DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, March 31, 2016

TART NENAS ASAL BABA NYONYA








Kenapa Tart Nenas Nyonya? Ada yang tanya Kjee. Hmmm pasti orang Melaka boleh jawab pertanyaan mudah ini. Tarts Nenas yang dibuat oleh kaum Baba dan Nyonya, besar-besar kuihnya. Dah inti nenasnya jugak banyak!

Kalau ke Melaka dan singgah ke Jongker Walk, Kjee sering kali teleng tengok kedai-kedai yang jual Tart Nenas Nyonya. Bentuknya memang tak sama seperti yang dibuat orang Melayu tapi ia besar dan mewah dengan inti nenas.

Kjee dapat resipi ini pun masa google beberapa tahun lalu. Resipi ini milik seorang Baba Singapura, kalau tak silap. Dah lama sangat sampai lupa. Kjee adjust bentuknya ikut sedap mata memandang. Tapi rasanya memang sedap.


Ini rupanya Tart Baba Nyonya yang ori yang dijual di Melaka. foto ehsan google



Melt in the mouth atau rapuh. Itulah tart nenas kesukaan ramai. Bukan jenis keras yang boleh berbekas dinding kalau dihumban. Hehehe

Rahsia kerapuhannya pada Kjee ialah penggunaan lelemak (butter) yang banyak. Bayangkan 300gms tepung, 4 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar gula icing diadun dengan 200gms butter. Tak ker rapuh jadinya. Tadi Kjee guna 3 kuning telor sebab telornya kecik.

Terima kasih mereka yang berani cuba resipi yang dah lama Kjee masukkan ke dalam blog. Ada yang gunakan untuk meniaga di musim Hari Raya. Kenapa mesti tunggu Hari Raya aje kan? Buatlah hari-hari bukan Raya, pasti ada pelanggan yang sentiasa mahu membeli kalau tarts itu sedap.

Okay seperti biasa, resipinya korang tengok DISINI. Nadia pun ada ajar step by step kat SINI.







HEHEHE




Tuesday, March 29, 2016

JEM NENAS UNTUK BUAT TART






Selalu Kjee beli yang dah siap kat kedai jual barang-barang bakeri. Tapi masa singgah kat Sri Ternak, Ahad lepas, nampak pulak nenas. Kecik-kecik jer. Sebiji RM2. Kira murah lah. Kalau musim nak Raya, dijual lebih kurang RM4 sebiji!

Kjee rembat 3 biji nak buat jem tart nenas Nyonya. Lama dah tak buat.

Masa beli masih kehijau-hijauan. Simpan dua hari dah masak. So Kjee cepat-cepat kupas pagi tadi takut busuk lah pulak.

Selepas dibuang kulitnya, Kjee belah empat, buang empulurnya dan masuk dalam food processor. Trrr tanpa air sehingga halus. Kalau korang nak sagat pun bolehlah. Tak ada beza pun.

Kjee masukkan ke dalam periuk, letak 1 kayu manis dan jerang atas api sederhana. Kena jaga takut hangus. Masak hingga ¾ kering. Kemudian baru letak gula. Letak gula ikut suka tapi tangan terlalu banyak. Letak sikit dulu kemudian rasa. Kalau tak cukup baru tambah.













Kjee buat kaedah masak hingga hampir kering baru letak gula supaya jem tak mudah hangit. Dah lama Kjee buat cara ini dan alhamdullilah ok. Tapi tak bolehlah tinggalkannya atas dapur. Kena jaga selalu.

Kjee jugak letak sedikit pewarna kuning telor (egg yellow) nak bagi terang sikit kalernya. Kalau korang tak nak letak, tak kesah.

Kjee jugak letak sedikit butter (dalam 1 ketoi kecik) ke dalam jem yang hampir masak untuk nampakkan ia cantik berkilat.

Sejukkan di dalam peti ais. Dah sejuk, korang keluarkan dan gentel sebesar mana yang korang suka. Pastu susun elok-elok dalam bekas dan letak balik dalam peti ais sehingga digunakan.

