Wednesday, November 25, 2015

HAJAH NORZAILINA NORDIN...BUKAN SEBARANG CHEF

REVIU BUKU





Kjee tak perasan pun yang Kjee pernah bertemu Chef Norzailina Nordin, beberapa tahun yang lalu. Ketika iu Kjee hadir sebagai tetamu di majlis anjuran Majalah Jelita. Kjee pergi dengan Nadia. Dan kami duduk semeja dengan beliau yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang penyumbang rencana majalah tersebut.

Apabila beliau menghadiahkan Kjee buku terbaru beliau berjudul '101 Resipi Pengikat Kasih Mertua' baru-baru ini, barulah Kjee dapat mengimbau kembali pertemuan dengan chef yang berkulit putih melepak dan kecil molek orangnya.

Chef Hajah Lin (baru sahaja kembali menunaikan Haji baru-baru ini), nyata sekali bukan sebarang chef. Ini buku beliau yang ke-32 setelah 23 tahun dalam industri kulinari!  Dan buku ini dilhamkan dari scrapbook ibu beliau, Norlia binti Abdullah, yang kini berusia 71 tahun! Buku resipi ibu yang menurut Chef Lin, mengandungi guntingan resipi dari akhbar dan majalah! Puan Norlia adalah anak berbangsa Cina yang dibela oleh keluarga orang Melayu.



Chef Hajah Norzailina



Chef Lin, 53 tahun, berasal dari Bentong, Pahang. Kalau baca Biodata dalam buku masak terbaru ini, memang boleh meremang bulu roma. Buku masakkan sahaja yang ke-32, tetapi kalau dicampurkan kesemua buku dalam pelbagai genre termasuk novel dan buku akademik, sudah menjangkau 65 biji kesemuanya!

Tak kenal maka tak cinta. Mahu mengenali Chef Lin lebih rapat, korang kena miliki buku masak terbarunya ini. Kjee tak pasti samada ada buku masakan dwi bahasa dikeluarkan setakat ini. Beliau memang sudah terkenal di persada kulinari antarabangsa, justru buku ini dibuat dalam dwi bahasa, agaknya!

101 resipi yang terkandung dalam buku ini bukanlah resipi yang kita selalu hidangkan. Ia merangkumi resipi-resipi pilihan yang mungkin membuat ibu ataupun ibu mertua tersenyum lebar. Resipi, yang boleh dikategorikan sebagai resipi rahsia ibu-ibu dulu-dulu.

Gulai Asam Rong, Sambal Gelewa, Sesagun, Sambal Hitam dan macam-macam lagilah. Maklumlah ada 101 resipi semua. Yang buat Kjee ketawa terkekek kekek ialah lauk Encik Abas Demam! Lauk apakah itu? Itulah, kan elok korang miliki sendiri dan ketawa berdekah-dekah pulak. Hehehe.




Ada arahan step by step lagik!







Selain beri resipi, ada jugak arahan cara memasak step by step! Atau panduan langkah demi langkah! Bak kata Chef Lin, pasti jadi punyalah walaupun korang selalu bagi alasan tak reti masak. Dan kalau korang tak fasih sangat baca dalam bahasa Malaysia, versi Inggeris jugak ada dik Non!

Kjee sangat teruja melihat kemasan buku ini. Memang ada kelas yang tersendiri. Bukan macam buku resipi biasa yang berkertas murah gitu. Dan semua resipi adalah resipi turun temurun yang telah disusun mengikut citarasa masakini.

Orang kata ada rupa ada harga. Kjee rasa mesti mahal buku ini. Apa tidaknya, gambar lawa, kertas cantik, covernya tebal.Tetapi apabila Kjee mesej Chef Lin tanya harganya, punyalah Kjee terkejut. Only RM29.90. Isyhhh takkan lah murah sangat! Agaknya, memang sengaja dijual begitu murah supaya dapat dimiliki semua. Alhamdullilah syukur.

So, kalau korang tak percaya buku ni best sangat, korang pergi cepat-cepat ke Popular Book Store terdekat. Cepat rembat sebelum kehabisan.

Gerenti boleh buat mak mertua atau bakal mak mertua korang tersengih-sengih bila kau pamerkan kecekapan korang. Jugak boleh beli hadiahkan kepada bonda sendiri.

Okaylah. Lepas ni kalau korang nampak Kjee post resipi pelik-pelik tapi sedap, korang tahu siapa sifu kita ya. Hehehe.

Juga intai blog beliau DISINI.












1 comment:

  1. Kak Jee pun boleh keluarkan satu buku resipi macam ni. Saya selalu follow resipi yang Kak Jee kasi. Semua sedap & menjadi! Thank you for sharing =)

    ReplyDelete