DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 30, 2016

OTAK-OTAK NYONYA PILIHANKU









Made these, Saturday. Teringin sangat nak makan. Jarang ada orang jual melainkan pergi ke restoran yang hidangkan masakan Nyonya. Apapun, buat sikit jer sebab dah lewat pergi Hero Market. Nak beli isi ikan Tenggiri tapi yang ada hanya tinggal dua keping ikan Merah.

Nadia tolong petik Daun Kaduk kat tepi jalan berhampiran rumah kami. Bahan-bahan lain seperti serai, lengkuas dan buah keras dah ada. So sampai sahaja rumah, terus projek. Kat belakang rumah, pokok pisang baru sahaja naik balik selepas ditebas UnclePali sebulan lalu. Jadi daunnya lembut tak payah nak layur.

Otak-Otak Nyonya ni adalah makanan Nyonya Peranakan Pulau Pinang dan Melaka. Nak resipi, INTAI sini.







Thursday, May 26, 2016

ORDER BISKUT RAYA ITAS DELIGHT TUTUP 31/5/2016


Kjee tutup order untuk cookies Raya pada Selasa 31 Mei. Tinggal tak sampai seminggu. Terima kasih kepada semua yang order. Terima kasih juga atas kepercayaan kepada Kjee dan masukkan duit ke dalam akaun sebelum melihat kuih.

Alhamdullilah setakat ini, cookies dari Ita's Delight memang boleh dipercayai kesedapannya. Kalau tidak, pasti tiada repeat orders dari customers terdahulu.  

Insya Allah Kjee akan mula agih-agihkan kuih tersebut pada Sabtu 25 Jun dan Ahad 26 Jun, di tiga pick up points yang telah dipersetujui. Masa akan Kjee titipkan secara persaorangan, melalui pesanan Whatsapp.

1. Shell Station Wangsa Maju sebelah Eon Big
2. A&W Drive Thro, Petaling Jaya
3. Mesjid Besi, Putra Jaya

Kepada yang ingin membuat pesanan, sila lihat senarai cookies seperti di bawah. Order ikut nombor kod yang tertera ya. Terima kasih.


 #1001   CHUROS STRAWBWERRY ICE
#1002   ALMOND LONDON
#1003   PARADISE HAZELNUT
#1004   RICOCO CHEREO
#1005   HAVENLY CHOC KISSES
#1006   APPLICIOUS
#1007   OTTIS CHOCOLATE
#1008   SCOTISH ORICA
#1009   SEMPERIT CHOC
#1010   ROMERO DIAMOND
#1011   FLAKY BYTE
#1012   NUTTY CHOCOLATE
#1013   COFFEEIFY CHOC
#1014   ROYALE CAPPUCINO
#1015   SUJI OREO
#1016   SEMPERIT
#1017   BROWNIES FLAKES
#1018   DOLLY PEARL
#1019   BUTTEROAT CRISPY
#1020   RED PEARL
#1021   TART GULUNG
#1022   TART BLUEBERRY

#1001 - #1020       RM26 satu bekas
#1021 - #1022       RM28 satu bekas

Penghantaran adalah percuma. Order minima 3 bekas. Kalau minat, WA 01131771389 dan bank in sebelum 31 Mei 2016. Terima kasih.

NOTA:
NURUL AFIQAH SILA WHATSAPP KJEE. URGENT.




















Monday, May 23, 2016

NASI DAGANG GANU PERTAMA GUNA BERAS BASMATHI








Ketika Chef Haji Kamaruddin mesej Kjee supaya datang menikmati Nasi Dagang, product terbaru yang dikeluarkan oleh Wadi Daw'an sejak dua bulan lalu, Kjee cukup teruja. Kjee memang peminat Numero Uno (nombor one) Nasi Arab Yemen airtangan beliau. Malah, sejak menikmati keenakkan Nasi Arab beliau, Kjee dah tak berapa nak selera makan kat Restoran Arab lain.

