Wednesday, November 25, 2015

SOS PASTA VERSI KJEE










Masa Kjee jadi penulis Majalah Jelita, many many years ago (Kjee antara beberapa penulis yang set up majalah tersebut), Kjee pernah ditugaskan membuat masakan antarabangsa. Dan Kjee redah ke rumah-rumah Duta dan juga hotel-hotel untuk tugasan tersebut.

Sayangnya Kjee tak simpan satu pun majalah tersebut untuk kenangan. Sekarang Majalah Jelita dibawah Berita Publishing sudah berkubur. Dan khabarnya, akan berpindah ke management lain. Insya Allah. Moga terus berpanjangan hayat Majalah Jelita.

Anyway, dalam banyak-banyak tempat yang Kjee terjah, sempat jugak Kjee ke Hotel Hilton untuk tugasan makanan Itali. Seorang Chef berbangsa Itali yang membantu menyiapkan tugasan Kjee. Of course Kjee dah lupa nama dia. Lebih 30 tahun rasanya.

Apapun, Kjee hanya ingat sos untuk pasta yang diajar Chef tersebut. Sos itulah yang Kjee simpan hingga ke hari ini. Ia sangat versatile. Kjee gunakan untuk sapu atas piza, untuk Spaghetti Bolognaise dan juga untuk Lasagna.

Zaman Kjee dulu manalah ada sos segera macam dalam botol sekarang. Sebab itu apabila Kjee dengar cerita sos pasta dalam botol tu ada yang halal dan ada yang tidak, Kjee cukup kesian dengan mereka yang menggunakannya tanpa rasa was-was.










Belum pernah lagi Kjee beli sos dalam botol itu walaupun ia akan memudahkan kerja apabila teringin hendak makan pasta, piza dan lasagna.

Bahan-bahan yang diajar Chef Itali itu mudah jer. Tomato, bawang besar, bawang putih, tomato puree, tomato sos, minyak zaiton atau Olive Oil dan jugak bay leaf. Kalau tak ada bay leaf, tak jadi masalah. Tetapi sejak akhir-akhir ni, Kjee tambah lagi satu bahan iaitu Beef Cube jenama Knorrs.

Selama ini Kjee hanya guna bawang besar warna merah untuk sos pasta yang Kjee buat. Tetapi hari ini Kjee guna bawang Holland yang warna kuning tu sebab susah nak cari bawang merah yang cantik sekarang. Hasilnya, Kjee tak berapa puas hati sebab bawang Holland liat sikit berbanding bawang merah.  Pun begitu, ia tidak menjejaskan sos Pasta.

Kalau buat sos ini untuk sapuan pizza, ia harus dipekatkan sedikit. Sapuan diatas doh pizza tidak boleh cair.

Tomato yang digunakan harus yang berwarna merah dan masak ranum. Kjee selalu guna tomato India yang kecik-kecik sedikit dan masam. Tapi sekarang susah nak cari. Mungkin kalau ada peniaga India menjualnya barulah boleh dapat tomato tersebut. Lagi masam lagi elok.






Tomato ini kena celur dulu. Buat torehan X di bahagian atas tomato. Kemudian celur dalam air panas mendidih. Kjee masak air. Bila dah mendidih, pelan2 masukkan tomato. Biarkan hingga nampak kulit tomato mula mengelupas. Tujuan dibuat torehan itu untuk tomato itu melecur dan kulitnya senang dibuang.



SOS PASTA

Bahan-bahan

5 biji tomato merah masak ranum
1 biji bawang Holland atau 2 biji bawang besar (didadu)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 bay leaf (optional)
2 sudu tomato sauce
1 tin kecik tomato puree
3 sudu besar minyak zaiton atau minyak jagung
butter (optional)
½ sudu lada hitam kisar/tumbuk
1 beef cube Knorrs

CARA

Tomato ditoreh X (lihat gambar) dan dicelur dalam air panas mendidih selama 5 minit atau sehingga kulitnya kelihatan melecur. Sejukkan seketika atau boleh lalu bawah air paip dan buang kulitnya. Kemudian dikisar dengan 1 cawan air. Tepikan.

Dadu halus bawang besar. Cincang halus bawang putih.

Panaskan sauce pan atau apa jua periuk. Tuang minyak. Kjee guna minyak jagung dan dua sudu besar butter. Apabila butter sudah cair, masukkan bawang dan goreng sampai ia layu. Apabila sudah nampak layu dan lembut, masukkan bawang putih.

Dah naik bau, masukkan tomato kisar. Letak jugak 1 helai bay leaf, kalau guna. Kemudian masukkan tomato puree dan sos tomato serta 1 beef cube. Letak jugak ½ sudu lada hitam kisar. Kacau hingga rata. Guna api sederhana dan biar ia rendidih lebih kurang 20 minit.

Kemudian rasa. Kalau perlu, letak sedikit garam. Kjee tak letak.



Kjee guna sos sama untuk Spag Bolognaise. Kjee masukkan daging cincang ke dalam periuk sebaik sahaja bawang layu. Tumis sehingga daging cincang itu kecut barulah tuang tomato yang di kisar. Kalau guna Beef Balls, masukkan ke dalam sos 10 minit sebelum padam api.

Sos ini boleh disimpan beku. Apabila hendak guna, panaskan.

Inilah sos pasta citarasa Kjee. Harap kena dengan selera korang. Boleh tambah juga cendawan butang dalam tin, yang dihiris nipis.

Kjee jugak ada buat sos pasta dan lasagna versi malas. Hehehe. KLIK SINI. Atau SINI.

Sos Pasta Kjee hari ni nampak macam terlebih bawang. Kjee memang suka banyak bawang. Kalau korang tak suka, boleh kurangkan ya.







0 comments:

Post a Comment