Monday, September 28, 2015

REBUNG MADU MLCP DENGAN DAGING TETEL










Lauk ni memang all time favorite Kjee. Memang ngamlah masukkan daging tetel yang telah direbus lembut sangat-sangat! Kalau ada babat pun, tersangatlah ngam.

Kjee terfikir jugak nak letak babat. Tapi bila fikirkan minggu lepas dah masak Babat dengan nangka muda, maka Kjee pun letaklah daging tetel. Ini bukan tetel daging korban tetapi tetel yang Kjee beli kat pasar minggu lepas dan siap-siap rebus dalam Pressure Cooker.

Cakap pasal Pressure Cooker atau periuk tekanan, ada kawan Kjee yang tak berani nak guna sebab ada insiden masa kecik. Kononnya, pembantu rumah mereka tersilap bukak penutup dan ia meletup. Kjee tak dapat cerita jelas macam mana pembantu rumah tu bukak penutup tersebut.

Sejak kecik lagi Kjee dah terdedah kepada penggunaan pressure cooker. Memang ianya antara gadjet sangat penting yang arwah Bonda guna selain mesin basuh.


Inilah jenama yang Kjee guna sekarang. Rasanya yang ke-4, Kjee guna.



Ada teknik nak buka penutup pressure cooker, kalau kita malas hendak tunggu sampai ianya terbuka sendiri. Kjee letak di dalam sinki dan bukak paip (biar air mengalir perlahan) atas 'kepala' atau tombol asap PC sampai ada bunyi. Ini mengambil masa dalam mungkin lima minit. Kemudian Kjee tolak tombol tu perlahan-lahan guna senduk hingga tiada bunyi. Kemudian, penutup akan boleh buka dengan mudah dan selamat.

Okay berbalik kepada lauk Rebung macak lemak cili padi dengan daging tetel ni. Kjee masak macam biasa aje. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup berserta sedikit garam. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan cair (atau air rebusan tetel).

Apabila sudah mendidih, masukkan rebung dan tetel dan jerang lagi. Letak sekeping dua asam gelugur. Kjee jugak letak dua batang serai dan jugak santan pekat.

Didihkanlah. Kemudian rasa. Apabila sudah sesuai dengan citarasa, padam api. Hidang dengan nasi panas.






Related Posts:

  • KALI PERTAMA KU BUAT LAKSAM Ini salah satu makanan yang Kjee dan Nadia cukup suka makan. Kalau singgah gerai orang Kelantan untuk sarapan, wajib order! Kjee kan suka makan letak kuah yang banyak. Jadi, setiap kali order mesti mintak kuah lebih. T… Read More
  • KULAT SISIR MASAK LEMAK PEDAS Sejak kecik lagi Kjee kenal cendawan ini sebagai Cendawan Kukur. Tetiba bila dah tua, baru Kjee tahu ia ada nama lain iaitu Kulat Sisir. Cendawan atau kulat ini tumbuh pada dahan pokok getah yang dah mati dan tumban… Read More
  • ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida. Walaupun UnclePali kata, tak k… Read More
  • SAMBAL IKAN TENGGIRI BERSAMA PETAI Idea asal nak masak Sambal Tumis Petai sama Udang. Tetapi oleh kerana my other half tak boleh makan udang, maka Kjee selongkar freezer dan jumpa Ikan Tenggiri. Nadia beli 6 keping last Saturday kat Hero Mar… Read More
  • ORANG RAYA KITA PUN RAYA JUGAK Oleh kerana hari ini hari perayaan, maka Kjee dan Nadia pun sama-sama raikannya dengan membuat hidangan Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai. Tapi jangan korang berlumba ke rumah Kjee sebab kami tak buat open house… Read More

3 comments:

  1. Ya Allah sedapnya nampak lauk kjee.. kena cari tetel gak nampaknya.. ngencess.. :b

    ReplyDelete
  2. assalam jee..selamat idiladha maaf zahir batin jee nadia pali drpd kak pidah n famili,,,xsempat nak wish awal sbb balik kampung lama.
    Sedapnya rebung masak tetel tu...dh lama xmkn rebung n daging...

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha cik kakjee tuu., tgk gmbr pon terliur nih., huhu2

    ReplyDelete