Wadi Daw'an dah buat Nasi Dagang lah, Kjee beritahu UnclePali. Selalunya, kalau hujung minggu, UnclePali atau Nadia bawak Kjee pergi makan Nasi Dagang sekitar kawasan Keramat. Kalau makan berdua dengan UnclePali, selalunya mencecah hampir RM20! Kecut jugak perut setiap kali kalau singgah kat gerai jual Nasi Dagang.

Kenapa mesti mahal? Itu pertanyaan yang selalu berlegar dalam kepala Kjee. Kalau ada pelbagai lauk pauk yang ditayangkan depan mata, lagi mahal lah jadinya. Tengok apa sahaja, semua menyelerakan sehinggakan rasa lauk pauk, 'menutup' kesedapan rasa Nasi Dagang.

Chef Hj Kamaruddin kata, Nasi Dagang Ganu yang dijual di kedainya hanya RM5!

"Paling murah setakat ini di Kuala Lumpur!" katanya. Dan Kjee sangat-sangat setuju dan terkejut. Setuju Nasi Dagang Ganu Wadi Daw'an dijual tersangat murah. Dan terkejut apabila membuka 'kelongsong' daun pisang yang membaluti Nasi Dagang tersebut. Chef Hj Kamaruddin guna beras Basmathi Pakistan! Bukan beras Basmathi biasa tapi yang A1 Special, yang beliau gunakan untuk masak Nasi Arab beliau yang sedap tu!!


Begitu bersih penyediaannya


























Isyhhhh biar betul Chef ni! Mana ada orang jual Nasi Dagang guna Beras Basmathi! Sudahlah menjadi orang pertama yang jual guna beras tersebut, rasa Nasi Dagang Ganu beliau jugak sedap!!! Tak cukup sebungkus tau!

Resipi yang digunakan, adalah turun temurun dari keluarga beliau. Chef Haji Kamaruddin berasal dari Terengganu. Selain resipi keluarga, beliau jugak banyak buat kajian melalui internet untuk menjadikan Nasi Dagang beliau sesuatu yang boleh dijadikan buah mulut pelanggan. Justru di situ sahaja, beliau sudah menang di segi strategi pemasaran apabila keenakannya meniti dari bibir ke bibir!




Ini yang Kjee makan sampai licin aritu. Hehehe



Rempah ratus yang digunakan untuk gulai Ikan Aya atau orang sebelah sini panggil Ikan Tongkol, jugak disediakan khas! Chef Haji Kamaruddin yang Kjee kenali, seorang insan yang tidak akan kompromi dengan kualiti dan kebersihan. Justru, tiap kali asyik teringat Nasi Arab Mandy dan Kabsah air tangan beliau. Bukan mandrem tau! Kalau tak percaya korang rasa sendiri. Hehehe.

Berbalik kepada Nasi Dagang Ganu ni. Masa berbual dengan Chef Haji Kamaruddin pagi kelmarin, Kjee tanya pasal sambutan pelanggan beliau terhadap product terbaru ini, sejak diperkenalkan dua bulan lalu.

"Alhamdullilah syukur. Saya boleh jual 700 bungkus sehari! Ramai agent saya sekitar Kuala Lumpur. Hari Sabtu dan Ahad, jualan mengikut pesanan atau order. Biasanya hari Ahad saya cuti. Hanya kalau ada order melebihi RM500 baru saya terima," tambahnya.

Agent Wadi Daw'an boleh ditemui seperti senarai dibawah ini.






Agent masih dipelawa. Mereka boleh mengambil stok seawal 6 pagi di kedai Wadi Daw'an di Bukit Keramat. Pesanan harus dibuat melalui telefon yang tertera di atas.

Mereka yang ingin membuat pesanan Nasi Dagang Ganu untuk sebarang majlis jugak dialu-alukan. Satu gantang Nasi Dagang bersama lauk ikan Aya serta Acar Timun Mentah atau Jelantah, dijual dengan harga RM320. Ini untuk jamuan 50-60 orang! Kjee dah reccee harga. Tempat lain jual 1 gantang Nasi Dagang berserta lauk dengan harga tidak kurang dari RM350!

Chef Haji Kamaruddin jugak memberitahu, Nasi Dagang yang beliau masak menggunakan Beras Basmathi sangat sihat kerana ia tidak dicampur dengan pulut!

