Wednesday, February 10, 2016

HAPPY BIRTHDAY MY ONE AND ONLY






Dilahirkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina. Tahun Naga masa itu. Wanted you to be born on the 29th of January sebab Mama, abang dan pak long kamu lahir pada tarikh keramat itu. Awal-awal lagi Kjee dah beritahu doktor kalau boleh mahu lahirkan kamu pada 29 haribulan. Doktor kata baby sudah 'cukup matang' masa itu. Insya Allah boleh.

Tetapi menjelang 29 Januari, doktor kata kamu tertidur sebab Mama banyak sedut 'gas' kerana tetiba diserang asthma seminggu sebelum 29 Januari. Maka kamu lahir 12 hari kemudian!!

Mama bertarung nyawa melahirkan mu. Enam jam selepas kamu zahir ke dunia, Mama masih diatas katil besi dalam bilik bersalin. Doktor tak berani alihkan mama ke bilik sebab pendarahan yang amat teruk.

Semuanya kerana Mama menjerit keseronokkan sebab Mama telah lahirkan seorang PUTERI bukan PUTERA seperti diramalkan doktor atau HERO, seperti kata Mak Bidan.

But it was well worth it! HAPPY BIRTHDAY my dear. Tapi atas permintaannya, Nadia kata tak payah tulis usianya sebab dah banyak sangat angkanya.

Tapi Mama pasti tak ramai dapat guess your age. Selalu orang akan tanya.."Nadia sekolah lagi?" Nak buat camner? Just like me, ramai tak sangka Mama dah masuk six series. Ewah. Hohoho

Keep counting the numbers dear. Age is only a figure. Mama doakan segala yang terbaik buat mu di dunia dan akhirat. Seorang anak yang cukup baik dan solehah. Thank You Nadia for everything.

Mama dan Papa love you lots.

HAPPY BIRTHDAY!








Luahan hati Nadia.


6 comments:

  1. Selamat ulang tahun kelahiran Nadia. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Assalam jee..happy birthday nadia...semoga sht walafiat selalu, berbhgia, murah rezeki, panjang usia, berjaya di dunia n akhirat..

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Nadia. Never mind the numbers....janji masih strong :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Nadia. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete