Thursday, September 17, 2015

TALAM KACANG HIJAU







Sebelum apa-apa, korang jangan ketawa tengok kaler Talam Kacang Hijau ni. Kjee pun senyum sorang-sorang tadi. Kenapa warnanya lebam? Orang lain buat warnanya taklah teruk camni.

Itulah, kita hanya mampu merancang. Dah ikut resipi sebaik mungkin. Atau mungkin Kacang Hijau yang Kjee guna tu species hijau tua. Kjee tambah dalam empat titis pewarna. Ingatkan selepas siap kukus, akan terserlah kehijauannya. Nan hado! Hehehe.

Apapun, Kjee tersangat bangga dengan hasil Kuih Talam pertama Kjee ni. Selama ini Kjee jarang-jarang buat kuih macam ini sebab tiada sambutan di rumah. Kjee masak, Kjee makan sorang-sorang dan Kjee jadi mangsa. Mangsa pelbagai jenis penyakit. So, lebih mudah beli sepotong dua kannnn. Hehehe.

Tapi pagi tadi, Kjee cukup teruja apabila ternampak Kuih Talam Kacang Hijau Chef Nor Zailina di facebook dia. Kjee pun excited nak cuba sebab cara beliau sangat mudah. Kjee baca dua atau tiga kali resipinya, Kjee dah boleh buat, rasanya.

Cuma ada satu masalah sikit. Dalam bahan-bahan lapisan atas tak ada gula tetapi dalam cara membuatnya ada pulak gula. Itu bukan masalah besar. Kjee mesej dia tak jawab. Maklumlah beliau chef yang sangat-sangat sibuk.

Jadi, Kjee tambahlah sendiri lebih kurang 1 sudu besar gula untuk lapisan putih atas tu.

Menurut Chef Nor Zailina, kacang hijau kena rendam lebih kurang empat jam. Isyhhhh mana ada masa nak tunggu lama tu. Kjee rendam lebih kurang ½ jam kemudian Kjee masuk dalam Pressure Cooker. Lebih kurang 30 minit dah boleh kisar.








Kemudian apabila lapisan hijau bawah sudah 15 minit dalam kukusan, Kjee pun beralih ke proses kedua. Kena masak atas api lapisan putih. Mungkin sebab mood ke laut tadi, Kjee terguna api besar. Adunan yang dimasak bergentel. Kjee padam api dan kacau pantas-pantas. Masih boleh diselamatkan, fikir Kjee. Kalau nak buat adunan lain dah malas.

Maka sebelum Kjee tutup loyang dengan tudung bamboo, Kjee baru perasan permukaannya ala-ala 'Dikau Laksana Bulan'. Ala tak kesahlah. Kjee cuba ratakan guna sudu tapi masih tak berjaya. Tak mau meratap, Kjee buat keputusan, esok lusa buat lagi sampai berjaya.

Adunan lapisan atas harus likat sedikit sahaja. Dan ia harus senang dituang diatas lapisan hijau.

Apabila sudah siap dikukus 30 minit kemudian, Kjee taklah berapa sedih. Tapi, rupanya berbekaslah macam permukaan wajah orang yang baru pulih dari jerawat. Opppppppssss.

Apapun, rasanya memang hebat! Sedap sangat guna kacang hijau sebenar dan bukan tepung kacang hijau! Ada rasa cam Kuih Koleh Kacang.

Yang pasti, Kjee suka resipi ini dan akan buat lagi lain kali. Next time Kjee akan pastikan ia berwarna hijau. Hehehe.

Terima kasih Chef Nor Zailina.



TALAM KAJANG HIJAU
sumber: Chef Nor Zailina



Bahan lapisan bawah
1 cawan (112 g) gula halus
1 cawan (100 g) tepung beras
1¾ cawan (430 ml) santan (1/2 kelapa)
¾ cawan (90 g) kacang hijau, direndam 4 jam & rebus empuk & kisar halus
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa


Bahan atas
2/3 cawan (65 g) tepung beras
1¾ cawan (430 ml) santan (1 kelapa)
Garam secukup rasa

(Kjee letak 1 besar sudu gula halus)

Cara membuat
1. Untuk lapisan bawah. Satukan tepung beras, gula dan garam di dalam mangkuk.
2. Tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau sebati.
3. Masukkan kacang hijau dan pewarna hijau, adunkan hingga sekata.
4. Tuangkan ke dalam loyang 20 cm yang dilengser minyak. Kukus selama 20 minit.
5. Untuk lapisan atas. Satukan tepung beras, gula dan santan.
6. Kacau atas api perlahan hingga naik wap.
7. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
8. Akhir sekali kukus selama 25 minit atau hingga masak.





0 comments:

Post a Comment