DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 30, 2016

PES MI KARI NYONYA











Ingin hidang Mi Kari Nyonya di pagi Raya? Atau hendak sediakan sesuatu yang pantas sekiranya tetamu beritahu akan tiba dalam masa sejam dua? Kjee syorkan korang guna Pes Mi Kari Nyonya yang Kjee sediakan ini.

Tak perlu tumis. Cuma didihkan air, masuk pes. Bila dah mendidih, masuk santan dan letak ayam serta chicken balls. Kalau ada taupok dan kerang, lebih kebahboom.

Hanya RM15 satu pek untuk dijamu 5 hingga 6 orang.

Amik di pam minyak Bhp Taman Melawati pada hari Sabtu 2 Julai, dari jam 12 hingga 12.30 tengah hari. Jugak di Bandar Hussein Onn/Cheras Perdana/Taman Bukit Cheras hari yang sama, pada jam 3 petang.

Tiada servis penghantaran melalui pos atau dari rumah ke rumah.

Jika minat Whatsapp 01131771389 untuk keterangan lebih lanjut.

Orders jugak diterima selepas Raya untuk Open House dan jamuan makan.




Tuesday, June 28, 2016

SIBUK? TAK ADA MASA NAK MERENDANG?





Well, kalau sibuk atau tak nak menyibuk kat dapur, tak reti-reti ke nak meng'order'?

Dah banyak tahun Kjee buat Rendang Campur-Campur untuk jualan. Tapi tahun ni tak sihat. Mujur sifu Kjee open orders tahun ini. So, kalau korang teringin nak rasa air tangan sifu Kjee, bolehlah order ya.

My regular customers untuk Rendang Campur-Campur dulu, jangan risau, sebab resipinya sama dengan Mak Marzy. Resipi dia pun diturunkan kepada Kjee. Hehehe.

Cepat order sebab closing date 3/7/16. Whatsapp 01131771389.

Wednesday, June 22, 2016

RENDANG AYAM KELANTAN TANPA KERISIK










Kalau ada ayam dalam peti ais, nak merendang tapi masa tak banyak, cubalah buat Rendang Ayam Kelantan. Membuatnya bukan sahaja pantas tetapi bahan-bahan pun tak banyak. Tak perlu buat kerisik sebab rendang ini tak pakai kerisik.

Kalau ada yang kata, bukan namanya Rendang kalau tak pakai kerisik, itu bukan masalah mokcik tapi masalah dia. Hehehe. Serius ni. Ramai yang tanya Kjee samada Kjee tertinggal kerisik dan lengkuas dalam resipi masa Kjee mula-mula buat dulu.

Well, kalau korang nak letak, letaklah. Polis tak tangkap punyalah. Anyway, itulah resipi yang Kjee dapat dari arwah Bonda yang dapat resipi itu dari majalah MAS Inflight Magazine.

Sedap ke kalau tak letak kerisik? Sedaplah! Kalau tak sedap korang ingat Rendang Ayam Kelantan ni menu tetap mokcik di pagi hari Lebaran?

Sedap sekiranya dibuat pedas dari biasa. Nak pedas, tambah ler lagi cli padi.

Okay tak mo cerita panjang lebarlah. Korang intai resipinya kat bawah ni.

RENDANG AYAM KELANTAN

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

CARANYA:

Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.

Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.

Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak. 







BUBUR KACANG MERAH SUSU CAIR










Ini antara bubur yang Kjee suka. Mudah sangat menyediakannya. Rasanya cukup nyaman terutama sekali kalau disejukkan dalam peti ais,  sebelum menghidangnya.

Kjee pernah buat guna kacang merah yang kecil (macam kacang hijau) dengan yang agak lebar sedikit atau broad red beans. Pilihan Kjee ialah jenis yang kecil. Kacang merah yang sama yang digunakan mereka untuk membuat inti kuih pau atau diletak dalam ais kacang.

Walaupun menggunakan Pressure Cooker (Periuk Tekanan), namun Kjee tetap merendamnya sejam dua sebelum merebusnya. Kalau tidak menggunakan periuk tekanan, mungkin mengambil masa dua atau tiga jam untuk merebus. Air sentiasa ditambah sekiranya kering. Tetapi dengan periuk tekanan hanya mengambil masa kurang dari setengah jam.

Kacang itu dianggap sudah boleh dijadikan bubur sekiranya dilenyek dan ia didapati halus. Ketika itulah boleh ditambah gula dan sedikit garam, mengikut citarasa.

Sejukkan di suhu bilik. Kemudian masukkan dalam peti ais. Ketika hendak menghidang, curahkan susu cair (evaporated milk).








