Oleh kerana hari ini hari perayaan, maka Kjee dan Nadia pun sama-sama raikannya dengan membuat hidangan Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai. Tapi jangan korang berlumba ke rumah Kjee sebab kami tak buat open house. Hahaha.
Hari ni Kjee bahagi-bahagi tugas. Nadia masak Nasi Tomato dan Kjee masak Kurma Ayam dan Acar Rampai. Dah siap tugasan, Kjee pun beredar dari dapur tinggalkan Nadia masak Nasi Tomato dan kemas mengemas. Orang muda... bab kemas mengemas ni masih larat kan! Hehehe.
Opppss setengah jam kemudian, Nadia muncul bagi Kjee rasa sikit Nasi Tomato yang baru siap. Suruh cek samada sudah boleh padam api kukusan.
"Kenapa keras sikit nasi ni?" tanya Kjee.
"Eh Nadia ikut resipi Mama dalam blog. Ikut sebijik!" Nadia mula keluar peluh jantan.
Selama ini, dia yang masak Nasi Tomato kalau tak kerja. Dan setiap kali, I have no complains. Kjee masih duduk depan computer. Kjee suruh Nadia tambah masa kukus lagi 15 minit. Salah beras Basmahti kot. Selalu UnclePali yang beli. Tadi UnclePali gi antar kereta servis so Nadia pergi beli beras Basmathi kat mini market berdekatan.
Selesai UnclePali amik gambar tadi, Kjee duduk nak makan. Terpandang peket beras Basmathi yang Nadia beli tadi kat atas kabinet berhampiran. Isyhhhh kenapa macam kukenal jer peket ni.
"Ya Allah. Nadia beli beras Herba Ponni Faizah bukan Basmathi! Patutlah nasi keras sikit. Beras Herba Ponni perlu air tiga kali ganda. 1 pot beras 3 pot air!" Kalau beras Herba Ponni, tak payahlah keluar beli sebab kami memang guna beras itu sejak bertahun lalu!
Wajah Nadia pucat lesi. Dia tahu Mama kalau mengamuk memang nahas. UnclePali pujuk makan. Katanya, nampak dah okay. Makan ajelah.
Masa makan Kjee baru sedar Beras Faizah Herba Ponni memang boleh digunakan untuk masak Nasi Tomato, Nasi Briyani atau apa sahaja nasi berperisa! Dulu Kjee ingat tak boleh. Cuma kena tambah sedikit sukatan airnya. Beras Herba Ponni tiada kanji dan memang elok sangat untuk mereka yang mengidap diabetes.
Itulah yang terjadi hari ini. Kalau nak resipi Nasi Tomato Kjee yang guna sup tomato (dalam tin), KLIK SINI. Dan untuk Acar Rampai, KLIK SINI. Hari ni Kjee buat ikut resipi Acar Rampai Che Mat Gebu.
Harap maaf, arini foto kurang memuaskan. My photographer kurang sihat. Huhuhu.
Cantiknya warna nasi tomato tu Kjee....
ReplyDeletekesian nadia..hehe.. takpela tu, nampak macam ok je rupanya. saya fail bab2 nasi perisa2 ni..sokmo mentah, dah give up dah..huhu.. tunggu lama sikit kot baru nak try balik..
ReplyDelete