Saturday, September 19, 2015

MIHUN GORENG BUKAN BODOH... HEHEHE








Tiap kali Kjee masak Mi ataupun Mihun Goreng Bodoh, ramai terjerit! "Tang mana bodohnya?" tanya mereka! Oppppsss salah ker? Kjee bab macam ni memang kureng sikit. Orang kata mihun atau mi goreng bodoh, Kjee ikut ajelah.

Apa sebenarnya Mi atau Mihun Goreng Bodoh?

Ada yang kata, ia digoreng gitu-gitu jer. Tak ada bubuh apa-apa perencah. Eh biar betul! Macam mana orang boleh kata Mihun atau Mi Goreng Bodoh tu sedap, kalau tak ada perencah?!!

Macam Mihun Goreng yang Kjee buat pagi tadi. Tak ada banyak pun perencah yang Kjee letak. Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama sedikit udang kering. Kemudian Kjee selongkar peti ais. Cuma ada udang halus (tak lah halus sangat) yang telah dibersihkan, sebanyak segenggam.









Kemudian cari pulak cili kisar. Jumpalah dalam dua sudu. Sawi pun ada dalam tiga tangkai. Mihun jenama Tayba pulak ada dalam ½ peket. Okaylah tu kan untuk sarapan kami tiga beranak.

Maka itulah kejadian untuk sarapan pagi tadi. Selepas siap masak, Kjee buat telor dadar nipis (guna dua biji telor). Bila dah sejuk, Kjee hiris-hiris dan tabur atas mihun yang dah siap masak.

Selepas ini nampaknya, tak lah boleh panggil Mihun Goreng Bodoh lagi kan? Sebab ada kata Kjee bubuh lauk (lauk?) so bukan masuk dalam kategori Mihun Goreng Bodoh. Hehehe suka ati korang lah.






Related Posts:

  • Sarapan Lempeng Kelapa  Kalau di bandar, tiap pagi sarapan sama aje. Kalau tak nasi lemak, lontong atau roti canai. Sekarang tosei dan capati pun sangat diminati.    Tetapi sekiranya ada gerai yang jual Ubi Kayu Rebus a… Read More
  • CROISSANTS INTI TUNA Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang. Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freez… Read More
  • PANCAKES Kalau dah tak boleh fikir apa nak makan untuk breakfast, UnclePali mesti syor makan Pancakes. Punyalah Kjee suka bukan kerana Kjee suka makan pancakes tapi sebab UnclePali yang buat. 😅 Tapi okay jugaklah ma… Read More
  • ROTI PURI GANDUM Ini kejadian pagi semalam. Airtangan UnclePali. Kjee tak sihat. Ada baki kari ayam dalam freezer. Ingat nak buat lempeng kosong aje cicah kari. Tapi kelapa parut tak ada. UP suggest buat puri. Isyhhh tepung … Read More
  • HOME MADE HASHBROWNS Sejak kenal Potato Hashbrowns 7-8 tahun lepas, baru dua kali Kjee beli kat supermarket. Itu pun kerana terserempak dalam chiller kat salah satu supermart. Tak ingat yang mana. Selepas itu, seperti biasa, Kjee… Read More

3 comments:

  1. Good review! thank's for sharing. My favorite recipe.
    looks yummy...
    New recipes ...
    I will try for lunch tomorrow
    Thank you dear ...
    I was not aware of this cooking method. I love the food at all difficult to handle temptation.

    ReplyDelete
  2. This is one of those dish where you don't feel like you're missing out on anything
    because there are so many fab textures and flavours! :D

    ReplyDelete
  3. Clear, informative, simple. Love your post!

    ReplyDelete