Friday, November 20, 2015

TISHA'S BANGKIT SEMULA DENGAN SOKONGAN NETIZENS


Cicah dengan susu manis pun sodap, gua cakap lu!


Tak teruja ke melihat packing yang cukup lawa





Social Media seperti Facebook, Instagram dan blog jika digunakan secara betul, sangat-sangat membantu. Terutama sekali seandainya kita mahu sesuatu itu disampaikan dalam masa yang pantas.
Malangnya, ia seringkali disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga timbul pelbagai masalah.

Apapun, Shamsul Shah, CEO Shamsul Atika Foodtech Industries Sdn Bhd, menganggap media sosial sebagai suatu keajaiban atau God Sent.

Mungkin Kjee tak perlu bercerita panjang lebar mengenai apa yang dilalui oleh Shamsul dan isterinya, Hajah Atika Mohd Ramli, apabila ditipu oleh sebuah koperasi. Kerugian yang ditanggung Shamsul amat besar. Beribu kartun product Roti Paratha dan Murtabak jenama TiSha's tersadai di bilik beku kerana koperasi yang membuat pesanan, mungkir janji.

Kalau Kjee dah sasau agaknya. Serius. Kena pulak senario ekonomi semasa yang tidak menentu!

Namun, dengan idea mewar-warkan masalahnya di Facebook dan Instagram, dalam masa beberapa hari, semuanya habis dijual! Kenalan dan peminat product TiSha's, berpusu-pusu ke Medan Selera Anjung Melawati untuk membantu Shamsul. Ramai jugak pulang hampa!

Kjee baru tahu product jenama TiSha's memang sudah dikenali ramai kerana keenakkannya. Setiap hari Kjee memang lalu depan pusat jualan Tisha's ni di Anjung Melawati, tanpa menyedari ada 'lubuk makanan sedap disitu'!

Kemudian apabila Kjee terbaca satu post oleh seorang sahabat Kjee di FB. baru Kjee turut terpanggil untuk membantu. Kjee diberi rasa dua keping Murtabak Pulau Pinang dan Roti Paratha yang sangat-sangat menepati citarasa kami sekeluarga.

Walaupun stok asal sebanyak 1800 carton, habis dijual, kilang Shamsul di Kepong kini sudah beroperasi semula. Semuanya kerana semangat untuk meniaga, kembali memuncak dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan Netizen (warga internet).

"Stok tersadai mulanya adalah 2 kontena iaitu 1,800 carton. Selama enam bulan kami berjaya habiskan hampir 1000 carton. Dan tempiasnya sebanyak 850 carton berjaya dijual setelah di viralkan, Alhamdullilah," tambah beliau.









Dalam satu postnya di FB, Shamsul berkata:

"Saya ingin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Malaysia yang amat-amat prihatin diatas kesusahan dan keperitan kami.

Dgn terjualnya stok tersebut, kami dapat beroperasi semula.. kami dapat menggajikan pekerja kami semula.. kami dapat menceriakan keluarga kami semula.. semua yang indah-indah lah... especially supplier kami serta bank-bank.. meskipun apa yang dapat di  recover adalah less then 10% of kerugian yang ditanggung tetapi come back itu amat-amat bermakna sekali..

Kami doakan semua yang membantu kami diberi rahmat dan nikmat yang melimpahruah... dikeluarkan daripada apa-apa kesusahan.. dijauhkan daripada segala fitnah dan umpat manusia... dan saya juga specifically berdoa agar semua yang bantu kami daapt menunaikan haji kepada yang belum lagi....

Jasa anda semua tak terbalas dan kami hadiahkan harga yang sama untuk anda beli paratha kami meskipun dengan stok yg baru...

Wallahualam... "









Apapun, Kjee rasa apa yang berlaku keatas Shamsul ada hikmahnya. Pasti akan membuka matanya dan mindanya, untuk lebih berhati-hati apabila membuat sebarang urusan perniagaan, walaupun dengan insan-insan yang dekat dengannya.

Kjee cukup teruja sekarang sudah menemui makanan favorite Kjee yang diusahakan secara halal toyibban! Insya Allah akan stok dalam freezer banyak-banyak sebab Kjee kan insan yang kurang gemar makan nasi. 

Semalam, ingatkan Kjee sorang aje nak food tasting Roti Pratha. Murtabak Kjee dan bedal berdua dengan Nadia malam sebelumnya. Kjee suruh goreng dengan menggunakan sedikit marjerin. Tengah duduk menikmatinya dengan hanya mencicah susu manis, UnclePali terus ambil sekeping lagi dan menggorengnya. Memang puas hati dengan rasa dan kelembutannya.

Menurut Shamsul, resipi makanan yang dihasilkan adalah turun temurun sejak moyang beliau 100 tahun yang lalu! Tiada pengunaan msg (mono sodium glutamate) dan minyak yang digunakan dijamim dari kualiti yang tinggi. Selain itu, sesuatu yang Kjee rasa sangat penting ialah telor yang digunakan, dibasuh!  

Kesian UnclePali tak dapat rasa Murtabak Pulau Pinang TiSha's yang kebahboom sebab ada daging. Belum pernah Kjee rasa Murtabak Frozen sehebat yang dikeluarkan syarikat Tisha's. Padat dengan rasa! Turut disertakan Jeruk Bawang. Kalau ada peluang, baik korang cepat-cepat dapatnya!

Paling menarik pada Kjee dan UnclePali ialah packing Roti Pratha dan juga Murtabak. Ini barulah dikatakan sedap di mata, sedap di tekak. Design nya setanding dengan jenama besar yang ada di pasaran.

Kalau korang nak order buat makan sendiri, nak meniaga atau menjadi ejen, sila hubungi Encik Shamsul pada nombor yang tertera di business card dibawah.





2 comments:

  1. salam kak jee..nak tanya..parata tisha ni kak jee masak tak berminyak ke? saya masak berminyak sangat2..compared to parata brand yg biasa beli..even tak letak butter kat pan tu parata nye berminyak..saya lap2 dgn tisu..ke ada cara lain?

    ReplyDelete