Monday, November 30, 2015

AL FATIHAH YUSSRY @ YUS JAMBU




Tauke bersama sahabat handai Allahyarham di Hosp Selayang. - foto ehsan Din Seri Nilam




Tiga foto diatas dari instagram Tauke dan Jihan Muse



Tika kemunculannya dulu, Yussry Edo atau Yus Jambu, bagi Kjee seorang pelawak yang cukup kreatif. Genre lawak dia lain daripada pelawak-pelawak baru yang muncul seangkatannya.

Kemunculan pertama di persada seni ketika memasuki Sinaran Pasport Kegemilangan di usia 25 tahun iaitu pada tahun 2001. Tiada mendapat respons daripada peminat seni tanah air ketika itu. Kemudian, anak kelahiran Kangar, Perlis ini mengaktifkan diri dalam pergerakan teater di Perlis.

Pada tahun 2007, beliau mencuba nasibnya sekali lagi dan muncul Juara Raja Lawak pertama. Bintangnya tidak terus bergemerlapan selepas kemenangan itu. Malah, kedengaran banyak desas desus keperitan hidupnya. Ini menyebabkan dia menjual kereta kemenangannya, kepada seorang VVIP di Perlis.

Rezeki kemudian, menyebelahinya semula apabila dia bergabung dengan Tauke dan menggelarkan diri mereka Jambu. Jambu menjadi antara kumpulan lawak yang dinanti-nanti kemunculan mereka dalam setiap persembahan. Astro jugak memberi mereka satu slot rancangan mereka sendiri. Tetapi hanya bertahan satu musim, kalau tidak silap.

Banyak kejayaan ditempa Yus bersama Tauke. Rezeki mereka melimpah ruah. Selain daripada muncul Naib Juara Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, mereka juga dihujani jemputan ke stage show seluruh negara. Gandingan Yus dan Tauke nampaknya, cukup serasi. Mereka menjadi pesaingan hebat kepada pelawak duet Jozan.







Apapun, sejak akhir-akhir ini, kegemilangan yang dilalui kumpulan Jambu mula pudar dengan kemunculan pelawak-pelawak baru seperti Bocey, Shiro dan lain-lain. Namun demikian, Jambu tidak mengalah dengan mudah.

Kemunculan Jambu di sisi Zizan yang membawa nama Virus juga gagal mengangkat kembali kehebatan mereka ke puncak. Malah, Virus, Kjee rasa, antara menyebab jatuh merundum lagi karier Jambu.

Penyertaan terakhir Pak Yus adalah pada pertandingan Juara Parodi. Kjee tidak mengikutinya tetapi anak Kjee memberitahu, ketika selesai persembahan bersama Tauke dan Misha Omar, Pak Yus kelihatan amat letih.

"Nadia terkejut jugak bila tengok Pak Yus tercungap-cungap. Dia menjerit: "...sudahlah aku dah penat. Tak mau cakap lagi!!"

Kalau Kjee tak silap, Yussry telah bertunang dengan seorang wanita dari Utara dan bakal bernikah bulan Disember.

Dimana kan kita cari ganti seorang pelawak yang selamba sepertinya. Beliau meninggal dunia akibat sesak nafas lewat malam tadi selepas satu show di Dataran Merdeka. Kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang oleh teman-temannya. Perginya di usia 39 tahun.

Moga roh Allahyarham tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan diletakkan sebaris dengan mereka yang beramal soleh dan beriman. Aaminnnn.

Al Fatihah.

TERKINI:
JENAZAH ALLAHYARHAM AKAN DIMANDI, KAFAN DI HOSPITAL SELAYANG, KUALA LUMPUR. KEMUDIAN DIBAWA KE KAMPUNG HALAMANNYA DI KANGAR UNTUK DISEMADIKAN.




Catatannya sendiri di fanpage Yus Jambu

2 comments: