Semalam plan nak buat Mini Quiche guna roti. Cari cara membuatnya di internet. Rata-rata kata, roti mesti fresh. Kalau tidak, tak sedap. Hmmm malas nak suruh UnclePali keluar beli roti. Takut dapat yang tak fresh. So, Kjee buatlah pastri cam biasa.
Kjee guna 200gms tepung gandum, 100 gms butter dan secubit garam. Buat serbuk roti dan curahkan sedikit demi sedikit air sejuk peti ais sampai jadi doh. Rehatkan lebih kurang ½ jam dalam peti ais. Doh sebanyak ini menjadikan ngam-ngam 12 biji mini quiche. Kjee guna tray acuan muffins.
Untuk inti quiche, Kjee guna 3 biji sosej, ¼ biji lada hijau benggala atau capsicum dan ¼ biji yang warna merah. Kjee dadu kecik lada tersebut. Juga dadu satu labu bawang besar. Begitu jugak dengan sosej. Dua batang Kjee dadu dan satu lagi Kjee hiris untuk letak atas quiche sebelum masuk oven.
Tumis guna sedikit minyak semua bahan-bahan yang telah didadu. Kemudian perasa dengan garam. Apabila sudah lembut, tepikan.
Pukul 4 biji telor. Letak sedikit lada hitam dan garam. Jangan masin sangat sebab bahan tumis pun dah diletak garam.
Keluar doh dari peti ais dan bahagikan kepada 12 bahagian. Leperkan dan letak dalam acuan muffins. Cucuk-cucuk bahagian bawah pastri dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Suhu oven 180 darjah. Dan agak garin, keluarkan.
Isikan lebih kurang satu sudu kecik inti ke dalam kulut quiche. Susun sosej yang telah dihiris. Kemudian perlahan-lahan curahkan telor. Taburkan ceddar cheese (kalau suka) diatas permukaan quiche sebelum bakar.
Bakar sehingga masak dan warnanya keperang-perangan. Lebih kurang 25 minit. Suhu 180.
Boleh makan begitu sahaja atau dengan sos cili. Boleh jugak dibekukan dan panaskan dalam microwave kalau nak makan.
Mungkin boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah nanti.
0 comments:
Post a Comment