Monday, February 22, 2016

KEPAK AYAM GARING PANGGANG








Ini kali pertama Kjee bakar Kepak Ayam dalam Magic Pan atau Pemanggang Ajaib. Resipi asalnya adalah oven baked. Tetapi Kjee hanya nak buat untuk makan seorang sahaja siang ni. Sambung masak malam nanti apabila Nadia dan UnclePali balik kerja. Jadi, lebih mudah dan menjimatkan guna Magic Pan.

Memang magic lah. Dalam masa tak sampai 10 minit (membakar/grill) dah boleh makan. Bayangkan kalau masuk oven. Nak kena panaskan oven 10 hingga 20 minit. Pastu bake lagi lebih kurang 30 minit. Kira satu keputusan yang cerdiklah guna Magic Pan.

Kepak ayam ni sepatutnya Nadia buat untuk dinner semalam. Tetiba, selepas dia buat perapan dan simpan dalam peti ais, dia kata nak keluar dinner pulak dengan Mama. So Kjee suruh dia masukkan ayam yang sudah diperap itu ke dalam freezer.

Sebenarnya, resipi yang Kjee skodeng dari blogger My Kitchen Snippets tu kata, kalau perap semalaman, lebih sedap. Okay lah tu.

Oleh kerana semalam Kjee sibuk buat Kuih Tako, Nadia yang perap kepak ayam tersebut. Katanya ada 9 ketul kepak. Dia bersihkan dan potong dua ikut sendi. Jadi 18 ketul. Kemudian dia toskan kering.








Sementara itu, dia ambil mangkuk dan siapkan perapan. Resipi asal guna cayenne pepper dan paprika. Tapi Kjee suruh Nadia guna bahan-bahan tempatan. Ada sebotol Paprika kat pantry tapi Kjee takut dah expired. Tak pasti bila kami beli dulu.

Jadi, Nadia guna serbuk cili babas, AjiShio Black Pepper (kalau tak ada guna serbuk lada hitam aje), garam, 2 sudu besar madu, 2 inci halia dan dua ulas bawang putih. Halia dan bawang putih, Nadia sagat. Bahan-bahan tadi dikacau dan dilumurkan kepada kepak ayam. Perap dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau semalaman lagi elok.

Pagi tadi Kjee keluarkan kepak yang telah beku itu. Kjee rasa tak mahu bakar semua kepak itu sebab tak sedap makan kalau disimpan hingga malam. Jadi, Kjee ambil 6 ketul dan selebihnya disimpan balik dalam peti ais.

Kemudian Kjee sediakan bahan untuk menyalut kepak ayam itu sebelum dipanggang.

Kjee guna 3 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu besar cili flakes dan garam secukup rasa. Chili Flakes ini ada dijual di semua pasaraya besar. Ada jenama tempatan dan ada jugak diimport.

Ambil seketul ayam dan golek-golek dalam tepung. Salut semua hingga habis.

Panaskan Magic Pan. Kemudian susun kepak ayam tersebut dalam Magic Pan. Titis (drizzle) sedikit minyak zaiton atas kepak ayam. Jaga sewaktu panggang. Balik-balikkan setiap satu atau dua minit. Masaknya cukup pantas.

Hidang sebaik sahaja masak. Sedap dimakan begitu sahaja kalau sudah cukup perasa masa perap dan pada tepung yang diguna untuk menyalut. Tidak perlu lagi sos cili.





0 comments:

Post a Comment