Friday, October 23, 2015

TERIMA KASIH SEMUA





Assalammualaikum.

Memang dasyat penangan jerebu kali ini. Dua minggu Kjee terlantar kerana demam panas, batuk dan selsema. Badan menjadi cukup lemah. Hanya mampu baring sahaja.

Mujurlah Kjee tak kena serangan asthma. Last kena masa serangan asthma, 10 tahun lalu. Doktor beri ubat steroids. Tu yang menyebabkan badan naik macam belon.

Anyway, syukur Alhamdullilah kini Kjee sudah hampir pulih. Dah boleh ke dapur untuk masak yang mudah-mudah. Tetapi tidak boleh lakukan aktiviti lain yang lasak-lasak sebab badan cepat penat.

Terima kasih semua yang masih sudi jenguk blog Kjee. Setiap hari tak kurang dari 15-ribu page views. Agaknya setiap hari korang harap-harap ada entri baru dari Kjee. Bukan sesuatu yang disengajakan. Nak duduk depan computer pun rasa amat berat sangat.

Insya Allah selepas ini, blog ini akan kembali aktif seperti dulu. Doa-doakan untuk Kjee yer. Love you guys!



4 comments:

  1. take care kak Jee. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. assalam jee...penangan jerebu menyebabkan ramai yg tertanya-tanya kehilangan jee...syukur alhamdulillah jee sudah kembali sihat..kak baru teringat nk pm tadi tapi bila tengok dh muncul n3 baru ni baru senang hati...baik2 jaga kesihatan n jgn terdedah dgn jerebu yg semakin bahaya pencemaran udaranya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Gee. Semuga Kak gee cepat sihat dan Allah mempermudahkan urusan Kak gee. Rindu dengan coretan kak Gee. Take care ok

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kjee dah beransur pulih.. I've thinking of u.. Nak hubungi takut ganggu.. Cuma mampu berdoa dari kejauhan.. Take care sis.. Luv u always..

    ReplyDelete