya jadi pahit. Kedua, mesti guna Gula Melaka. Gula putih tak sedap. Dan yang ketiga, mesti seimbang rasanya. Kena cukup rasa masin dan manis. Tapi Kjee tambah nombor empat. Mesti seimbang manis, masin dan pedas. Baru selera makan.
Kuah dan Nasi Impit Kjee buat sendiri. Selain daripada teringin nak makan kuah sate air tangan sendiri, Kjee sebenarnya kurang minat kuah Sate beli kat pasar malam tu. Rasanya okay. Bukan tak sedap tapi terlebih manis!! Pedas pun kurang.
Oklah tak mau celoteh panjang lebar. Ada orang komplen Kjee suka tulis banyak-bayang. Boring baca. Ya Ampun.
Nanti kejap. Ada satu lagi tips. Kalau ada orang ajak korang masuk pertandingan sapa boleh makan sate paling banyak, rahsianya, hanya makan sate. Jangan makan dengan kuah dan Nasi Impit. Sure korang boleh menang lah! Hehehe.
Resipi Kuah Sate dan juga buat sate , klik SINI. Korang bacalah SINI jugak. Penat aku tulis dulu. Hehehe.
Nanti kejap. Ada satu lagi tips. Kalau ada orang ajak korang masuk pertandingan sapa boleh makan sate paling banyak, rahsianya, hanya makan sate. Jangan makan dengan kuah dan Nasi Impit. Sure korang boleh menang lah! Hehehe.
Resipi Kuah Sate dan juga buat sate , klik SINI. Korang bacalah SINI jugak. Penat aku tulis dulu. Hehehe.
KakJee...resepi kuah sate akak sama macam resepi yang arwah mak saya ajar..simple tapi sangat sedap.. saya jadi pelik bila tgk resepi kuah sate org yg guna lengkuas, halia bawang putih...tapi tu la..skill masing2 kan..
ReplyDelete