Lauk ini mungkin sesuai dengan tekak mereka yang gemarkan cendawan. Ia dimasak secara stir fry atau goreng pantas. Bahan yang digunakan selain cendawan dan carrot ialah bawang putih, sos tiram dan sedikit minyak bijan.
Bagi mereka yang vegetarian atau hanya makan sayur-sayuran, ini menu yang menepati selera mereka. Ramai orang Barat sekarang sudah berubah kepada makan sayur-sayuran demi kesihatan.
Di Malaysia pun banyak restoran India dan jugak Cina yang menjual vegetarian dishes. Cendawan dan taufoo diadun sehingga terasa seperti makan daging kambing, ayam, mahupun ikan! Tetapi setakat ini Kjee tak dengar lagi orang Melayu berubah selera menjadi vegetarian. Kita mungkin masih belum dapat dipisahkan dengan makanan ikan, daging dan semua yang sewaktu dengannya.
Kjee masak lauk ini atas permintaan Nadia ketika kami singgah di Hero Market tadi. Kjee tanya nak makan sayur apa, dia terus tunjuk kepada cendawan. Kemudian Kjee toleh dan nampak lobak merah. Sampai rumah baru terfikir kalau diletak sayur broccoli pun sedap jugak.
Kjee tak letak apa-apa perencah kerana memang merancang nak buat stir fry simple menggunakan sos tiram. Tadi Kjee juga beli sos perisa tiram vegetarian. First time Kjee beli dan masak. Rasanya sama jer dengan sos tiram biasa.
Anyway tadi Kjee tumis gunakan banyak bawang putih. Lebih kurang 7 ulas. Dihiris dan ditumis bersama sedikit minyak jagung yang dicampur kira-kira satu sudu kecil minyak bijan. Setelah bawang putih garing (jaga-jaga jangan hangus, nanti pahit), masukkan carrot yang telah dihiris mancis. Guna api besar.
Apabila carrot sudah agak lembut, masukkan cendawan tiram yang telah dicarik-carik. Kjee guna satu peket berharga RM5.00. Tak tengok pun berapa grams tadi.
Goreng pantas-pantas sehingga cendawan kecut, kemudian masukkan sos tiram. Kjee letak lebih kurang satu sudu besar kerana tidak mahu ia menjadi terlalu masin. Taburkan sedikit lada hitam tumbuk kasar dan padam api.
Hidang segera dengan nasi.
0 comments:
Post a Comment