Pupukkan semangat setiakawan dari mereka kecil |
Tiap tahun tarikh 13 Mei akan muncul. Dan tiap kali, Kjee akan mengimbau kenangan masa Kjee berusia 13 tahun 10 bulan. Ngeri sangat masa tu.
Kerana itu, apabila ada suara-suara sumbang mencabar di media sosial meminta agar peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali, Kjee sangat-sangat takut. Kononnya, mereka ni (yang pastinya budak-budak yang masih mentah) mahu mengajar kaum yang tak reti dek untung tinggal dalam negara yang bertuah ini.
Apapun, itu bukan caranya untuk 'mengajar'! Pasti mereka yang kehilangan saudara mara dan orang tersayang ekoran peristiwa malang itu, akan merasa ngeri apabila dengar ada yang mahu melihat ia berulang.
Ramai orang yang tidak ada kaitan dengan apa 'yang dicari mereka yang merusuh itu', menjadi mangsa. Beratus orang yang sedang menonton filem (kalau tidak silap Kjee filem Hindustan) di Panggung Federal, Chow Kit telah dibunuh oleh mereka yang bersenjatakan parang dan besi tajam. Kjee dapat tahu antaranya, seorang seniwati veteran yang pernah berlakon sebagai Cik Minah Sayang. Namanya Kjee tak ingat.
Daripada cerita yang Kjee dengar, sebaik berlaku rusuhan, puluhan perusuh telah mengunci pintu panggung dan membunuh semua penonton. Kalau filem Hindustan, Kjee pasti korang tahu penontonnya tentu dari kalangan orang Melayu dan mungkin India.
Sekarang ini, nyawa semua bagaikan di hujung tanduk. Setiap kaum cukup sensitif dan Kjee tahu ada yang tidak teragak-agak untuk bertindak mengikut emosi, apabila pelbagai cacian dilemparkan. Apakah anda menyedarinya? Jadi, usahlah kita jadikan keadaan lebih berbahaya.
Jangan jadikan media sosial tempat untuk melaga-lagakan kaum dan memburuk-burukkan keadaan. Usahlah meniup api perkauman. Api, kalau kecik menjadi kawan...
Ramai, mungkin, tidak pernah merasai hidup aman damai dan harmonis antara pelbagai kaum di negara ini sebelum peristiwa malang 47 tahun lalu itu. Dalam hal ini, Kjee puji arwah bapa yang begitu rapat dengan semua bangsa. Kawan-kawannya tidak kira bangsa... Cina, India mahupun orang Sikh. Beliaulah yang buat kami empat beradik jugak saling hormat menghormati kawan-kawan kami dari pelbagai bangsa.
Contohilah bapa Kjee! Jangan kita menjadi batu api dan menyarankan anak-anak kita supaya membenci antara kaum! Anak-anak kita masih ada masa yang jauh lagi untuk dilalui... Renung-renungkanlah.
Entri Kjee dibawah ini sudah banyak kali Kjee ulang tayang kepada semua pembaca setia blog Kjee ni. Dan Kjee tidak pernah jemu menghidangkannya kembali untuk tatapan anda semua.
KLIK SINI.
Terima kasih Kak Jee... 13 Mei 1969 rupanya..... adeeehhh terlupa pulak tarikh bersejarah tu! Rupanya hari ni....
ReplyDelete13 may 1981 jugak saya bergelar kakak diusia2 tahun, hihi
ReplyDelete