Kjee dapat inspirasi nak buat Sambal Tumis Garing ini apabila membeli beberapa bekas airtangan seorang ibu tunggal, online. Sedap sangat. Nadia ratah habiskan tiga bekas dalam masa tiga hari, di office sahaja.
Bila tiba cuti panjang tiga hari sempena Merdeka, dia masih teringat-ingat kesedapan Sambal Tumis Garing Cik Nor. Well, mama dia tak pernah buat sambal tumis garing camtu. So, ala-ala excited tak tentu arahlah dia kan? Hehehe.
Oleh kerana nak order lagi akan amik masa dua atau tiga hari, maka Kjee pun cubalah buat sambal tumis garing ni versi Kjee. Kalau versi Cik Nor tu, hanya letak ikan bilis tetapi Kjee tambah ubi kentang selain ikan bilis. Ingatkan nak tambah jugak kacang tanah tapi Nadia tak nak.
Kjee masak sambal tumis macam biasa, macam orang lain buatlah jugak. Bahan-bahannya, bawang merah, bawang putih dan cili kering. Semua bahan-bahan ini Kjee kisar. Kemudian Kjee letak sejemput ikan bilis. Kisar sekali. Kalau tak nak letak ikan bilis, ketika masak sambal tu nanti, letaklah kuib ikan bilis.
Kjee tumis dalam minyak yang agak banyak. Letak jugak air asam Jawa atau boleh guna 1 keping asam gelugor. Goreng guna api sederhana sampai sambal tu kering. Kalau guna api besar, nanti hangus. Apabila kering, warnanya agak gelap. Kjee hanya letak sedikit sahaja garam kerana sambal ini nanti ada ada ikan bilis goreng. Kalau guna serbuk perasa, letak jugaklah. Bubuh sikit gula pun ok.
Apabila sudah kering dan dipadamkan apinya, Kjee tolak perlahan-lahan sambal tadi di tepi sekeliling kuali, setinggi mana yang boleh. Kemudian jangan diusik. Minyaknya akan turun ke tengah kuali. Setelah dipastikan minyak tu semua sudah turun ke tengah kuali, Kjee alihkan sambal itu dengan hati-hati ke periuk atau kuali lain. Biarkan sejuk satu atau dua jam.
Sementara menunggu tu, Kjee ambil kentang (Kjee guna Russet Potato).
Buang kulitnya dan hiris Julienne atau hiris seperti batang mancis. Rendam dalam air paip selama lebih kurang 20 minit untuk keluarkan kanjinya. Kemudian ditoskan dan digoreng separuh masak. Toskan lebih kurang 10 minit. Kemudian, panaskan kembali kuali dan goreng semula sampai garing. Sejukkan atas kitchen towels.
Kenapa Kjee goreng dua kali? Hehehe entahlah. Kjee berguru dengan rancangan TV omputih AFC. Kononnya goreng kentang camtu boleh dapat kentang goreng yang garing dan sedap. Entahlah, Kjee rasa cam sama jer kalau goreng cam biasa. Hahaha.
Kemudian Kjee panaskan balik minyak. Bila dah benar-benar panas, masukkan ikan bilis dan goreng sampai garing. Toskan. Sejukkan.
Untuk dapat kentang dan bilis yang sentiasa garing jika diletakkan dalam sambal, pastikan sambal itu benar-benar dah sejuk baru digaul kentang dan bilis tu. Jangan pulah korang hidupkan semula api.
Sebab itu, Kjee transfer sambal yang dah sejuk ke dalam periuk atau kuali lain. Sejam dua kemudian, barulah Kjee masukkan kentang dan bilis goreng tadi. Gaul sampai rata. Kemudian simpanlah dalam bekas kedap udara.
Nadia kata, sambal garing camni sedap makan dengan bubur nasi. Time makan tengah hari, Nadia akan beli bubur nasi kat Marry Brown dekat bangunan dia kerja. Katanya, kalau makan gitu, memanglah tak sedap tapi kalau dimakan dengan sambal kering Cik Nor, tetiba rasa satu mangkuk tak puas.
Okay, lepas ni try makan bubur tu dengan Sambal Goreng Kering mama pula ya.
Kjee pernah buat sambal camni guna udang kering. Lain kali Kjee buat, Kjee share ya. Rasanya kalau letak isi ikan kering talang yang digoreng garing pastu ditumbuk kasar-kasar pun sedap. Atau boleh guna ikan paring kering. Hiris nipis-nipiskan dan goreng garing. Pasti dicampur dalam sambal garing. Mesti sedap kan?
Ala kita yang buat dia. Hehehe.
Kalau malas buat, pm Cik-Noor Noorziah di FB |
0 comments:
Post a Comment