Tuesday, June 21, 2016

BUBUR NASI - MENU RINGAN TAPI MENGENYANGKAN








Kalau sudah dua minggu dihidangkan makanan yang berat-berat di bulan Puasa ini, sesekali bolehlah terai makan bubur kosong. Nak katakan kosong, taklah kosong sangat sebab ada lauk pauk sampingan mengikut citarasa kita.

Bubur ini Kjee letak santan sedikit sahaja masa memasaknya. Kemudian bila dah masak, pecahkan telor asin ke dalamnya.

Pastu buatlah lauk apa yang suka. Kangkung goreng belacan pun sedap banget. Tapi kalau buat bubur macam ni, Kjee mesti buat bilis goreng sama bawang putih dan cili padi. Sangat-sangat sedang digandingkan bersama.

Mula-mula hiris bawang putih. Goreng garing, tepikan. Kemudian goreng cili padi. Hati-hati sebab ia akan meletup-letup. Asingkan. Kemudian goreng ikan bilis sampai garing. Tepikan. Bila ikan bilis dah sejuk, gaulkan bersama bawang putih dan cili padi. Nak tahu sedap ke tidak makan dengan bubur nasi, cubalah.

Jugak boleh cuba macam Teo Chew porridge. Resipi klik SINI.




Monday, June 20, 2016

BUKU MASAK TERBARU DARI CHEF SELEBRITI NORZAILINA





Kjee hairan anak-anak gadis sekarang. Dah nak kahwin pun ada yang masih tak reti nak masak. Seorang dua yang Kjee tanya, pandai masak apa... dengan bangga dia kata masak air, goreng telor dan masak nasi. Itu pun guna rice cooker.

Amboiii dia ingat jawapan tu kelakor bebenor!

Zaman Kjee dulu, kalau tak reti masak, jangan gatal nak kahwin. Masa Kjee nak kahwin dengan abah Nadia dulu (sekarang dah arwah), kakak dia siap suruh Kjee masak. Dia nak datang rumah makan! Masa tu Kjee tinggal bujang di Flet Kampung Baru.

Jenuh jugaklah Kjee masak lauk satu meja, siap dengan kuih muih. Konon nak bagi bakal kakak ipar terai test. Mungkin Kjee lulus cemerlang maka dapatlah Kjee kahwin dengan adik dia. Hahaha.

Kenapa tetiba Kjee buat entri ini? Sebab Kjee baharu dapat memiliki buku masakan Chef Selebriti Norzailina yang terbaru. Lihat foto atas.

Ada 12 buah kesemuanya. Beliau yang Kjee sapa Chef Lina, ajar step by step lagi. Dwi bahasa pulak tu! Kalau tak faham bahasa Malaysia tengok yang bahasa Inggeris!










Kalau dah ikut panduan yang diajar Chef Lina, dan masih kata tak pandai lagi memasak, Kjee rasa elok korang jangan mengaku jadi orang pompuan. Maaf gurau kasar. Hehehe.

Masa jumpa Chef Lina Sabtu lepas, buku yang diberinya tertinggal dalam kereta. Sampai rumah dan turunkan Kjee, Nadia terus keluar servis kereta dia. Tak lama lepas tu dia Whatsapp Kjee.

"Mama suka makan kuih Kulit Popia Manis?" Eh kenapa pulak dia tanya.
"Kalau ada orang jual, beli ajelah," jawab Kjee malas nak layan.

Balik rumah dia bercerita lah sebab dia bertaya. Rupa-rupanya masa servis kereta, dia intai-intai buku masak Chef Lina.

"Nadia nak buatlah. Macam senang aje. Kalau dah ajar step by step, masih tak dapat buat, tak tau nak katalah."










Apapun, kalau orang malas memang seribu satu alasan yang diberi. Alasan tak masuk akal. Tapi, Kjee memang teruja dengan buku masakan yang dihasilkan Chef Norzailina.

Tak mau lah citer panjang-panjang lagi. Baik korang pergi dapatkan buku Chef Norzailina ni. Murah aje. Siapkan budget RM60 untuk 12 buah buku tu. RM5 jer satu tapi kalau tak beli semua 12, memang rugi!!!

Macam-macam lauk pauk ada. Kalau korang dah terai setiap satu masakan tu, bukan aje korang senang dapat laki (yang belum kahwin lah), yang dah kahwin tu boleh tambat laki korang kat rumah. Insya Allah, suami tu tak cari makan kat luar lagi. Oppppssss kena susun bahasa ni. Hehehe.

Kalau ada yang confirm tak nak kahwin tapi nak belajar masak supaya boleh jadi Chef ataupun buat bisnes dari rumah, bolehlah dapatkan buku-buku Chef Norzailina ini.








Buku 100 Resipi Biskut, Kek, Manisan dan Kudapan bulan, kalau tak silap Kjee dah tiga bulan di pasaran. Harganya RM27 dan RM30 kat Sabah/Sarawak. Kalau dah judul dia 100 resipi maka tak payahlah nak cerita ada berapa banyak resipi dalam buku tu ya.

Cepat beli sebelum habis. Kenapa mesti beli buku Chef selebriti ini? Sebab gambar-gambar sangat menarik, resipinya mudah diikuti sebab ada sediakan panduan Langkah Demi Langkah.

Buku-buku ini sangat elok dijadikan hadiah buat bakal pengantin atau hadiah hari jadi buat anak perempuan dan juga lelaki. Anak lelaki sekarang pun harus diajar masuk ke dapur supaya senang nanti bila dah kahwin. Manalah tau isteri nanti setiap tahun beranak. Bolehlah si suami bantu isteri masak bagi makan anak-anak masa si ibu dalam pantang.





Friday, June 17, 2016

MI KARI NYONYA YANG ENAK







Ini hidangan untuk esok. Kjee terliur tengok fren FB Norazimah Ahmad, buat semalam. Katanya guna resipi Kjee. Alhamdullilah ramai yang dah cuba buat, kata ia menepati selera mereka. Ada yang kata rasa macam kat Pappa Rich.

Kalau kita masak sendiri, kita boleh adjust santan. Mi Kari Nyonya resipi ori, biasanya terlalu lemak. Sangat tidak sihat bagi orang tua macam Kjee. Jadi kalau buat, Kjee lebihkan rempahnya dan kurangkan santan. Makan pun tak muak sangat.

Mi Kari Nyonya tak letak telor rebus macam mi kari Melayu. Tapi ianya dianggap tidak lengkap kalau tiada taupok (tahu goreng), ayam, fish balls (Kjee guna chicken balls) serta kerang. Tetapi ramai tak gemar letak kerang sebab alahan atau alergik. Tak ada pun tak apa bagi Kjee. Kekadang Kjee letak jugak kacang panjang yang telah dicelur.

Esok, mungkin Kjee nak campur mi dengan mihun. Harap-harap jadilah buat esok. Kekadang lain yang dirancang, lain pulak menjadi. Hehehe.










Kalau nak resipi, sila klik SINI.

Boleh makan dengan cili jeruk atau sambal. Kalau nak tahu, sambal tu sebenarnya, rempah mi kari yang telah ditumis. Kalau ada yang request nak sambal, Kjee masak rempah itu lebih-lebih sikit pastu tepikan. Bila nak hidang letak sekali dalam mangkuk.

Tetapi kalau kuah kita sudah cukup rasa rempahnya, tak perlu sambal berasingan. Makan dengan cili jeruk pun sedap sangat.

Resipi untuk cili jeruk, sila klik SINI.

Biasanya kalau buat Mi Kari, Kjee akan buat rempahnya banyak-banyak. Tumis dan simpan dalam freezer. Bila teringin nak makan, mudahlah kan? Hanya tambah santan dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba.





Thursday, June 16, 2016

DAGING KAPRAU aka SELASIH









Tadi pergi Hero Market, ternampak daun Selasih. Segar-segar. Rembat dua ikat. Satu ikat tu 88 sen dan satu lagi 79 sen. Murah kan? Tak payah susah-susah nak tanam.

Kalau nampak Daun Selasih, selain teringat Laksa Johor, Kjee terus terfikir nak buat Daging Goreng Kaprau. Kaprau dalam bahasa Thai bermaksud Daun Selasih. Kjee tak pasti sama daun Selasih Thai sama dengan yang ditemui di negara kita. Ia juga dikenal sebagai Sweet Thai Basil. Manis tang mana, tak tau lah nak kata. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Daun Kemangi.

Anyway, kalau masak lauk ni, ia mesti super duper pedas. Masa makan pertama kali kat Ali Tomyam, depan Mesjid Keramat, hampir terkeluar biji mata Kjee menahan kepedasan. Tapi, kalau nak masak di bulan Puasa, elok dikurangkan sedikit kepedasannya.

Walaupun dah ada daun Selasih, Kjee masak esok kot sebab hari ni giliran makan di luar. Tiga hari masak, sehari rehat hehehe.

Dah banyak kali Kjee buat sejak belajar makan. Selalu buat ratah aje.