"Saya sendiri alah dengan pulut. Kalau makan Nasi Dagang yang ada campur pulut, saya boleh tidur separuh hari," katanya sambil ketawa. Nasi Dagang Ganu beliau boleh dimakan sepanjang hari!

Beliau jugak menunjukkan pengiktirafan dari MARDI bahawa Nasi Dagang Ganu yang beliau hasilkan, rendah kalori dan lemak. Dan, kata Chef itu lagi, makanan beliau langsung tidak mengandungi Monosodium Glutamate (msg) dan bahan pengawet.







Nak pendekkan cerita, kalau korang suka bebenor makan Nasi Dagang Ganu, harus cubalah air tangan Chef Haji Kamaruddin ni. Kalau tak dapat singgah kat kedai beliau di Bukit Keramat, gi cari agent beliau di sekitar Lembah Kelang.

Kjee suka tengok cara Nasi Dagang Ganu ni dibungkus. Sangat-sangat ori dan menarik. Menurut Chef Hj Kamaruddin, kat Kuala Lumpur, rasanya dia seorang yang jual Nasi Dagang balut daun pisang seperti ini. Kat Terengganu pun dah sukar nak jumpa sekarang.

So apa tunggu lagi?! Jom lah pergi cari Agent Nasi Dagang Ganu ni! Kalau lambat, kempunan lah korang nanti. Hehehe.

Baca SINI untuk Nasi Arab Mandy dan Kabsah Wadi Daw'an.



Chef Haji Kamaruddin depan kedainya di Bukit Keramat






Nasi Dagang balut Daun Pisang

Dah tak ada lagi orang jual camni RM5


Wednesday, May 18, 2016

MLCP TELOR ITIK DENGAN TERUNG IBAN

















Baru-baru ini, ada seorang sahabat hulurkan beberapa biji buah Terung Iban sekembalinya beliau dari Sarawak. Kjee terharu sebab Kjee tak pun kirim dia belikan. Agaknya dia seringkali baca dalam FB yang Kjee suka sangat terung Iban yang Kjee gelar Terung Masam. Thnx Biha.

Gelaran sedemikian sebab rasa terungnya memang masam. Taklah masam macam mangga muda tetapi ia masam. Masam-masam manja gitu. Hehehe.

Kjee diperkenalkan dengan terung ini ketika selalu kunjungi Kuching puluhan tahun lalu. Tuan rumah tempat Kjee menginap, sediakan lauk Asam Rebus Ikan Terubuk Salai dengan Terung Masam. Masa tu, dia tak pulak kata itu Terung Dayak!








Keunikan rasa Terung Dayang bukan Kjee seringkali teringat. Justru kalau ada kawan ke Sarawak, Kjee selalu kirim. Malah ada sekali tu, seorang FB fren dari sana, kirim melalui pos. Kjee jugak pernah cuba ambil bijinya dan tanam tetapi tidak menjadi. Kata orang sana, tanah Sarawak yang buat terung tu jadi masam. Wallahualam.

Apabila dapat terung tersebut dan dalam peti ais ada empat biji telor itik, makan Kjee terfikir nak buat Masak Lemak Cili Padi. Mungkin Kjee orang pertama buat mlcp telor itik dengan terung Iban. Maklumlah, kat Semenanjung memang tidak ada ditemui terung ini.

Kjee potong bulat-bulat selepas buang kulitnya. Cantik pulak design nya kan? Setelah potong, Kjee celur seketika seblum masukkan dalam gulai yang hampir siap masak.

Ini kejadian minggu lepas. Memang sedap.

Nak resipi bolehlah INTAI SINI.





Monday, May 16, 2016

KERANA MU CIKGU...








Hari ini Hari Guru. Teachers Day.

Kjee cuba mengimbau kembali zaman Kjee bersekolah. Sekolah rendah di merata tempat. Pernah sekolah rendah di Peel Road Convent Kuala Lumpur, Kota Road Covent Taiping dan Sekolah Rendah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan yang dulu dikenali sebagai Teluk Anson.

