Monday, January 4, 2016

DAGING GORENG PEMBUKA SELERA










Sebenarnya, apabila beli daging batang pinang Sabtu lepas, Kjee teringin nak buat Daging Masak Merah Ala Thai. Search kat internet dan jumpa resipi dalam blog AZIE KITCHEN. Bukan main berkobar-kabar nak buat. Lama dah tak makan.

Tapi apakan daya, selongkar peti ais, bahan-bahan tak cukup korum.

Whatsapp UnclePali dan Nadia bagitahu nak drive kedai berhampiran, beli apa yang patut tapi dia orang tak bagi! Boleh ke Nadia tak kasi masak dan suruh tidur jer! Maklumlah, malam tadi hantu mana dah masuk rumah, semalaman Kjee tak boleh tidur.

Setelah dapat lelapkan mata dua jam dari kul 9am hingga 11.15am, Kjee ke dapur. Apabila bahan-bahan tak lengkap, maka harus fikirkan sesuatu sebab daging batang pinang dah dikeluarkan dari freezer.

Inilah kejadiannya. Daging Batang Pinang Goreng letak lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Nasib baik ada daun bawang. Kalau tidak, mungkin Kjee tak masak hari ni. Daun bawang tu yang menaikkan rasa daging goreng.

Kjee hiris lebih kurang 250gms daging batang pinang. Nak timbang, digital scales pulak pulak hal. Jadi agak-agak aje beratnya. Setelah dihiris nipis, Kjee perap guna Aji Shio Black Pepper. Lada hitam ni sudah siap berperisa garam. Kalau tak ada, boleh perap dengan serbuk lada hitam yang baru ditumbuk dan garam ikut rasa. Perap lebih kurang ½ jam.





Kemudian hiris 3 inci halia muda nipis-nipis, 1 labu bawang besar potong empat dan leraikan, tiga ulas bawang putih dan daun bawang.

Goreng daging yang telah diperap hingga airnya hampir kering dan sedikit garing. Tepikan. Tambah sikit lagi minyak dan masukkan halia dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih. Goreng lagi hingga bawang putih naik bau. Masukkan kembali daging bersama bawang besar. Gaul sampai rata.

Oleh kerana Kjee guna Aji Shio Pepper, Kjee dah tak tambah lagi garam sebab masinnya secukup rasa. Kalau korang rasa nak tambah garam, elok tambah sedikit kicap cair atau fish sauce.

Dua minit sebelum padam api, masukkan daun bawah dan gaul rata. Mudah sangat buat.

Hidangkan dengan nasi putih. Sedap jugak diratah.

NOTA KAKI:
Kalau tak guna daging batang pinang, rebus daging hingga lembut, hiris dan goreng.






0 comments:

Post a Comment