Saturday, October 31, 2015

BIHUN GORENG TAYBA







Pejam celik, pejam celik dah tiba ke hari terakhir bulan Oktober. Dua bulan aje lagi tahun 2015 nak tinggalkan kita. Rasa cam baru kita sambut tahun baru.

Apa kena mengena dengan entri arini? Tak ada kena mengena pun. Hanya pepagi dah rasa boring. Tadi dah pekena satu piring bihun. Goreng biasa-biasa jer. Selalu Kjee letak udang tapi hari ini isi ayam jer sebab UnclePali kena gout teruk. So tak boleh makan seafood. Kami pun kena pantang sekali.

Sejak diperkenalkan dengan Bihun Tayba yang diusahakan oleh sebuah grup Orang Kurang Upaya, Kjee asyik teringat aje nak makan Bihun Goreng. Tekstur Bihun Tayba memang lain daripada yang pernah Kjee makan selama ini. Kenyal dan sedap.







Pagi tadi, lepas Subuh, apabila teringat hendak makan Bihun Goreng, Terus Kjee ke dapur dan rendam Bihun Tayba dalam air panas. Sekejap jer. Dalam 5 atau 6 minit. Kemudian toskan airnya. Jangan dilalukan bawah air. Ini untuk beri peluang kepada kepanasan pada Bihun tu terus melembutkannya.

Sebaik sahaja Bihun tu ditoskan, Kjee dah siap bahan-bahan untuk menumis. Tadi Kjee guna sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Tumbuk halus. Biasa letak udang kering tapi hari ni tak boleh letak. Kalau nak pedas, tumbuk sekali cili padi.

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan lebih kurang dua sudu cili kering kisar. Dah terbit minyak, masukkan isi ayam (atau apa sahaja yang korang ada). Goreng sampai ayam tu kecut, kemudian masukkan sawi. Lepas tu Kjee letak sedikit sos cili dan kicap ikan (kicap cair). Dah gaul sebati, masukkan bihun.

Dadarkan dua biji telor dan hiris. Tabur atas bihun goreng. Kalau ada bawang goreng, boleh jugak taburkan selain daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.








Ni nak cerita pulak pasal Bihun Tayba. Keunikannya ialah, ia tidak lembik apabila dimasak. Justru, tidak akan cepat basi macam bihun jenis lain. Seperkara lagi, Bihun Tayba ni hasil kilang orang kita. Jadi, kebersihannya, Insya Allah, terjamin.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI. Kalau kita tak sokong product keluarga kawan-kawan yang OKU (Kjee suka gelarkan mereka Orang Kuat Usaha), siapa lagi kan?






0 comments:

Post a Comment