Thursday, September 3, 2015

NAMA RENDANG KACANG TAPI TAKLAH RENDANG SANGAT







Orang Nogori atau sekarang mereka gelar diri mereka orang Nismilan, panggil lauk ni Rendang Kacang. Tak ada rupa sangat cam rendang, bagi Kjee. Lebih mirip kepada Masak Lemak Cili Padi yang pekat.

Maklumlah, bila disebut rendang, terbayang lauk Rendang yang begitu sinonim dengan orang kita. Warna kemerah-merahan dan jugak agak gelap kalau Rendang Tok orang Perak. Jugak guna kerisik.

Kerana itu, apabila Kjee jinak-jinak belajar masak Rendang Kacang ni dulu, terkejut jugak seketika. Alahai cara masaknya bukan macam rendang biasa.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Kuala Pilah, Port Dickson dan juga Seremban. Bapa kerja pejabat tanah dan suka sangat pindah randah. Masakan bonda pun banyak terpengaruh dengan daerah yang kami tinggal.

Maka Bonda pun pernahlah masak Rendang Kacang Nismilan versi beliau. Tetapi, anehnya, Rendang Kacang dia adalah Rendang Daging biasa tapi apabila rendang tu dah masak, Bonda akan campak kacang panjang (yang telah dipotong-potong) ke dalam rendang tersebut. Masak sekejap jer.

Itulah Rendang Daging bubuh kacang yang diminati kami sekeluarga masa tu. Rasanya, Bonda ni kreatif jugak kan? Hehehe. Tapi memang sedaplah Rendang Daging bubuh kacang, air tangan Bonda.

Kemudian, Kjee diperkenalkan kepada Rendang Kacang Nismilan masa shooting kat beberapa daerah di Nismilan. Pengurus Produksi drama kami, amik khidmat katerer tempatan. Hari-hari kami dihidangkan dengan Rendang Kacang Nismilan yang pedas dan sedap tu.

Tak taulah pulak namanya Rendang Kacang. Pada Kjee ia lauk masak lemak cili padi bubuh telor ayam pencen, hati, pedal, tengkok, kaki ayam dan sebagainya. Tapi memang kami semua sukalah masa tu.





Related Posts:

  • RENDANG AYAM DAN PULUT KUNING Dua hari lepas, genap setahun Nadia kerja dengan RHB di KWC. Kjee dah niat, nanti sampai setahun, Kjee akan buat pulut kuning dan rendang ayam Kelantan, jamu office mates dia. Sepatutnya, semalam Kjee tunaikan haja… Read More
  • KARI AYAM KERING ALA-ALA RENDANG BEREMPAH Dry Chicken Curry atau Kari Ayam Kering adalah lauk kari ayam tanpa banyak kuah. Keringnya ala-ala rendang. Sedap sangat makan dengan roti canai, tosei atau roti Arab. Itu kalau pergi makan kat restoran Mamak atau I… Read More
  • BUNCIS GORENG AYAM LEFTOVERS Hari ni Kjee goreng sayur guna ayam leftovers atau berbaki. Leftovers bukan bermaksud dah makan, pastu tinggal sisa-sisanya dibuat goreng sama sayur. Taklah. Hari tu kan Kjee buat Nasi Ayam Sambal Hijau. Kjee gore… Read More
  • MASAK LEMAK REBUNG MADU NGAN RANGKA AYAM Dah seronok pulak pergi pasar tiap pagi. Masa Kjee muda-muda dulu, selalu Kjee tegur Bonda kenapa mesti pasar tiap hari. Mentang-mentanglah Pasar Basah kat Jalan Othman, Old Town Petaling Jaya tu dekat sangat dengan … Read More
  • TAYANG SAMBAL IJO LAGI LAH Semalam kawasan taman perumahan Kjee, diberitakan tiada air. So, Kjee dan UnclePali was out almost the whole day. Jalan-jalan, cuci mata dan makan-makan. Saja nak elakkan ada di rumah ketika air dicatu. Sedih… Read More

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Jee.. Selama ni saya silent reader blog Kak Jee ni.. suka tengok masakan Kak Jee dan husband.

    Memang rendang kacang tu.. tapi kuah dia lebih kering dan pekat. Tu stail sayalah, yang asal dari Kuala Pilah. ;)

    ReplyDelete
  2. wkmsalam audra.. mmg kjee buat berkuah sikit ikut selera famili. kalau tidak, memang pekat. tapi heran kenapa dia kata rendang. mungkin nak masaknya kena 'direndang' hingga kering.

    ReplyDelete
  3. A ah.. betul tu Kak Jee.. sebab "takde" kuah.. sebab tu dipanggil rendang.. selalunya kitorang panggil Rendang "ayam" (atau apa-apa yang sewaktu dengannya) kacang panjang"

    ReplyDelete