Kalau nak resipi, klik SINI.








Wednesday, June 15, 2016

JUS LOBAK MERAH BERSUSU






Tetiba aje teringat jus Carrot bersusu. Terus selongkar peti ais. Ada dua biji lobak merah tapi dah kecut. Untuk buat sayur bolehlah tapi kalau nak buat jus, rasanya tak kena. So terus whatsapp UnclePali suruh beli carrot masa balik kerja nanti.

UnclePali yang rajin buatkan jus di bulan Puasa. Macam-macam jus dia buat. Selain tu, yang paling Kjee suka ialah Sirap Bandung Aiskrim Soda Johor. Sedap sangat.

Kjee ada Juicer jadi sangat mudah buat jus yang ada serat. Tak perlu tapis lagi. Jolok aje carrot ke dalam corong Juicer tu, yang keluar hanya jus yang piau (pure). Hanya perlu tambah susu manis dan ais.

Kalau tak ada Juicer, boleh kisar kemudian tapis hampasnya. Jangan campur banyak air sebab ianya sedap kalau pekat. Kalau UnclePali, dia tak campur air setelah diperah dalam Juicer. Ais tu bubuh banyak-banyak. Hmmmm dah terbayang-bayang.


REBUNG LEMAK PEDAS DENGAN IKAN TALANG MASIN





Buka peti ais tadi nampak sepeket rebung. Beli kat Hero Market. Rebung yang sudah dihiris-hiris. Tak pasti samada Rebung Madu atau yang biasa. Renung peket tu seketika. Kena masak lemak cili padi ni.

Dalam freezer ada daging batang pinang dan ayam. Kalau ada udang sedap jugak kan? Tapi harga udang sekarang tak munasabah. Yang elok dan kasar sikit, RM30++. Waduh. Sebab tu dah banyak minggu Kjee tak berani beli. Tunggulah bila harga turun sikit boleh rembat. Hehehe.

Tetiba teringat ada baki ikan talang masa buat Kari hari pertama Ramadhan aritu. Cantik!! Jadi menu hari ni, Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kering Talang Masin.

Bukan mudah nak fikirkan menu di bulan Puasa. Seharusnya lain daripada yang lain. Apapun, housemates Kjee tak cerewet. Anything goes. Tak masak pun tak apa sebab Kjee bukannya sihat sangat. Beli aje kata mereka masa menjelang Ramadhan aritu.

Tetapi sebagai isteri dan ibu, Kjee tidaklah mengharapkan itu sebagai lesen untuk Kjee senang lenang tak perlu masak bulan Puasa ni. Tekak sendiri pun kena layan. Kjee memang tak berapa lalu makan makanan beli di Pasar Juadah. Bukan sebab Kjee terer masak tetapi Kjee selalu was-was kesegaran dan kebersihannya. Maklum lah yang nak makan orang yang berpuasa. Kalau kena yang dah basi, tak ke kesian mereka.

Apapun, selain Rebung Ikan Masin ni, Kjee jugak plan nak goreng Ikan Siakap masak Tiga Rasa. Atau buat lauk fav Nadia iaitu Sweet Sour Siakap. Tengoklah apa jadi petang nanti.

MLCP Rebung Ikan Masin ni tiada resipi istimewa. Tumbuk cili padi sama kunyit hidup. Pastu tumis sehingga garing, masukkan rebung sekejap. Jugak satu atau dua batang serai yang telah diketuk-ketuk.  Lepas tu masukkan santan dan ikan kering. Ikan kering tu rendamlah sejam dua bagi hilang masin. Letak sehelai daun kunyit yang sudah dicarik-carik. Tunggu hingga mendidih, pelankan api. Letaklah sekeping asam gelugor.

Ini cara Kjee. Ada orang didihkan santan pekat bersama bahan tumbuk. Bila dah mendidih, masukkan rebung dan ikan masin. Cara masing-masing. Apapun caranya, bila dah masak jadi lauk yang sama jugak. Hehehe.

Biasanya, kalau masak lauk berasaskan ikan kering masin, Kjee letak sedikit sahaja garam. Masa nak makan baru dirasa dan ditambah mana yang patut.

Kalau nak letak daging, boleh ikut resipi SINI.





Tuesday, June 14, 2016

BUAH MELAKA RESIPI MAT GEBU







Baru seminggu lebih kita berpuasa, dah empat kali Kjee beli Buah Melaka. Nadia suka dan liar aje mata dia apabila nampak Kjee atau UnclePali makan. Dia takut habis. Hehehe.