Arwah bapak kerja di Pejabat Tanah. Justru dia seringkali mintak dipindahkan dari satu negeri ke negeri lain untuk menambah pengalaman. Anak-anak diheret dan jadilah mereka 'mangsa perpindahan' sekolah. Hehehe.

Masa sekolah menengah, Kjee berjaya menghabiskan di satu sekolah sahaja sebab bapak dah penat pindah randah iaitu SMK Air Panas Setapak dari 1968-1972. Pernah beberapa bulan budak-budak sekolah Air Panas tumpang sekejap kat Ampang Road Girls School sementara menunggu sekolah kami siap dibina. Pelik, masa tu Kjee tak perasan bakal suami (arwah bapak Nadia) belajar kat Ampang Road Boys School. Sekolah yang berjiran, tahun yang sama! Hehehe.

Anyway, Kjee kira pelajar pioneer lah kat Air Panas Girls School, Air Panas, Setapak. Dari 1968 - 1972. Opppppsss 1968 tahun UnclePali dilahirkan. Alamak. Hehehe.

Tak syok jadi penghuni pertama sekolah baru sebab masa P.E. (sekarang Pendidikan Jasmani), dikerah cabut duri kat padang. Kalau nakal, itu jugak antara denda. Hehehe.

Guru-guru masa tu yang menjadi favorite Kjee ialah Miss G Kumar (English Teacher), Puan Aishah (cikgu BM), Miss Lim (Art Teacher), Cik Zabedah (Home Science Teacher) dan... oppppsss tak ingat lagi. Maklumlah dah hampir 50 tahun berlalu!









Tadi tu guru favorite. Guru paling tak favorite, Mrs Ganalingham (Kjee call dia Mrs Naga sebab garang cam Naga hehehe), Guru Matematik yang tak suka langsung kat kita. Dia masuk kelas, Kjee dan beberapa pelajar lain kena keluar kelas! Betul ni sebab kami selalu gagal dalam mata pelajaran itu. Eh sepatutnya, kami bodoh, dia ajarlah kan? Tapi dia halau kami keluar.

So bila kena halau, kami (tak salah Kjee ada lima orang... seorang Melayu, seorang Cina, seorang India, seorang Benggali dan seorang Filipino), duduk kat tepi padang sekolah dan cabut duri. Hehehe. Muhibbah betul geng kami. Yang Filipino tu Fatima Villannueva, belajar kat sekolah kami sebab bapak dia kerja di satu syarikat minyak. So, satu famili dia jugak pindah randah ke seluruh Asia Tenggara sebab ikut bapak kerja. Now Kjee dengar dia kat Singapura. Kahwin dengan rakyat Singapura nama Green Traazil. Kjee cuba jejak tapi gagal.

Kalau nak tahu, sebelum Kjee kena halau dengan Mrs Naga sebab bodoh, ada kisah yang cukup ngeri! Satu hari dia panggil Kjee ke depan dan marah. Lepas marah, dia amik exercise book matematik Kjee dan lempar ke luar bilik darjah. Masa tu kelas kami kat tingkat 1. Lepas dia campak, dia suruh Kjee pergi angkat buku tu.

Nak tahu apa jadi apabila Kjee sampai kat bawah nak amik buku tu. Jeng jeng jeng masa buku tu melayang keluar, kebetulan Guru Besar Mrs HE David tengah lalu. Pelepuk buku tu jatuh depan dia! Masa Kjee sampai nak amik, Mrs David, dah pegang buku tu dan memberi isyarat satu jari ikut dia masuk pejabat dia!! Kena marah second time. Huhuhu. Lol.




With the late Miss Kumar



Guru favorite Kjee pulak ialah Ms Kumar, guru BI dan Puan Aishah guru BM. Dua-dua sayang kita babe! Tiap kali kita buat English Essay dalam kelas Miss Kumar atau Karangan dalam kelas Puan Aishah, Kjee akan dipanggil ke depan. Kenapa korang ketawa? Kau ingat Kjee kena marah? Oh tidak!! Kjee akan disuruh baca essay atau karangan di depan kelas. Kelazzz Jah gua punya Essay dan Karangan. Satu kelas tepuk tau! Mokcik punyalah bangga masa tu.