Esok atau lusa, kalau sihat Kjee buat Tart Nenas Nyonya.







Friday, March 25, 2016

KERABU MANGGA THAI IKAN DORY






Nama jer nampak gah tapi sebenarnya Kerabu Mangga Thai jer. Hehehe. Kjee ternampak aritu ada chef kat AFC buat Thai Mango Salad ni makan dengan ikan goreng. Tapi dia orang guna ikan Talapia. Kjee selalu konfius samada ikan Talapia dia orang sama dengan Ikan Talapia kita. Apapun, Kjee buat guna Ikan Dory jer.

Kenapa Ikan Dory? Hehehe itu aje yang ada dalam freezer. Kita yang buat dia kan?

Anyway, masa Kjee pergi Hero Market malam tadi, memang Kjee plan dah nak cari mangga muda. Kalau ada mangga telor lagi bagus tapi yang ada, semuanya Manga Thai. Kjee nak amik Water Lily tapi semuanya macam dah masak. Kalau buat kerabu kena cari mangga muda.

So, I opted for the green ones. Kjee picit-picit dulu sebab kalau lembik, maka dah masak. Dua biji yang Kjee pilih memang lah keras. Memang elok rasanya dibuat kerabu. Tetapi pagi tadi bila Kjee kupas, sebelah dalam isi mangga dekat dengan bijinya dah masak sikit. Rasanya lemak-lemak manis. Okay lah tu.

Kjee buang kulit dan ricik. Kjee ada sagat (grater) macam orang Thai guna tu tapi malas nak selongkar dalam laci, Kjee pilih untuk ricik halus-halus supaya airnya tidak banyak keluar. Ya lah tu. Hehehe.

Kjee guna dua biji bawang besar yang kecik sebab mangga pun tak besar mana. Kjee hanya guna satu biji yang besar telapak tangan. Bawang dimayang halus. Kjee jugak ricik dua biji cili padi merah yang pedas menyengat. Kalau terlalu banyak, masa makan mengganggu pulak kepedasannya kan? Selongkar freezer jumpa tomato ceri. Okaylah nak bagi kaler.









Sebelum Kjee ricik mangga tadi, Kjee dah keluarkan ikan Dory yang beku. Sekeping Kjee potong lapan. Kemudian Kjee letak sedikit garam dan kunyit. Goreng sampai garing dan tepikan.

Kjee guna sebiji jus limau nipis. Boleh tahan mahal dua biji dekat RM2. Sekilo RM12. Hmmm.

Jus itu diletak dalam mangkuk dan ditambah 1 sudu besar gula merah. Kjee guna soft brown sugar. Manisan Thai ada tapi tak tau letak mana. Kjee kacau gula dan jus dan letak 1 sudu teh sos nampla. Gaul rata.

Kemudian, bahan-bahan seperti mangga, bawang, tomato dan cili padi digaul rata. Curahkan sos tadi dan gaul lagi bagi mesra. Kalau ada daun pudina bolehlah letak. Kalau nak letak daun kesom yang dihiris pun okay juga. Bila makan ada haruman yang segar.

Setelah digaul rata, diletak dalam piring. Ikan tadi diletak di sisi Kerabu. Makan sekali ikan dengan kerabu. Enak banget. Hehehe.

Kjee rasa boleh guna apa jua ikan yang tiada tulang untuk resipi ini. Malah, kalau letak ayam goreng ataupun daging bakar pun sodap. Percayalah. Hehehe. Ehhh kalau letak sotong yang dibakar dan hiris-hiris pun okay jugak ler. Lain kali boleh terai.






Wednesday, March 23, 2016

POPIA GORENG WITH JICAMA







Ada orang buat Popia Goreng untuk minum petang ataupun sarapan tapi bagi Kjee, bila-bila masa teringin nak makan, Kjee buat. Tak kesah masa atau tempat.

