Tuesday, December 1, 2015

IKAN TEMPURA MASAM MANIS






Ini bekal Nadia pagi tadi. Sejak dia kena Diarrhea sebab makan kat gerai belakang bangunan pejabat dia beberapa bulan yang lalu, Kjee dah paksa dia bawak bekal dari rumah. Seperkara lagi dia juga sering kena gastrik sebab malas nak keluar makan.

Jadi Kjee rela bangun dan masak lepas Subuh semata-mata nak pastikan dia mendapat makanan yang tidak boleh menyebabkan Diarrhea atau ciri birit dan gastrik.

Ini lauk tanpa perancangan awal. Malam tadi Kjee ngan Nadia pergi Hero Market. Kjee nampak frozen Fish Cocktails Tempura dan rembat. Memang Kjee suka goreng dan makan dengan sos cili dan mayo.

Pagi tadi masa geledah freezer, Kjee terfikir nak goreng Fish Tempura Cocktails ini untuk Nadia. Kemudian Kjee rasa kalau buat Sweet Sour, tentu Nadia suka sebab Sweet Sour Fish memang kesukaan Nadia.

Tak susah pun nak buat. Selepas goreng tiga keping fish cocktails yang bersalut tepung tu, Kjee pun tepikan. Hiris bulat sebiji bawang besar yang sederhana besar. Hiris juga dua ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian belah dua sebiji cili merah, buang biji dan hiris panjang-panjang dan halus-halus.









Kemudian Kjee tumis bawang besar, halia dan bawang putih guna sedikit sahaja minyak. Apabila sudah layu, Kjee masukkan lebih kurang ½ cawan air. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan lebih kurang 1½ sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili Linghams. Kalau ada sos cili Thai, lagi okay. Sudah mendidih, letak sedikit kicap cair. Kjee guna Nampla (Thai fish sauce).

Rasa. Apabila sudah cukup rasa, bancuh 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuah. Kacau sehingga pekat. Kemudian campakkan hirisan cili dan jugak daun bawang yang telah dipotng sepanjang 1½ inci.

Kacau dan padam api.

Apabila hendak dihidang, susun ikan atas pinggan dan curah kuah.

Untuk Nadia tadi, Kjee curah kuah dalam bekas plastik dan susun ikan diatasnya. Nadia juga bawak bekal nasi putih. Dua senduk jer nasi.

Itu jer. Mudah kan? Kerana makanan kesukaannya, pandai pulak Nadia curi-curi masa untuk makan ikut waktu. Selalunya, dia lunch lebih kurang jam 4 petang. Justru senringkali perut masuk angin.








1 comment:

  1. Uish.. xterfikir nk jdkan lauk mkn dgn ns putih.. hebat imaginasi kak jee.. hurmmm demi kasih syg pd ank.. 🤩

    ReplyDelete