Justru kerana sayangkan Miss Kumar dan Puan Aishah, Kjee dapat A1 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut! Pasal tu aku jadi wartawan kot. Terrer BI dan BM. Hahaha.

Mata pelajaran lain? Matematik? Kenapa korang sibuk nak tahu? Lol.

Baru-baru ni Kjee dengar Miss Kumar sudah dua tahun meninggal dunia. RIP Miss Kumar. Kjee seringkali terserempak dengan Miss Kumar dulu sebab kami tinggal dalam kejiranan yang sama. Tiap kali berjumpa dengan Miss Kumar, Kjee cium tangan dia dan dia peluk Kjee.

"I am so proud of you girl! You were my best student! And you're such a good journalist! Get your daughter to come and get English tuition from me." Ewah kembang mokcik dengar dia kata camtu. Dia ni suka cakap kuat-kuat. Orang yang lalu lalang kat situ pandang Kjee sambil senyum. Sampai ke sudah, Nadia tak pergi amik English Lessons from Miss Kumar. So sad kan!

Guru-guru lain Kjee tak berkesempatan untuk bertemu. So not much to write about them. Guru Besar Mrs David pun, Kjee dengar dah tak ada.

Itu sahajalah kenangan yang boleh Kjee coretkan pasal zaman sekolah Kjee bersama guru-guru.

Selamat Hari Guru semua guru-guru yang dicintai. Moga segala usaha cikgu mendidik anak bangsa akan mendapat dikenang anak murid sehingga akhir hayat mereka. Just like I did!

Baca entri INI. Sangat menyayat hati.








Friday, May 13, 2016

PERISTIWA HITAM YANG TAK INGIN KULIHAT LAGI




Pupukkan semangat setiakawan dari mereka kecil



























Tiap tahun tarikh 13 Mei akan muncul. Dan tiap kali, Kjee akan mengimbau kenangan masa Kjee berusia 13 tahun 10 bulan. Ngeri sangat masa tu.

Kerana itu, apabila ada suara-suara sumbang mencabar di media sosial meminta agar peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali, Kjee sangat-sangat takut. Kononnya, mereka ni (yang pastinya budak-budak yang masih mentah) mahu mengajar kaum yang tak reti dek untung tinggal dalam negara yang bertuah ini.

Apapun, itu bukan caranya untuk 'mengajar'! Pasti mereka yang kehilangan saudara mara dan orang tersayang ekoran peristiwa malang itu, akan merasa ngeri apabila dengar ada yang mahu melihat ia berulang.

Ramai orang yang tidak ada kaitan dengan apa 'yang dicari mereka yang merusuh itu', menjadi mangsa. Beratus orang yang sedang menonton filem (kalau tidak silap Kjee filem Hindustan) di Panggung Federal, Chow Kit telah dibunuh oleh mereka yang bersenjatakan parang dan besi tajam. Kjee dapat tahu antaranya, seorang seniwati veteran yang pernah berlakon sebagai Cik Minah Sayang. Namanya Kjee tak ingat.

Daripada cerita yang Kjee dengar, sebaik berlaku rusuhan, puluhan perusuh telah mengunci pintu panggung dan membunuh semua penonton. Kalau filem Hindustan, Kjee pasti korang tahu penontonnya tentu dari kalangan orang Melayu dan mungkin India.

Sekarang ini, nyawa semua bagaikan di hujung tanduk. Setiap kaum cukup sensitif dan Kjee tahu ada yang tidak teragak-agak untuk bertindak mengikut emosi, apabila pelbagai cacian dilemparkan. Apakah anda menyedarinya? Jadi, usahlah kita jadikan keadaan lebih berbahaya.








Jangan jadikan media sosial tempat untuk melaga-lagakan kaum dan memburuk-burukkan keadaan. Usahlah meniup api perkauman. Api, kalau kecik menjadi kawan...

