Dibuka setiap hari |
Memang dah lama Kjee dengar pasal Air Ajaib Pak Anuar di Pengakalan Batu, Melaka yang didakwa boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit. Banyak dah tersebar dalam akhbar dan internet.
Kjee pun ada dengar banyak testimoni daripada mereka yang pernah mencubanya. Teruja sangat nak minum air ajaib Pak Anuar ni yang kononnya dari air rebusan sejenis pohon yang mengeluarkan bunga kuning ala teropong. Pohon bunga ni Pak Anuar, seorang tukang kebun sekolah, tanam di sekolah itu untuk mencantikkan lanskap sekeliling.
Menurut cerita, seorang kawan beritahu Pak Anuar, daun pohon itu boleh menyembuhkan penyakit. Pak Anuar cuba dan mendapati keberkesanannya. Lalu, dia pun mula merenih air tersebut dan berikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai yang ada penyakit.
Setelah mereka sembuh, berita 'keajaiban' air tersebut mula menjadi buah mulut. Dan Pak Anuar dan keluarga mula sibuk menyediakan air tersebut setelah tidak putus-putus menerima kunjungan orang. Pak Anuar tidak meletakkan harga kepada air ajaib tersebut. Sedekah aje. Mulia sungguh kan?
Dah banyak kali ajak UnclePali pergi, tak jugak-jugak kesampaian. Ada aje aral, sehinggalah Kjee singgah makan di Zaiton Tomyam aritu. Taukenya Sham Norrizan yang nampak Kjee susah sangat nak jalan setelah duduk berjam-jam, syorkan Kjee cuba air ajaib Pak Anuar itu.
Jadi, lepas Zohor semalam, kami pun geraklah ke Melaka. Doa selepas solat, agar Allah swt permudahkan. Maklumlah hari cuti kan? Jalan mesti sesak dan Kjee pasti pengunjung ke rumah Pak Anuar pun mesti ramai. Ada orang bercerita, susah nak letak kereta. Orang terlalu ramai.
UnclePali pun waze 'Air Herba Ajaib'. Tertera terus di skrin telefon arah ke Pengkalan Batu. Sepanjang jalan panas terik tetapi trafik lancar. UnclePali masuk Alor Gajah seperti yang diarahkan Waze. Tak sampai 20 minit kot dari tol Alor Gajah, kami sampai di Parit Melana. Tetiba mata Kjee nampak di sebelah kiri satu banner kecil yang tertera Air Ajaib Pak Anuar!
UnclePali sudah terlajak. Kjee suruh dia undur. UnclePali tak berapa minat nak ikut arah banner itu sebab katanya, kalau ikut Waze, Pengakalan Batu tak jauh dah. Tapi Kjee suruh jugak dia cuba intai-intai ikut banner tu.
Kami menyusur jalan kampung yang macam tak ada penghujung. Tetiba kami nampak banyak kereta. Dekat rumah ada kemah dan bawah kemah ada meja dan ada dalam 50 orang pengunjung. Ada banner besar Air Ajaib Pak Annuar.
Alhamdullilah dah sampai. Sungguh dipermudahkan.
Iniu adalah cawangan Air Ajaib Pak Anuar setelah rumahnya di Pengakalan Batu tidak dapat menampung kebanjiran pengunjung. Sudah 6 bulan beroperasi.
Kjee tengok ramai orang keluar masuk bawak Thermos Flask yang besar-besar. Kami pun ada sediakan satu. Khabarnya, hanya boleh bawak balik air (kalau mahu) guna Thermos Flask. Botol plastik tak boleh. Malah ada jual thermos flask di situ dengan harga RM50!
Kjee cari meja kosong berhampiran. UnclePali dan Nadia terus ambil air ajaib yang panas mendidih itu dalam mug yang disediakan.
Kjee bersembang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan. First time dia datang. Suaminya kena strok. Katanya, dia sampai sebelum Zohor dan ramai sangat orang. Mujur Kjee sampai dekat Asar.
Kjee pun cuba minum air ajaib ini. Rasa seperti teh yang dicampur gula merah. Tetapi hanya manis buah. Kena minum panas-panas dan jumlah gelas yang harus diminum adalah mengikut angka ganjil. Lagi teruk penyakit, lagi banyak gelas yang harus diminum.
Nadia berjumpa dengan Alia, kalau tak silap Kjee, menantu Pak Anuar. Dia kata Kjee kena minum antara 5 hingga 7 gelas sehari. Kena amalkan pantang ketika minum air ini iaitu tidak boleh makan Ikan Pari dan minum Nescafe! Bukan Kjee aje tau. Semua orang!! Rasanya tak jadi masalah.
Alia juga menjual satu peket daun tersebut dengan sepeket kecil ramuan rahsia Pak Anuar dengan harga RM50. Rebus daun dan ramuan itu guna 15 liter air selama 45 minit. Minum ketika masih panas.
Setelah mengisi Thermos lebih kurang 10liter tu, kami pun gerak pulang. Sempat jugaklah Kjee minum 3 mug air ajaib kat situ.
Walaupun pada bisnes kad di atas tu, ada dua hari cuti sebulan tetapi difahamkan, ia dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga pagi. Ada surau di depan rumah tersebut.
Mulai Sabtu ini 1/1/2016, ada cawangan akan dibuka di Petaling Jaya. Lihat banner dibawah. Tak payahlah kami ke sana lagi ke Melaka nanti ya.
Salam kak Jee, does it really work? Are you still taking it?
ReplyDeleteI pergi once jer. Tak pasti whether it does.
ReplyDeleteI pergi once jer. Tak pasti whether it does.
ReplyDelete