Kjee tak ada plan pun nak buat Popia Goreng tapi apabila nampak dua biji sengkuang tiap satu sebesar penumbuk dalam peti ais, tetiba terlintas di fikiran nak buat popia. Kjee beli di kedai runcit berhampiran rumah Kjee, Ahad lepas. Musim panas, sengkuang memang jadi favorite kami sekeluarga untuk sejukkan badan. Tapi dek kerana sengkuang yang Kjee beli tu agak kering, terpaksalah buat sesuatu, kalau tidak mahu masuk tong sampah.

Ini bukan kali pertama Kjee buat. Resipi hari ini dan sebelum ini sama saja. Ohh mungkin resipi dulu Kjee goreng dulu ayam baru dicarik-carik. Kali ini, Kjee ricik-ricik ayam dan tumis bersama sengkuang atau orang Mexico panggil Jicama.

Selain sengkuang dan ayam, Kjee turut dadarkan telor dan masukkan ke dalam inti setelah ianya hampir masak. Sejukkan dan gulung guna kulit popia biasa.

Korang nak resipi, sila INTAI SINI.

Selain letak ayam, sedap sangat kalau letak udang dan jugak ketam. Ketam? Hahaha bila sebut ketam Kjee teringat ada satu hamba Allah tu. Letak ketam seekor-sekor dalam kuah Laksa Johor. Ingatkan dia retilah bila Kjee kata ada orang letak ketam nak bagi sedapkan kuah Laksa Johor. Tapi ketam itu dikukus (atau rebus), isinya baru dikisar masukkan dalam kuah. Hahahaha so harap-harap korang taklah lembab macam dia ya. Guna isi ketam sahaja tau.

This is my lunch!





Wednesday, March 16, 2016

HIDANGAN RINGKAS FETTUCCINI CARBONARA






Apabila tekak sakit ekoran batuk berterusan, maka kena lupakan seketika makanan yang pedas-pedas. Kalau nak ikutkan selera tekak, masa demam ni sedap kalau hirup sup Tom Yam. Hari pertama Kjee demam aritu, Nadia belikan sup tersebut. Tapi lepas itu, tanggung sendirilah pedih perut dan tekak. Hehehe.

Apabila usia sudah over the hill, kata omputih atau dah melewati senja, apabila demam selsema batuk menyerang, proses baik pulih amik masa yang agak lama. Dulu tiga empat hari setelah telah antibiotik dah ok. Tapi sekarang makan masa lebih kurang dua minggu. Kena ulang dua kali ke klinik baru okay.

Oleh kerana dah banyak hari Kjee tak masak, hari ni Kjee gagahkan diri buat Fettuccine Carbonara. Tango Cafe yang hidangkan makanan sama yang sedap hanya sepelaung aje dari rumah Kjee. Tapi malangnya, tak ada sapa nak hangkut Kjee ke sana siang-siang ni.

Kjee buat versi orang sakit yang kurang berdaya. Kjee guna canned Mushroom Soup atau Sup Cendawan dalam tin. Kjee tak pernah guna jenis prego sebab was-was dengan product tu. Kejap kata halal kejap tak. So kata omputih, If In Doubt, Leave It Out. Hehehe.

Kjee memang lama dah plan nak buat carbonara ni guna Dory Fish. Tapi korang boleh letak apa sahaja baik ayam atau seafood.

Mula-mula sekali Kjee keluarkan sekeping Dory Fish beku, letak pada suhu bilik.

Kemudian Kjee celur broccoli (kalau suka) dengan sedikit garam. Tos dan tepikan. Ketuk 3 ulas bawang putih.









Masukkan sup cendawan ke dalam mangkuk. Sukat satu tin sama susu segar. Kacau susu bersama sup tadi sehingga sebati. Kemudian masukkan satu atau dua keping keju ceddar. Hancurkan dan biar seketika.

Didih air dan masak pasta fettuccini selama lebih kurang 15 minit. Letak garam secukup rasa serta sedikit minyak.

