First time makan Lontong Jawa air tangan my ex-SIL dulu (orang Jawa asal dari Semarang, Indonesia), Nadia ngan Kjee memang jatuh cinta habis! Bayangkan Kjee yang memang peminat nombor satu lontong biasa, boleh tak pandang lagi lontong lain lepas tu!
Over sangat Kjee memuji ni ker? Whatever lah. Memang kena dengan citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali dulu, amik sikit dulu. Maklumlah orang Kedah mana reti sangat bab makan lontong ni. Tapi, sejak itu, kalau Kjee buat Lontong Jawa ni, dia pun makan bertambah.
Ini antara hidangan wajib pagi Raya. Tak ada lemang ketupat tak apalah
Malam tadi lepas gi dinner dengan Nadia, ajak dia singgah Hero Market nak beli bahan-bahan untuk buat Lontong Jawa. Seingat Kjee, dalam pantri dah ada nasi impit Adabi. Bahan asas buat kuah Lontong Jawa hanya sayur-sayur seperti Kobis, Terung, Petola, Nangka Muda dan Tempe serta santan. Kalau ada daun Belinjau okay jugak. Tapi tak ada.
Oleh kerana dah lewat ke Hero malam tadi, hanya ada Kobis, Terung dan Petola. Hmmmm Tempe pun tak ada. Tapi tak kesahlah. Kjee pernah buat masa darurat dulu, guna tiga sayur tu aje. Mujur dalam freezer ada daging. Kalau letak ayam pun sedap.
Maka pagi tadi, lepas Subuh Kjee mulakan projek. Dan hasilnya amat-amat menggumbirakan mokcik. Dah terlalu teringin sangat nak makan. Pedas sebab memang disengajakan!! My SIL dulu tu kata kalau tak pedas, tak sedap. Very true.
Yang bestnya Lontong Jawa ni, tak payah makan dengan kuah kacang atau sambal atau letak telor rebus. Sedap dimakan begitu sahaja. Tumpang iklan roti Gardenia. Hehehe. Kjee syorkan mereka yang malas nak sediakan lontong yang harus dimakan dengan kuah kacang dan sambal, cuba resipi mudah ni. Insya Allah tidak mengecewakan.
So hari ni, my lunch and tea adalah Lontong Jawa resipi Semarang mari!! Kalau ada baki boleh bedal untuk dinner. Nadia ada jumpa kawan malam ni so maybe dia tak dinner kat rumah.
Okay kalau nak resipi, KLIK SINI.
Salam kak jee....teringin nak mencuba, sebab lontong tradisi tu banyak benda yang orang gaot tak boleh makan (kesian kat Pak Berahim kalau buat lontong yang biasa tu, kang dia tengok ajer, tak tertelan kat tekak kita nak makan). Lontong yang ni nampak ok, cuma ada belacan, yang tu sekali2 ok kot...in sha Allah kalau cuba nanti saya tag kak jee...terima kasih kongsi resipi
ReplyDelete