Thursday, March 3, 2016

WARUNG BISTRO TAMAN BUKIT CHERAS




Bermulanya bawah pokok ini. Kini direnovate jadi tempat makan. Restoran kat belakang warna merah


Di Kolumpo memang susah nak cari Restoran Melayu yang menjual makanan Melayu yang sedap dengan harga yang mampu dinikmati semua. Banyak juga restoran yang cekik darah. Harga cekik darah satu hal, makanan dia pulak ala-ala melepas batuk di tangga.

Serius ni. Kjee bukan nak mengata pepagi hari ni. Kalau dah tahu diri tu tak pandai masak, kenapa menyusahkan orang!

Justru, Kjee hanya singgah kat tempat makan (baik tepi jalan bawah pokok atau restoran mewah), setelah Kjee pasti makanan disitu menepati selera dan poket. Kedai mamak hanya Kjee singgah kalau dah terdesak sangat sebab sejak akhir-akhir ini, kedai Mamak is no longer cheap!!

Ahad lalu, Kjee dan Nadia memenuhi undangan seorang fren Facebook, Puan Latifah Omar untuk terai makanan di Warung Bistro, miliknya. Katanya, dia suka baca Kjee menulis mengenai food yang Kjee makan sekitar KL.

"Restoran saya biasa-biasa jer. Sudi kiranya singgah," kata Latifah. Dia ni pun wong Jowo cam Kjee. Hehehe.




Latifah Omar



Isyhhh biasa ke tak biasa, Kjee tetap layan. Kalau sedap, Insya Allah Kjee ulang singgah. Kalau tidak, itu first and last. Kjee memang telus apabila berbicara mengenai tempat makan yang Kjee singgah.

Kerana UnclePali asyik sibuk memanjang, maka setiap hujung minggu, Kjee akan heret Nadia ke tempat makan mana sahaja Kjee teringin. Tapi Nadia ni kureng sikit bab ronda KL, so Kjee suruh dia guna waze. Sejak itu, bukan main suka lagi dia bawak Kjee ronda-ronda. Hehehe I like!

Warung Bistro milik Latifah Omar ini tak susah nak cari. Waze jer Warung Bistro Taman Bukit Cheras, kereta korang akan sampai betul-betul depan tangga restoran dia. Kalau tak guna waze, Warung Bistro ni betul-betul seberang jalan dari Dewan Komuniti Taman Bukit Cheras! Sonang bah mau cari!

Walaupun first time bertemu Latifah, 50, nyata sekali wanita manis berkulit putih mulus asal Rengit, Johor ini sangat ramah. Bukan calang-calang orangnya. Walaupun mula meniaga di warung bawah pokok, sepelaung dari restorannya sekarang, 14 tahun lalu, jangan terkejut dia memiliki ijazah Sarjana dan Masters dalam bidang Pengurusan dari sebuah Universiti di Amerika!!

Beliau memilih untuk meniaga tanpa menghiraukan background pendidikan dan pencapaian akademiknya kerana minatnya dalam bidang perniagaan begitu mendalam. Malah, dua anak gadisnya dari empat orang anak beliau (dua lelaki), jugak membabitkan diri dalam bidang perniagaan. Seorang bukak bakeri dan seorang lagi memiliki Butik Vendor!

Dari meniaga warung bawah pokok, beliau beranikan diri buka restoran empat tahun lalu. Tapi awal-awal meniaga di restoran, kejayaan tidak memihak dirinya. Tapi beliau tidak mudah mengaku kalah dengan dugaan demi dugaan. Kini, nama Warung Bistro bukan sahaja terkenal di kawasan Taman Bukit Cheras tetapi meniti dari bibir ke bibir ke banyak kawasan lain berdekatan.






Sarapan. Nasi Lemak, Soto dan Lontong jugak, kata customer, sangat sedap



Kuih Muih yang disediakan kakak Puan Latifah. Ada jugak frozen






Semua kerana satu sebab. Makanannya amat sedap!! Nadia dan Kjee rambang mata melihat puluhan jenis lauk pauk (rasanya mencecah 50 jenis!!). Kjee sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Makanan sudah sedia terhidang. Pelanggan berebut-rebut mengambil makanan dan jugak ramai yang bungkus untuk bawak pulang.

Dalam hati Kjee, begitu dasyat penangan restoran ini. Sewaktu menjamah makanan, barulah Kjee tahu kenapa. Memang semua makanannya sedap-sedap belaka. Khabarnya, juadah sarapan jugak sangat-sangat menarik. Nasi Lemak biasa dijual dengan harga RM1. Lauk yang dipilih untuk makan dengan nasi lemak, jugak sangat-sangat berpatutan harganya! Ada lontong, ada soto. Hmmm mesti terjah satu pagi ni!

Pernah ke lagi korang jumpa Nasi Ayam di KL ni masih dijual dengan harga RM3.50? Kjee terkejut.

"Isyhhh biar betul Pah. Ada untung ker? Ayam mahal sekarang!" kata Kjee.

"Insya Allah ada untung sikit-sikit kak Jee. Pekerja saya pun selalu bising tanya kenapa saya jual murah. Tak semua orang mampu kalau dijual mahal. Anggap itu amal jariah saya," kata beliau.

Dan Kjee terkejut sekali lagi apabila Latifah kata, air dijual serendah RM1. "Kopi O, Teh O, sirap... yang ada susu, ada ais, RM1.50," tambahnya.




Dalam restoran.





Untuk pesanan pejabat/kolej/sekolah








Selain itu, Latifah jugak buat katering untuk apa jua majlis, buat penghantaran lauk pauk ke rumah atau pejabat dengan harga sangat-sangat berpatutan. Sehari dia boleh dapat lebih kurang 70 pax pesanan ke rumah atau pejabat!! Mereka yang order adalah di kalangan customer beliau yang kerja berhampiran atau suri rumah.

Restoran Warung Bistro dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang dengan pekerja seramai 15 orang. Pukul 11 pagi, makanan untuk lunch dah siap. Jangan lambat... Kjee di situ hingga pukul 2 petang dan waktu nak balik, lauk pauk sudah hampir habis!!

Gulai kawah Kambing dan Daging jugak ada. Alahai bila lah nak ke sana lagi!

Semoga banyak lagi restoran Melayu yang mencontohi keenakan makanan dan harga berpatutan yang di kenakan Puan Latifah. Jual lah dengan harga mampu semua. Insya Allah berkat.












2 comments:

  1. Salam kak jee, thanks sebab share, dah lama tak baca review tempat makan best2. nanti balik KL insyaAllah saya angkut family ke sini :)

    ReplyDelete
  2. Tempat wajib makan saya pagi dan tengahari.

    ReplyDelete