Pada masa sama Kjee tumis bawang putih guna sedikit minyak jagung. Jugak boleh campur sedikit butter. Apabila bawang sudah perang, susun ikan Dory yang telah dipotong empat keping dalam kuali bersama bawang. Goreng sehingga ikan itu garing di kedua-dua belah.

Kalau pasta sudah elok lembut, toskan airnya.

Masukkan sup cendawan yang telah dicampur susu segar dan cheese ke dalam kuali berisi ikan Dory tadi. Masak guna api perlahan sehingga mendidih. Tabur sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar.

Curah sos tadi keatas pasta. Kemudian suduh kepingan ikan Dory serta Broccoli. Jugak taburkan sedikit hirisan daun parsley Inggeris. Makan sebaik sahaja dihidangkan.

Ikan Dory mudah didapati dalam bentuk beku di mana-mana pasaraya besar. Boleh guna spaghetti, macaroni atau apa jua pasta untuk resipi ini.





Tuesday, March 15, 2016

SIARAN TERGANGGU






Dah dekat seminggu Kjee demam, batuk dan selsema. Justru, selama itulah jugaklah dapur tidak berasap.

Insya Allah, minggu depan akan bersiaran semula.

Sekian dimaklumkan.







Tuesday, March 8, 2016

TELOR ITIK MASAK LEMAK AJE







Dah banyak hari Kjee tak masak nasi. Hari ni Kjee heret diri ke dapur sebab dah tak lalu asyik makan kat kedai. Hari-hari pening fikir apa nak makan. Since pagi tadi UnclePali belikan Kjee lontong untuk sarapan, maka tengah hari Kjee makan kuih bahulu dengan satu mug susu segar aje. Malam nanti baru makan sama dua lagi housemates Kjee. Hehehe.

Hari ni Kjee buat Masak Lemak Cili Padi (MLCP) Telor Itik. Sepatutnya letak belimbing barulah ngam. Tapi semalam Kjee round sama Nadia pergi intai pokok belimbing. Tak ada musim lah kat kawasan ini.

Kemudian masa nak masak tadi terfikir pulak nak letak daun pucuk ubi. Malangnya, hanya ada sebatang aje pokoknya. Daun dah tua. Yang lain rebah hari tu sebab angin kencang. Kjee cuba jugak rebus pucuk ubi yang ada tu dengan harapan boleh lembut. Hempeh. Buat habis gas aku aje.

Beginilah rupa MLCP Telor Itik yang terjadi. Telor ni Kjee beli dari LubukMas Farm milik my good friend Khairani Dato Hj Khalid. Ladang itik dia kat Jempol, Nismilan. Tiap Ahad dia datang KL hantar telor itik segar dari LubukMas Farm. Korang nak order boleh call atau WA 012-3397192.











Masak lauk ni cam biasa jer. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup dan titik serai. Masukkan semua bahan tumbuk ni ke dalam periuk, letak santan pastu didihkan. Letak jugak sehelai dua daun kunyit.

Apabila sudah mendidih, pecahkan telor itik sebiji ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan pelan-pelan ke dalam kuah tadi. Buat sampai habis. Kenapa mesti pecah sebijik-sebijik ke dalam mangkuk dulu? Takut telor tu busuk lah.

Jangan sibuk nak godek apabila telor tu dah masuk dalam kuah. Tunggu lebih kurang lima hingga enam minit baru guna sudu dan terbalikkan perlahan-lahan. Api jangan terlalu ganas.

Letak sekeping dua asam gelugor. Kalau korang dah letak garam masa menumbuk, tak perlu letak garam lagi yo.

Itu jer. Kalau korang tak ganas, Insya Allah telor tu cantik kejadiannya macam yang mokcik buat. Mokcik ni badan jer macam king kong tapi bab memasak ni, memang tak lah se brutal wajah. Hehehe.





Monday, March 7, 2016

DAGING LADA HITAM DENGAN CILI BESAR







Lauk ini Kjee buat minggu lepas untuk makan dengan bubur nasi atau congee. Orang Utara panggil bubur nasi, Kanji.

Kjee guna cili besar atau capsicum atau bell peppers warna hijau dan kuning sebab itu aje yang ada dalam peti ais. Kalau tiga warna ala-ala traffic lights, pasti menarik. Tapi pergi Hero Market aritu tak jumpa pulak yang warna merah. Ada jugak orang panggil Cili Benggala.

Idea nak buat Black Pepper Beef atau Daging Lada Hitam ni disaat akhir. Tak tau apa yang sedap digandingkan dengan bubur nasi tu.

Kjee buat resipi mudah aje. Hiris daging batang pinang nipis-nipis, cili besar tu dihiris panjang-panjang. Kemudian Kjee ketua bawang putih. Tumis sampai keperang-perangan, kemudian masukkan daging. Masak hingga daging kecut.

Apabila daging sudah kecut, masukkan satu sudu besar sos tiram dan lebih kurang satu cawan air. Masukkan jugak lada hitam kisar kasar. Lada hitam ini ikut kepedasan yang dihajati.

Masak guna api sederhana sehingga kuahnya agak pekat. Kalau daging belum empuk, tambah lagi air dan masak hingga daging empuk. Oleh kerana Kjee guna daging batang pinang, taklah lama sangat hendak lembut.

Kemudian, campakkan cili besar. Cili ini tak pedas. Gaul sampai rata lebih kurang lima minit. Rasa. Kalau tak cukup masin, boleh letak fish sauce atau kicap cair. Letak garam pun ok.





Sunday, March 6, 2016

PUDING MANGGA MANIS








Lama dah tak buat puding letak mangga ni. Apabila ternampak kat blog Sichuan China aritu, tetiba timbul keinginan nak buat. Lagipun, sekarang Kjee tengok dah ada orang jual mangga. Buah di awal musim, jadi tak lah elok sangat buahnya. Dan harga pun tak lah berapa nak murah.

Pagi tadi dah usher Nadia gi beli mangga manis kat lori berhampiran round-about AU2 Keramat. Semalam lalu kat situ, tak ada pulak jual. Ohhh mungkin abang tu cuti solat Jumaat. Tapi tadi nasib baik ada.

Kjee pilih empat biji Mangga Lemak Manis. RM10 sekilo. Tak manis menyegat macam Mangga Madu. Murah pulak Mangga Madu tu...cuma RM7 sekilo.

Dalam pantri ada satu peket agar-agar serbuk warna kuning. Resipi Sichuan China tu kata dua keping gelatin atau 10gms serbuk agar-agar.










Resipi asal guna 160ml susu segar dan 60ml krim. Tapi Kjee adjust. Kjee letak 200ml susu segar dan 100ml susu cair. Kenapa? Entahlah Kjee rasa kalau ikut sukatan cecair asal, puding tu jadi keras. Alhamdulillah Kjee ikut gerak hati sendiri.

Nadia tolong masukkan buah mangga (tanpa air) dalam Food Processor (blender pun okay). Trrrrr sampai halus. Katanya, dapat dalam lebih sedikit dua cawan mango puree.

Panaskan susu dengan lebih kurang ¼ cawan gula. Kjee guna gula perang atau soft brown sugar dan kurangkan 1 sudu besar. Letak jugak 10 grams serbuk agar-agar dan masak guna api sederhana sampai agar-agar larut.

Kemudian campurkan dengan mango puree tadi. Kacau sampai rata. Terus tuang ke dalam bekas kesukaan. Mangga itu harus diblend halus ya.

Kemudian hiaslah dengan mangga yang dipotong kecil-kecil. Sekejapan sahaja mengeras. Chill dalam peti ais.

Sedapnya apabila sudah sejuk. Terasa macam letak sugee. Nadia kata rasa macam Kesari (kuih sugee India). Hehehe





Thursday, March 3, 2016

WARUNG BISTRO TAMAN BUKIT CHERAS




Bermulanya bawah pokok ini. Kini direnovate jadi tempat makan. Restoran kat belakang warna merah


Di Kolumpo memang susah nak cari Restoran Melayu yang menjual makanan Melayu yang sedap dengan harga yang mampu dinikmati semua. Banyak juga restoran yang cekik darah. Harga cekik darah satu hal, makanan dia pulak ala-ala melepas batuk di tangga.

Serius ni. Kjee bukan nak mengata pepagi hari ni. Kalau dah tahu diri tu tak pandai masak, kenapa menyusahkan orang!

Justru, Kjee hanya singgah kat tempat makan (baik tepi jalan bawah pokok atau restoran mewah), setelah Kjee pasti makanan disitu menepati selera dan poket. Kedai mamak hanya Kjee singgah kalau dah terdesak sangat sebab sejak akhir-akhir ini, kedai Mamak is no longer cheap!!

Ahad lalu, Kjee dan Nadia memenuhi undangan seorang fren Facebook, Puan Latifah Omar untuk terai makanan di Warung Bistro, miliknya. Katanya, dia suka baca Kjee menulis mengenai food yang Kjee makan sekitar KL.

"Restoran saya biasa-biasa jer. Sudi kiranya singgah," kata Latifah. Dia ni pun wong Jowo cam Kjee. Hehehe.




Latifah Omar



Isyhhh biasa ke tak biasa, Kjee tetap layan. Kalau sedap, Insya Allah Kjee ulang singgah. Kalau tidak, itu first and last. Kjee memang telus apabila berbicara mengenai tempat makan yang Kjee singgah.

Kerana UnclePali asyik sibuk memanjang, maka setiap hujung minggu, Kjee akan heret Nadia ke tempat makan mana sahaja Kjee teringin. Tapi Nadia ni kureng sikit bab ronda KL, so Kjee suruh dia guna waze. Sejak itu, bukan main suka lagi dia bawak Kjee ronda-ronda. Hehehe I like!

Warung Bistro milik Latifah Omar ini tak susah nak cari. Waze jer Warung Bistro Taman Bukit Cheras, kereta korang akan sampai betul-betul depan tangga restoran dia. Kalau tak guna waze, Warung Bistro ni betul-betul seberang jalan dari Dewan Komuniti Taman Bukit Cheras! Sonang bah mau cari!

Walaupun first time bertemu Latifah, 50, nyata sekali wanita manis berkulit putih mulus asal Rengit, Johor ini sangat ramah. Bukan calang-calang orangnya. Walaupun mula meniaga di warung bawah pokok, sepelaung dari restorannya sekarang, 14 tahun lalu, jangan terkejut dia memiliki ijazah Sarjana dan Masters dalam bidang Pengurusan dari sebuah Universiti di Amerika!!

Beliau memilih untuk meniaga tanpa menghiraukan background pendidikan dan pencapaian akademiknya kerana minatnya dalam bidang perniagaan begitu mendalam. Malah, dua anak gadisnya dari empat orang anak beliau (dua lelaki), jugak membabitkan diri dalam bidang perniagaan. Seorang bukak bakeri dan seorang lagi memiliki Butik Vendor!

Dari meniaga warung bawah pokok, beliau beranikan diri buka restoran empat tahun lalu. Tapi awal-awal meniaga di restoran, kejayaan tidak memihak dirinya. Tapi beliau tidak mudah mengaku kalah dengan dugaan demi dugaan. Kini, nama Warung Bistro bukan sahaja terkenal di kawasan Taman Bukit Cheras tetapi meniti dari bibir ke bibir ke banyak kawasan lain berdekatan.






Sarapan. Nasi Lemak, Soto dan Lontong jugak, kata customer, sangat sedap



Kuih Muih yang disediakan kakak Puan Latifah. Ada jugak frozen






Semua kerana satu sebab. Makanannya amat sedap!! Nadia dan Kjee rambang mata melihat puluhan jenis lauk pauk (rasanya mencecah 50 jenis!!). Kjee sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Makanan sudah sedia terhidang. Pelanggan berebut-rebut mengambil makanan dan jugak ramai yang bungkus untuk bawak pulang.

Dalam hati Kjee, begitu dasyat penangan restoran ini. Sewaktu menjamah makanan, barulah Kjee tahu kenapa. Memang semua makanannya sedap-sedap belaka. Khabarnya, juadah sarapan jugak sangat-sangat menarik. Nasi Lemak biasa dijual dengan harga RM1. Lauk yang dipilih untuk makan dengan nasi lemak, jugak sangat-sangat berpatutan harganya! Ada lontong, ada soto. Hmmm mesti terjah satu pagi ni!

Pernah ke lagi korang jumpa Nasi Ayam di KL ni masih dijual dengan harga RM3.50? Kjee terkejut.

"Isyhhh biar betul Pah. Ada untung ker? Ayam mahal sekarang!" kata Kjee.

"Insya Allah ada untung sikit-sikit kak Jee. Pekerja saya pun selalu bising tanya kenapa saya jual murah. Tak semua orang mampu kalau dijual mahal. Anggap itu amal jariah saya," kata beliau.

Dan Kjee terkejut sekali lagi apabila Latifah kata, air dijual serendah RM1. "Kopi O, Teh O, sirap... yang ada susu, ada ais, RM1.50," tambahnya.




Dalam restoran.





Untuk pesanan pejabat/kolej/sekolah








Selain itu, Latifah jugak buat katering untuk apa jua majlis, buat penghantaran lauk pauk ke rumah atau pejabat dengan harga sangat-sangat berpatutan. Sehari dia boleh dapat lebih kurang 70 pax pesanan ke rumah atau pejabat!! Mereka yang order adalah di kalangan customer beliau yang kerja berhampiran atau suri rumah.

Restoran Warung Bistro dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang dengan pekerja seramai 15 orang. Pukul 11 pagi, makanan untuk lunch dah siap. Jangan lambat... Kjee di situ hingga pukul 2 petang dan waktu nak balik, lauk pauk sudah hampir habis!!

Gulai kawah Kambing dan Daging jugak ada. Alahai bila lah nak ke sana lagi!

Semoga banyak lagi restoran Melayu yang mencontohi keenakan makanan dan harga berpatutan yang di kenakan Puan Latifah. Jual lah dengan harga mampu semua. Insya Allah berkat.












Wednesday, March 2, 2016

BUBUR CINA AIR TANGAN WONG JOWO







Kjee hanya akan buat menu Teo Chew Porridge kalau ada antara penghuni rumah ni tak sihat. Semalam Nadia tak berapa sihat. Dia mesej kata nak amik half day. Balik dan rehat. Kjee tanya dia nak makan apa for lunch. Dia kata tak ada selera.

Kemudian Kjee bukak fridge. Hanya ada daging batang pinang, ayam, capsicum dan daun bawang. Hmmm Kjee whatsapp balik Nadia. Mama buat Teo Chew Porridge ya. Terus dia like!

Kjee tak buang masa rendam beras. Ada dua jenis beras kat rumah ni. Satu beras biasa untuk masak nasi kucing dan satu beras Herba Ponni. Beras Herba Ponni langsung tidak sesuai untuk buat bubur sebab ia tidak mengandungi kanji. Rendam beras berkanji lebih kurang 1 jam untuk mempercepatkan proses memasak bubur. Pastu jerang atas dapur, tambah air sehingga bubur menjadi halus.

Lauk untuk Teo Chew Porridge ikut suka kita lah nak masak. Selalunya, ada bilis goreng, telor asin, kangkung goreng belacan dan satu dua lagi lauk sampingan. Tapi kerana tiada kangkung maka Kjee pun decide buat Black Pepper Beef letak capsicum hijau dan kuning. Itu jer kaler yang ada.



Black Pepper Beef with Capsicum

Sichuan Stir Fry Chicken

Ikan bilis/bawang putih/cili padi



Kemudian terfikir pulak nak buat Sichuan Stir fry Chicken. Nanti bolehlah UnclePali makan sebab dia tak makan daging.

Kjee ada buat telor asin dua minggu lalu. Dah cukup matang dah. Telor itik Kjee beli dari LubukMas Farm milik Khairani Dato Hj Khalid. Telor dia memang sangat segar dan elok. Nak order boleh mesej dia di 0123397192.

Last sekali Kjee goreng ikan bilis, bawang putih dan cili padi. Goreng sampai garing dan gaul. Tak lengkap hidangan kalau tak ada bilis goreng. Ada orang letak kacang. Kjee tak berapa suka.

Maka itulah kejadian lunch semalam. Nadia makan dua mangkuk untuk lunch dan satu mangkuk untuk dinner. Kjee makan bubur sikit jer tapi ratah banyak lauk. Hehehe.

Kalau korang nak makan Teo Chew Porridge sedap di Bukit Jelutong, Shah Alam, sila ke Misicafe milik penyanyi Datin Ramziela. Teo Chew Porridge dia bukan sahaja sedap tetapi presentationnya sangat cantik. Sila ke page FB beliau Misicafe and Shoppe. Kalau ke sana, kemsalam kat beliau. Dah lama Kjee tak terjah ke situ.






I'M A VERY PROUD WONG JOWO!!




Yes Kjee bangga dilahirkan Anak Jawa! Mak dan bapak Kjee Jawa piau (pure). Tapi Kjee taklah piau sangat. Boleh cakap Jawa sikit-sikit jer. Tapi walaupun tak reti cakap Jawa, Kjee faham apa yang orang Jawa cakap. Jangan nak kutuk-kutuk aku depan-depan ya! Hehehe

Kenapa tetiba entri ini? Hah adalah sebabnya. Semalam Kjee terkedu dapat satu komen kat blog ni. Terkejut pun ada, rasa nak tergelak pun ada. Dia ingat selama ini Kjee tulis air tangan Wong Jowo itu, bermaksud nak hina orang Jawa. Kat bawah ni Kjee copy paste komen dia yang Kjee publish dalam entri tersebut. Sedih dia tak berani bubuh nama dia.






Foto Wong Jowo laki bini naik beskal kat atas tu, adalah profil pic Kjee dalam FB. Itulah tanda sayangnya Kjee kepada bangsa Kjee. Dan jugak nak elak mat nigger kacau kat FB. Tapi asben kita bukan Wong Jowo. Dia kata dia orang Melayu campur Siam. Tapi my MIL kata arwah FIL ada campur Mamak. Whateverlah... hehehe.

Anyway, Kjee harap insan yang rasa Kjee, wong Jowo tulen tu, tak usahlah fikir Kjee menghina kaum Kjee sendiri apabila menulis perkataan airtangan Wong Jowo.

Kjee sangat-sangat bangga tau dilahirkan sebagai anak Jawa sebab arwah bapak kata species orang Jawa adalah species yang sangat-sangat rajin bekerja. Justru kalau ada pembantu rumah Indon yang mohon pekerjaan, seringkali majikan perempuan akan tanya..."Awak Orang Jawa?". Sebab orang Jawa rajin. Maid Kjee dulu kata, ramai pembantu rumah dari Indon yang menipu dirinya orang Jawa sebab mereka tahu majikan lebih suka kepada maid orang Jawa. Wallahualam.

So, lepas ini, kalau Kjee tulis airtangan Wong Jowo, janganlah 'serang' Kjee lagi ya.

HIDUP WONG JOWO!
SAKLAWASE KITO SEDOLOR!!! (Tak faham? Sila google translate. Hehehe)


Ini komen sahabat Kjee pasal kes atas ni. Komen apabila Kjee link entri ni kat FB.