Tuesday, January 12, 2016

AYAM MASAK BALI










Hari tu Kjee tengok kat FB, ramai yang buat Ayam Masak Bali. Kalau tak silap, pernah Kjee tengok kat Asia Food Channel, seorang Chef dari Indonesia buat Bebek Masak Bali. Bebek bukan bibik tau! Bebek tu Itik. Kalau Bibik masak Bebek okaylah. Hohoho.

Anyway, kerana teruja nak rasa camner Ayam Masak Bali, Kjee pun cam biasa intailah kat blog masakan. Of course mula-mula mesti intai kat blog Dapur Tanpa Sempadan. Rasanya Kjee memang nampak Mat Gebu buat aritu.

Seronoknya sebab semua bahan ada. Tak payah keluar hutan, masuk hutan cari. Mudah sangat resipi yang Mat Gebu amik ntah kat sapa. Tapi Kjee fikir pulak, kalaulah tak letak serai, lauk tu dah jadi macam lauk masak kicap yang biasa Kjee buat. Cuma Mat Gebu kata kena letak banyak serai dan sedikit belacan.

Kjee pun intailah blog lain dan terpikat dengan resipi Ayam Bali dalam blog Resipiku.Net. Ada letak jintan manis dan ketumbar. Tapi tak ada belacan. Selain daun kari, dia letak daun limau purut. Hmmm Kjee pasti daun limau purut ada sebab UnclePali tanam. Tapi kena bukak gate amik kat luar. Isyhhh malaslah.

So, Kjee gabungkan bahan-bahan blog Mat Gebu dengan Resipiku.Net. Hasilnya amat memuaskan. Ada aroma serai yang wangi serta jintan manis dan ketumbar.

Resipi seperti dibawah yang telah Kjee olah.









AYAM MASAK BALI
sumber:
Dapur Tanpa Sempadan
Resipiku.net
Olahan:
Kjee

Bahan2:

½ ekor ayam
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Bangla
1 inci halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
sedikit belacan
6 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 tangkai daun kari
daun limau purut
2 senduk kicap manis
1 keping asam gelugor
2 cawan air

Cara:

Ayam dibersihkan. Potong dan tos kering.

Sangai jintan manis dan ketumbar hingga garing. Terus tumbuk panas-panas hingga halus. Kemudian tumbuk bersama cili padi, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih hingga menjadi pes. Kalau tak nak letak cili padi, boleh letak ½ cawan cili kering kisar.

Lumurkan pes bersama ayam dan perap lebih kurang setengah jam. Kjee jugak letak garam kepada ayam tadi sebelum diperap.

Panaskan kuali dan letak lebih kurang 3 sudu besar minyak. Apabila sudah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Biarkan ia masak seketika.Terbalikkan. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk dan juga daun kari. Apabila ayam sudah kecut, masukkan air dan ramas-ramas sedikit belacan. Masak sehingga air tu tinggal separuh. Kemudian masukkan 2 senduk kicap lemak manis dan 1 keping asam gelugor.

Perlahankan api dan masak sehingga hampir kering. Kjee tak biarkan ia kering sangat. Suka lembab-lembab.

Boleh dimakan dengan nasi, nasi impit, lemang atau pulut. Rasanya, ada pedas, manis dan wangi serai serta jintan dan ketumbar. Selamat mencuba.










3 comments:

  1. sedapnya x pernah cuba nie.
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terliur tgk gmbr ayam msk bali kak jee.. lin simpan resepi dulu.. nxt week bole buat.. hrp fmly suka.. 🤩

    ReplyDelete