Wednesday, May 18, 2016

MLCP TELOR ITIK DENGAN TERUNG IBAN

















Baru-baru ini, ada seorang sahabat hulurkan beberapa biji buah Terung Iban sekembalinya beliau dari Sarawak. Kjee terharu sebab Kjee tak pun kirim dia belikan. Agaknya dia seringkali baca dalam FB yang Kjee suka sangat terung Iban yang Kjee gelar Terung Masam. Thnx Biha.

Gelaran sedemikian sebab rasa terungnya memang masam. Taklah masam macam mangga muda tetapi ia masam. Masam-masam manja gitu. Hehehe.

Kjee diperkenalkan dengan terung ini ketika selalu kunjungi Kuching puluhan tahun lalu. Tuan rumah tempat Kjee menginap, sediakan lauk Asam Rebus Ikan Terubuk Salai dengan Terung Masam. Masa tu, dia tak pulak kata itu Terung Dayak!








Keunikan rasa Terung Dayang bukan Kjee seringkali teringat. Justru kalau ada kawan ke Sarawak, Kjee selalu kirim. Malah ada sekali tu, seorang FB fren dari sana, kirim melalui pos. Kjee jugak pernah cuba ambil bijinya dan tanam tetapi tidak menjadi. Kata orang sana, tanah Sarawak yang buat terung tu jadi masam. Wallahualam.

Apabila dapat terung tersebut dan dalam peti ais ada empat biji telor itik, makan Kjee terfikir nak buat Masak Lemak Cili Padi. Mungkin Kjee orang pertama buat mlcp telor itik dengan terung Iban. Maklumlah, kat Semenanjung memang tidak ada ditemui terung ini.

Kjee potong bulat-bulat selepas buang kulitnya. Cantik pulak design nya kan? Setelah potong, Kjee celur seketika seblum masukkan dalam gulai yang hampir siap masak.

Ini kejadian minggu lepas. Memang sedap.

Nak resipi bolehlah INTAI SINI.





Related Posts:

  • MASAK LEMAK PEDAS PUCUK DAN BUNGA BETIK Pahit tak? Memanglah pahit. Sapa yang tak tahu pucuk betik tu pahit! Kjee selalu garu kepala apabila Kjee masak guna bahan asas pucuk betik, ada sahaja yang macam geli geleman tanya: "Tak pahit ker?". Nak manis ko… Read More
  • TERUNG GORENG TEMPURA DISAMBAL GARINGKAN       Ini hasil yang diperolehi semalam dari Sambal Ikan Bilis Garing yang berbaki. Kjee goreng Terung celup tepung stail Tempura dan gaulkan sambal bilis tu. Hidup ni kena kreatif kan?     &… Read More
  • DAGING GORENG KUNYIT MUDAH        Dah buntu tak tahu nak masak apa. Tetapi UnclePali suka sangat kalau daging digoreng dengan kunyit. Hari tu Kjee buat, habis sepiring dia ratah. Oleh kerana ada lagi berbaki daging dalam… Read More
  • LABU MASAK LEMAK PUTIH       Kalau makan kat kedai, nampak sahaja lauk Labu Masak lemak ini, pasti ia menjadi pilihan. Tarikannya cukup kuat.  Kjee, UnclePali dan Nadia suka sangat. Tak kesahlah kalau ada kata ia sayur… Read More
  • MASAK LEMAK PEDAS PUCUK DAUN BETIK        Lauk ini rasanya tidak diminati ramai sebab ianya pahit. Hanya yang tahu rahsia disebalik kepahitan sayur-sayuran itu, dapat menghargainya.        Apabila Kjee teringat-… Read More

0 comments:

Post a Comment