Monday, October 26, 2015

AYAM STIR FRY ALA SZECHUAN







Lama nyer Kjee tak buat Szechuan chicken. Ia lauk yang menjadi favorite kami sekeluarga. Szechuan ada lah daerah di Negara China dimana hampir semua penduduknya gemarkan makanan yang pedas. Apa sahaja lauknya pasti ada cili.

Kjee tak pernah lah ke sana tapi Kjee ni rajin sangat tengok Food Network. Hari-hari ada macam-macam jenis makanan yang ditayangkan kat situ. Sekarang pulak Kjee dah rajin tengok National Geographic atau Net Geo. Dulu hanya tunjuk tempat-tempat menarik tetapi sekarang diselang selikan dengan rancangan masakan.

Sebab itulah Kjee teringat balik nak buat Szechuan Chicken. Resipi asal yang Kjee buat dulu letak kacang gajus. Cili kering yang telah dipotong-potong dan digoreng garing, wajib. Tapi sejak UnclePali kena serangan Gout yang amat-amat dasyat, gajus atau sebarang jenis kekacang is a no no. Begitu jugak red meat. Jadi, entri Kjee lepas ni mungkin akan hanya tayang ikan dan ayam. Huhuhu.

Anyway, menu hari ni memanglah sudah ditetapkan. Nadia kata dia nak makan Szechuan Chicken. Kjee kata boleh jer asalkan tak letak gajus. Kalau letak memang pengsan sedap. Huhuhu.

Szechuan Chicken biasanya hanya menggunakan daging ayam bahagian dada. Tetapi Kjee lebih suka daging ayam bahagian lain seperti peha dan sebagainya. Rasanya lebih kenyal dan sedap. Tetapi pastikan hanya guna isi ayam.








Kjee guna satu mangkuk isi ayam yang dihiris memanjang. Tepikan. Kemudian dalam mangkuk lain letak satu sudu besar sos tiram, satu sudu besar sos Hoisin (optional), satu sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce), satu sudu kecik kicap hitam (kalau tak ada, kicap manis pun okay) dan dua sudu tepung jagung. Resipi asal letak sedikit gula tapi Kjee tak letak.

Semua bahan-bahan tadi dikacau rata kemudian dicampurkan kepada ayam yang telah dihiris. Perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit.

Sementara itu, hiris nipis-nipis tiga inci halia muda. Kalau suka letak lebih, silakan. Hiris juga lima ulas bawang putih. Secekak daun bawang dipotong lebih kurang dua inci.

Cili kering dikerat-kerat sepanjang satu inci, direndam seketika dan digoreng garing., Tepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng pantas guna api besar. Ini kaedah stir fry. Letak sedikit sahaja air (lebih kurang dua sudu) dan terus goreng hingga ayam masak.

Sebelum padam api, curahkan setitis dua minyak bijan. Kalau tak ada ada, tak per tapi kalau ada lagi sedap. Kemudian masukkan daun bawang dan cili kering. Gaul hingga rata dan hidangkan panas-panas. Kalau guna kacang gajus (yang sudah dipanggang), masukkan ke dalam lauk sebaik sahaja api dipadam.

Entri sebelum ini DISINI.





1 comment: