Monday, January 25, 2016

TAU MIU GORENG BERSAMA CENDAWAN ENOKI







Kombinasi cendawan Enoki yang berasal dari Jepun dengan Pea Sprouts atau dikenali dengan nama Tau Miu, yang menarik. Sebelum ini, Kjee hanya goreng Tau Miu sahaja. Goreng kosong letak bawang putih atau letak sekali udang.

Pagi tadi ketika Nadia ke Hero Market, Kjee suruh dia beli satu peket Tau Miu. Ia sayuran sekelompok dengan taugeh. Rasanya lebih kurang sama. Cuma warnanya hijau dan kepalanya ada daun. Hari tu Kjee dah beli dua peket cendawan Enoki.

Kjee hanya masak secara stir fry. Tau Miu dipilih, dicuci dan ditos. Kemudian Cendawan Enoki, dikerat pangkalnya yang keras dan dilerai-lerai. Tak perlu cuci.

Kjee ketuk 3 ulas bawang putih, panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak jagung dan beberapa titis minyak bijan. Apabila sudah panas, masukkan bawang putih dan goreng hingga keperang-perangkan. Jangan sampai hangus. Kemudian masukkan Tau Miu dan goreng sekitar 5 minit atau sehingga ia menjadi lembut. Masukkan cendawan dan kicap cair. Kjee guna fish sosThai.

Golek-golek seminit dua, kemudian padam api.

Letak dalam pinggan/mangkuk dan taburkan lada sulah. Sedap dihidang ketika masih panas. Kjee suka ratah jer.

Kjee pernah buat letak udang dan cendawan tiram. Klik SINI.


0 comments:

Post a Comment