Ramai, mungkin, tidak pernah merasai hidup aman damai dan harmonis antara pelbagai kaum di negara ini sebelum peristiwa malang 47 tahun lalu itu. Dalam hal ini, Kjee puji arwah bapa yang begitu rapat dengan semua bangsa. Kawan-kawannya tidak kira bangsa... Cina, India mahupun orang Sikh. Beliaulah yang buat kami empat beradik jugak saling hormat menghormati kawan-kawan kami dari pelbagai bangsa.

Contohilah bapa Kjee! Jangan kita menjadi batu api dan menyarankan anak-anak kita supaya membenci antara kaum! Anak-anak kita masih ada masa yang jauh lagi untuk dilalui... Renung-renungkanlah.

Entri Kjee dibawah ini sudah banyak kali Kjee ulang tayang kepada semua pembaca setia blog Kjee ni. Dan Kjee tidak pernah jemu menghidangkannya kembali untuk tatapan anda semua.

KLIK SINI.









Thursday, May 12, 2016

DAH ORDER COOKIES? KALAU BELUM, JOM BERAYA DENGAN ITA'S DELIGHT



Kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan pada 6 Mei depan. Tinggal 25 hari lagi kalau tak silap. Kjee rasa ada yang sudah buat persiapan pakaian anak-anak dan diri sendiri. Tailor pun dah tak terima tempahan lagi. Jangan tunggu saat-saat akhir tau.

Anyway, Kjee dah start terima tempahan untuk biskut Raya Ita's Delight. Tempahan ditutup pada 6 Jun 2016.

Mereka yang berminat, sila whatsapp 01131771389. Order harus diiringi dengan bayaran. Kjee akan beri no akaun apabila korang order.

Sila buat tempahan guna kod yang tertera. Setiap bekas mengandungi antara 48-52 keping cookies. Satu bekas RM26 kecuali Tart Nenas dan Tart Blue Berry yang dijual dengan harga RM28 se bekas. Order minima 3 bekas. Kjee akan beritahu dimana anda perlu pick up kuih yang ditempah.

Hantaran percuma sekitar Lembah Kelang dan PutraJaya.

Kalau ada di luar KL nak order, biasanya Kjee akan menyuruh mereka membuat tempahan melalui adik beradik/saudara mara/sahabat handai yang tinggal di KL. Mereka boleh membawanya apabila pulang ke kampung Raya nanti.

Lihat jugak entri sebelum ini di SINI.

Terima kasih.



#1001                                    #1002

#1003                                      #1004

#1005                                        #1006

#1007                                         #1008

#1009                                    #1010

#1011                                      #1012

#1013                                #1014

#1015                                                #1016

#1017                              #1018

#1019                 #1020



#1021                                    #1022

Wednesday, May 11, 2016

SOS PASTA HALAL DARI JJc TIDAK LAMA LAGI, INSYA ALLAH




































Sejak akhir-akhir ni Kjee tengok semakin ramai yang sudah mula minat dengan spaghetti meatballs, bolognese, nachos, pizza, lasagna, baked macaroni dan semua pasta yang berkaitan dengan makanan dari Itali. Salah satu sebab kerana ianya mudah di sediakan ibu-ibu bekerja.

Dalam pada itu, ramai was-was dengan product sos untuk membuat makanan tersebut yang di import dari luar negara. Walaupun berasaskan tomato, namun jika tersilap beli, ada terselit satu atau dua bahan yang tidak halal.

Sekejap Kjee dengar ada yang kata halal product sos tomato dalam botol jenama popular itu, dan sekejap tak halal. Bagi ibu-ibu yang rajin macam mokcik, tentu boleh google cari resipi. Tetapi Kjee tahu ramai yang lebih mudah pergi supermarket dan beli saja botol off the shelves.

Setakat ini Kjee belum dengar lagi ada kilang bumiputra yang keluarkan sos tersebut. Tiada jawapan kenapa walaupun Kjee rasa sos ini antara tarikan kalau ianya halal.

Justru Kjee terkejut apabila kawan Kjee,  Juanna Rahman, beritahu semuanya ini bakal menjadi kenyataan setelah product nya melalui beberapa proses pengiktirafan dari MARDI sedikit masa lagi. Buat masa ini Juanna menjualnya secara online atau di kiosk nya. Setelah mendapat sijil MARDI barulah Juanna mengeluarkannya secara kommersil dan menjualnya di kedai-kedai runcit dan pasaraya.



