Tuesday, January 5, 2016

SUP IKAN JENAHAK DENGAN KENTANG








Pagi tadi teringat macam ada dua potong Ikan Merah dalam freezer. Teringin pulak nak makan sup Ikan Merah. Kali ini sure semua bahan-bahan ada. Bahan-bahan basic jer. Tak perlu keluar masuk hutan pergi cari kan? Hehehe.

Maka selepas lakukan Solat Dhuha tadi, Kjee pun ke dapur. Geledah punya geledah tak jumpa Ikan Merah. Hanya ada dua potong ikan Jenahak! Ohhh baru teringat aritu Kjee dah goreng Ikan Merah tu.

Hmmm harus lah aku buat Sup Ikan Jenahak aje. Lagipun tekak dah teringin sangat nak makan sup ikan. Kjee pun keluarkan kentang dan daun sup. Daun sup penting kalau masak sup. Nadia tak suka baunya. Pada Kjee, kalau masak sup tak ada daun sup, tak lengkaplah rasanya.

Untuk dua potong ikan Jenahak, Kjee siapkan penumisnya seperti berikut. Dua biji bawang besar (yang tak ler besar sangat), tiga ulas bawang putih, satu inci halia dan dua biji cili padi. Bawang dan halia dimayang. Cili padi dibelah hujungnya jangan bagi putus. Jugak satu peket kecik sohun direndam. Sebiji kentang dipotong empat.

Tumis bahan-bahan hirisan guna minyak yang sedikit sahaja. Api jangan besar nanti hangit. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan air ikut banyak mana kuah yang diperlukan. Kemudian biar didih. Masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk baru masukkan ikan dan cili padi.

Rendidih guna api perlahan dan letak sohun dan garam serta perasa, jika guna.

Sebelum hidang tabur dengan daun sup yang telah dimayang. Sedap makan panas-panas.

Kjee sengaja bubuh cili padi sebab tekak nak rasa pedas sedikit. Kalau tidak, selalunya, Kjee makan dengan sos cili. Dah terbiasa sejak kecik sebab itu cara arwah Bonda hidangkan apabila buat sup ikan.








1 comment: