Akhirnya, setelah berminggu-minggu Kjee asyik tatap aje resipi dan cara pembikinannya di FB, hari ni Kjee berkesempatan membuatnya.
Walaupun membuat Chicken Pot Pie bukan sesuatu yang baru buat Kjee, namun selama ini, Kjee buat dalam ramekins. Letak inti dalam ramekin dan tutup dengan pastri. Kekadang Kjee beli puff pastri. Dan ada sekali dua Kjee buat sendiri.
Tetapi video yang ditunjukkan oleh page Tasty, buat Kjee tak senang duduk. Sangat cantik, mudah dan Kjee dapat bayangkan kesedapannya.
Resipi inti Kjee buat cara Kjee sendiri. Sudah pasti yang lebih mudah dan jugak kena dengan selera Kjee. Bahan-bahannya pun tak leceh sangat. Semua memang sentiasa ada dalam peti ais.
Hasilnya, amat memuaskan. Kjee buat dua biji sahaja kerana ia harus dimakan ketika masih panas. Tetapi harus hati-hati sebab intinya amat panas. Nanti melecur pulak bibir. Hehehe.
Selepas belajar buat mini Chicken Pot Pies ini, Kjee rasa Kjee nak pencen buat yang guna ramekins. Serius ni. I think I prefer this mini pot pies.
Jom kita lihat bahan-bahannya.
MINI CHICKEN POT PIES
sumber: Tasty
olahan : Kjee
BAHAN-BAHAN:
untuk dua biji mini pies
4 keping puff pastry jenama Kawan
1 biji telor
inti:
3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil mixed vege
1 mangkuk kecik ayam yang telah didadu/hiris kecik-kecik
½ kiub ayam
1 sudu besar tepung gandum
¼ cawan air
lada hitam secukupnya
CARA
Tumis bawang putih dengan lebih kurang dua sudu besar minyak. Kjee guna minyak Zaiton. Apabila sudah sedikit perang, masukkan ayam. Goreng sehingga ayam kecut. Masukkan ¼ cawan air, ½ ketul kiub ayam dan lada hitam tumbuk. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian masukkan mixed vege. Kalau tak ada, boleh dadu lobak merah dan jugak letak celery. Kjee suka guna mixed vege sebab mudah. Ada jagung, carrot dan kacang peas.
Masak hingga mixed vege lembut dan ayam sudah masak. Rasa. Ketika ini boleh tambah sedikit garam kalau suka. Tapi pada Kjee sudah cukup rasa.
Kemudian bancuh tepung gandum dengan dua sudu air. Curahkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan tadi. Kacau pantas-pantas sehingga ia likat. Padam api.
Sejukkan.
Panaskan oven 200 darjah selama 10 hingga 15 minit.
Keluarkan pastri. Ambil sekeping pastri. Guna ramekin (mangkuk) yang cukup besar untuk 1 keping pastri. Potong keliling pastri. Buang bakinya. Sebenarnya lebih mudah dipotong guna pisau yang tajam ketika ia masih dalam keadaan beku. Kalau di suhu bilik, ia menjadi lembik. Kemudian ambil satu lagi ramekin yang lebih kecil dan toreh (jangan sampai putus) permukaan pastri yang sudah dipotong bulat tadi. Kemudian buat yang sama pada satu lagi keping. Tetapi untuk kepingan kedua ini, tak perlu ditoreh bahagian tengahnya.
Sapu pastri yang tidak ditoreh tengahnya dengan telor yang telah dipukul manja. Kemudian ambil pastri yang telah ditoreh tengahnya dan lekatkan atas sekeping pastri tadi. Sapu lagi telor. Buatlah sampai habis. Kjee buat dua biji sahaja.
Letak dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-15 minit tadi. Penting oven mesti panas sebelum dimasukkan pastri supaya ia boleh cepat naik dengan suhu yang panas.
Ketika masukkan pastri ke dalam oven, Kjee hanya guna api bawah. Bakar selama 15 hingga 20 minit ikut kepanasan oven memasing.
Setelah berwarna keemas-emasan, keluarkan dan toreh keluar bahagian tengah yang telah mengelembung. Guna pisau tajam dan hati-hati jangan ranapkan keseluruhan pastri.
Isi dengan inti ayam dan mixed vege. Hidang terus.
Selamat mencuba.
NOTA KAKI:
Korang nak belajar lebih terpeinci untuk buat Mini Pot Pies ni, cuba korang bukak page Tasty kat Facebook. Kjee belajar dari situ. Scroll ke bawah page tu, mesti jumpa punyalah. Mudah sangat cara dia.
0 comments:
Post a Comment