Juanna Rahman 


Kjee kagum apabila Juanna mahu mengeluarkan product ini sendirian dengan modal yang boleh dikatakan terlalu kecil. Kalau dengar cerita pembabitan Juanna dalam bisnes makanan, mesti ramai yang tidak percaya dia sedang menjalani satu fasa besar dalam hidupnya.

"Saya bermula dari rumah, buat biskut Raya, terima tempahan untuk kek. Kemudian slowly terima tempahan utk Hi-tea.  Menu lebih cenderung kepada Western dish. Tapi local dish pun buat jugak. Dulu bekerja di office. Masa kerja pun berniaga dan terima tempahan. Bila sampai satu point, I decided to resign and fully concentrate on my biz. At the same time boleh habiskan masa bersama Mak dan Nayli. Masa tu (2012) saya sewa kedai di Section 2, Wangsa Maju untuk dijadikan dapur."

Sedikit demi sedikit ibu tunggal ini menapak. Dan pada bulan September 2006, lahirlah jenama JARIJEMARI crEATion atau JJc.







Semua makanan diatas boleh dihasilkan dari sos JJc


Apabila mula mendapat tempatan yang banyak, terutama sekali makanan berasaskan pasta, Juana baru terfikir untuk mengeluarkan sos tomato yang versatile. Yang boleh digunakan untuk bolognese, topping pizza, lasagna, baked macaroni, nachos dan meatballs.

"Pasta Sauce ni saya dah buat 3 tahun. Masa mula-mula masak periuk kecil jer. Sekarang ni periuk dah berkali-kali saiznya. Alhamdullilah permintaan meningkat dari semasa ke semasa.  Saya sedang dalam proses untuk memperluaskan pasaran PASTA SAUCE JJc.

Salah satu cara untuk memperkenalkan sos selain Facebook, IG, dan rakan-rakan, saya buka kiosk dengan menjual produk dari hasil Pasta Sauce JJc seperti  Lasagna, Baked Macaroni, Meatball dan Nachos. Alhamdullilah, sambutannya cukup memberangsangkan."



Baked Makaroni



Sekiranya semua berjalan lancar, Juanna berkata dia mahu product Pasta Sauce JJc dijual di semua pasaraya. Harga sebotol yang dijualnya sekarang ialah RM10. Bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi Juanna di 0183207315. Juanna pun menerima tempahan makanan. Khabarnya yang paling meletop ialah Baked Macaroni (lihat foto).

Kjee, yang minat semua jenis pasta, memang sukalah semua food yang dihasilkan Juanna di kiosknya di Restoran Jaja Jazz, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Setiap kali ke sana, Kjee akan order Nachos, Meatballs, Baked Macaroni dan apa saja yang Juanna jual hari tu. Menu bertukar setiap hari.

Resipi sos Pasta ini adalah rekaan Juanna sendiri. Menurutnya, dia banyak kali menokok tambah dan memperbaiki resipinya dan beri kawan-kawan rasa. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, barulah dia berani menjual sos tersebut.









Bagaimana cara menghidangkan Pasta Sauce JJc?

"Biasanya saya rekemen customer campurkan sos itu dengan susu segar. Nisbahnya  1:1 untuk rasa yang boleh diterima tekak orang kita.

"Dipanaskan sos dan susu kemudian dimasukkan daging, ayam,  seafood. Kemudian dihidangkan bersama pasta kegemaran. Antara hidangan yang sesuai ialah spaghetti Bolognese, Lasagna, Meatball with Gravy.

"Sos boleh digunakan terus sebagai dipping sauce untuk Nachos. Ia antara makanan favorite customer saya apabila mengunjungi kiosk," katanya lagi.

Jugak boleh gunakan sos sebagai spread untuk sandwich dan jugak pizza sauce spread.


Pasta Sauce boleh dibeli di kiosk Juanna seperti dibawah. Tapi sebelum ke sana, sila call dulu ya.

JARIJEMARI crEATion 
0183207315
Facebook : Juanna Rahman
IG : JARIJEMARI CREATION