Hari ni memang tak plan nak masak sebab tak berapa sihat sejak malam tadi. Tapi, knowing me kan... Lepas telan ubat jer, dah rasa kuat sikit tubuh, terus bangun dan ke dapur. Tapi tak blur nak masak apa sebab dah ada perancangan. Hehehe.
Dua hari lepas, Kjee surf internet cari Indian recipes. Jumpa Chicken Varuval. Cek images yang dia orang tayang. Hmmm ayam masak berempah kering. Adik beradik Ayam Paratel kot. Tapi tak guna rempah kari. Cuma sedikit garam masala, lada hitam dan bahan-bahan lain yang memang ada dalam pantri Kjee.
Kjee bukak juga blog Chef Thyaga Rajan. Boleh tahan banyak bahan. Kjee kalau bab banyak bahan, memang Kjee terus patah semangat. Kemudian google lagi dan jumpa pulak blog Love2Cook. Pemiliknya friend FB Kjee, Venisri. Wah Sri letak serai. Interesting!
Pergi balik-pergi balik, akhirnya Kjee decide nak olah tiga resipi jadi satu resipi yang mudah. Resipi Swashthi's Recipes (asal India tapi tinggal di Singapura), resipi Chef Thyaga dan Venisri. Tiga resipi ni digabungkan jadi resipi yang mudah.
Berbanding dengan Ayam Paratel, Ayam Varuval dimasak kering. Sikit lebih kurang macam rendang kita.
AYAM VARULVA
rujukan:
Chef Thyaga B Rajan
Venisri Senthan
Swasthi's Recipes
olahan:
mokcik
Bahan-Bahan:
600gms ayam (dipotong kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
4 biji cili hijau
2 helai daun kari
2 batang serai (dipotong memanjang hingga putus dan ketuk2)
Garam Masala (disangai dan dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik jintan putih
1 sudu besar lada hitam
8-10 biji kacang gajus (optional)
Bahan Tumis
1 kayu manis
4 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 biji cengkih
CARA
Ayam dicuci, tos kering dan dilumur dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kjee guna cili flakes. Tepikan.
Bawang besar didadu. Halia dan bawang putih ditumbuk halus. Tomato jugak didadu.
Tumis bahan tumis. Minyak lebih kurang ¼ cawan. Apabila sudah naik bau, masukkan bawang besar. Goreng sampai layu. Kemudian masukkan pes bawang putih,halia dan daun kari. Apabila sudah keperang-perangan, masukkan ayam.
Masak sehingga ayam kecut. Kemudian masukkan lebih kurang ½ cawan air dan tomato. Biarkan ia didih seketika dan masukkan garam masala dan cili hijau yang dihiris tepat.. Kacau hingga rata. Guna api sederhana, masak hingga hampir kering. Sekali sekala dikacau supaya dasar periuk tak hangit.
Bubuh garam secukup rasa.
Hidang dan hias guna daun ketumbar kalau suka. Enak dimakan dengan roti, dhosei, Idli, Roti Canai Capati, nasi impit, lemang atau pulut..
Bila sudah siap, baru Kjee sedar ia bukan Ayam Paratel walaupun bahan-bahannya hampir sama. Pada Kjee, lagi mudah buat dari Rendang. Dan mungkin lebih sihat sebab tiada penggunaan santan.
Cubalah.
NOTA KAKI:
Selain gajus (kalau guna), boleh gantikan dengan kacang badam.
sedapnyer...
ReplyDeleteSll mkn kat tcrs je. Nak buat x pandai
ReplyDeleteGajus tu untuk tabur ke
ReplyDeleteSalam Radiah. Gajus tu Kjee panggang dan kisar sekali dengan rempah-rempah yang dijadikan garam masala.
ReplyDelete