Tuesday, January 26, 2016
KASTAD TELOR CHINESE STAIL
Dah lama Kjee cari resipi ni. Ia ala-ala Cawan Musyi, kastad telor Jepun yang sangat sedap. Kalau pergi ke restoran Jepun, memang wajib kami order sorang satu mangkuk. Kjee pernah tengok resipi cawan musyi tapi ia memerlukan banyak bahan Jepun. Kjee tak tau camner nak beli sebab tiap ke Jaya Grocer, Kjee nampak banyak bahan-bahan dari Jepun. Malangnya, tak reti nak baca. Semua dalam bahasa dia orang. Hehehe.
Malah Kjee pernah buat Cawan Musyi satu ketika dulu. Tapi hasilnya tak sama sebab tak letak bahan-bahan yang dicatatkan dalam resipi.
Jadi, apabila Kjee nampak Chinese Egg Custard di blog Elaine Sichuan China, Kjee cukup teruja. Kata Elaine, ia sangat popular di China. Popular dikalangan mereka yang dah tua dan yang sakit. Tak boleh makan makanan keras.
Maka Kjee pun amati resipi. Amat mudah. Hanya perlu 3 biji telor, air, garam dan minyak bijan! Cawan Musyi yang selalu Kjee makan, diletak udang serta hirisan halus cendawan. Diletak stok dashi (ikan yang dikeringkan) yang buat hidangan itu cukup sedap.
Tetapi oleh kerana mahu belajar buat kastad telor ini, maka Kjee ikut resipi asal. Cuma garam Kjee gantikan dengan fish sos Thai atau nampla. Dan Kjee gandakan ramuannya sebab kata Elaine, tiga biji telor hanya jadi 2 mangkuk. Kjee buat jadi enam mangkuk. Mungkin mangkuk Kjee kecil sedikit.
Hasilnya? Hmmm kastad telor ini cukup basic. Lain kali kalau Kjee buat, Kjee akan letak udang dan jugak cendawan. Kalau nak letak isi ayam, ia harus dirick nipis-nipis kerana waktu mengukusnya cukup singkat. Lebih kurang 12 minit sahaja!
Selain itu, jika mahu letak kiub ayam untuk menjadikan ia lebih sedap dan berperisa, tak perlu letak garam ataupun kicap.
Jom kita lihat resipinya.
CHINESE EGG CUSTARD
sumber: Blog Sichuan China
BAHAN-BAHAN
3 biji telor ayam
1 cawan air (225ml)
garam secukup rasa
beberapa titis minyak bijan
daun bawang
CARA:
1. Jerang air dalam kukusan. Apabila air sudah mendidih, perlahankan api hingga paling rendah.
2. Pukul telor hingga sebati. Tapis.
3. Masukkan air. Hati-hati. Kacau perlahan satu arah sahaja hingga air dan telor bersatu.
4. Masukkan garam.
5. Tuang perlahan-lahan dalam bekas. Biarkan ia rehat dalam 5 minit untuk pastikan tiada buih lagi dalam adunan.
6. Kalau guna bekas berpenutup, boleh tutup dan letak bekas dalam kukusan. Sekiranya tiada, tutup dengan alluminium foil. Ini untuk elak air menitis. Kalau guna kukusan bamboo, tidak akan ada titisan.
7. Naik sedikit api. Jangan terlalu besar sebab kastad akan mengelembung dan jadi kasar.
8. Kukus lebih kurang 12 minit atau sehingga kastad tu elok menjadi.
Kalau letak udang dan cendawan, masukkan ke dalam bekas setelah dituang kastad. Dan dikukus.
Selamat mencuba.
Assalammualaikum kak jee...lama x jln sini...sebabnya dulu asal masuk je x leh baca mcm ada virus...hari ni masuk ,dah ok.cam rindu pula...hehhe lepas ni boleh la bw kat sini semula
ReplyDelete