Sedapnya Buah Melaka ini terletak kepada cara kita adunkan tepung tu. Kalau terlalu keras dohnya, nanti liatlah kuih. Dan gula Melaka nya juga memainkan peranan. Kalau dapat gula Melaka yang ori, alahai sedapnya. Rasa lemak manis.

Sabtu ni Kjee nak ajar Nadia buat. Bila Kjee beritahu, dia kata dah tahu. Hmmm entah bilalah dia belajar.

Kalau tak mau kelapa tu basi, kukus seketika.

Arini Kjee letak resipi Che Mat Gebu, blogger Dapur Tanpa Sempadan. Kjee buat main campak-campak jer. Asal jadi. Hehehe.

BUAH MELAKA
Resipi Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)

Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...









STORY MOKCIK DAN DIABETES







Masa doktor kat Klinik Kesihatan Setiawangsa beritahu Kjee pemeriksaan berikutnya dalam bulan Puasa, Kjee kerut dahi. Masa tu pertengahan bulan Mac. Risau jugak kalau kena jumpa doktor dalam bulan Puasa. Kenapa? Sebab kalau ke sana, Misi mesti cucuk jari cek darah. Mesti kantoi sebab bulan Puasa lah Kjee joli katak makan kuih muih kesukaan yang semestinya manis-manis kan? Hehehe.

Kemudian doktor tambah, pada 19 Mei pulak kena amik darah untuk cek gula dalam darah. Ujian ini sangat-sangat tepat daripada yang cucuk kat jari, katanya. Opppps lagi buat mokcik risau. Tapi Kjee pasrah aje.

Cos I believe I've been good. Jaga pantang. Makan ubat spital. Minum air rendaman halba (ubat alternatif). Elakkan makanan yang boleh memudharatkan. Antaranya nasi. Mujurlah Kjee bukanlah rice lover sangat. Makan nasi sesuap dua. Ratah lauk yang banyak.

Tapi dek kerana penyakit diabetes memang penyakit keturunan, maka Kjee pun tidak mampu menghalang. Apapun, Kjee bangga hanya dapat penyakit itu setelah usia hampir 6 series. Arwah mak kena masa usia beliau dalam lingkungan 40-an. Begitu jugak seorang lagi adik yang baru sahaja meninggal dunia. Begitulah hebatnya Kjee menjaga sejak muda. Alhamdullilah.

Pagi tadi, masa nak sahur, Kjee cubalah jugak nak cheat. Makan satu mangkuk cornflakes (opppsss Keloggs Choc Frosties. Frosties ada gula) dicurah lebih kurang ½ cawan fresh milk. Kononnya dengan harapan dapatlah membantu sedikit masa cek darah karang. Kjee terlupa bahawa result ujian darah Mei lalu, akan dapat arini.

Lepas solat Subuh, dada berdenyut kencang. Kali ni mesti kantoi punya. Kalau sebelum ni bacaan kurang dari 7, tapi pasal dah seminggu makan fruit cake, bubur butir nangka dan tepung pelita, rasa-rasanya bacaan akan meloncat 12 hingga 13. Tapi tak apa, kupujuk hati ni. Lepas Raya nanti, akan buat akujanji. Hidup akan back to normal. Hehehe.

Panjangnya mukaddimah. Lantak ler sebab mokcik happy sangat arini.




Ujian ni tak tepat sangat rupanya!


Sampai di Klinik, sekejap jer masa menunggu. Cucuk jari. Bacaan 8.4. Alamak. Tinggi sikit. Selalu kalau buat sendiri kat rumah bawah angka 7! Tapi masih okay belum nampak angka belas-belas. Cek tekanan darah 142/69. Angka yang atas borderline tapi yang bawah okay. UnclePali senyum. Dia tahu Kjee risau.

Tak sampai 10 minit, nombor dipanggil masuk bilik doktor. Kali ni Dr Anas. Doktor Melayu yang ada iras-iras orang Cina. First time jumpa doktor ni. Badan ala-ala abang sado gitu. Rajin ke gym kot. Oppppssss puasa tak leh perhati-perhati sangat-sangat.

Doktor selak kad. Kemudian dia tengok bacaan pagi tadi. Okay tapi mesti turun lagi bacaan gula tu. Dia kata nanti kena amik darah. Hah buat apa? Aritu kan dah amik. Rupa-rupanya Misi tak update. Tunggu lebih kurang lima minit. Mula risau sebab Dr Anas kata, kalau hasil ujian tinggi, mungkin kena cucuk Insulin! Mak oiii terbang semangat mokcik.

Result ujian sampai. Dr Anas senyum. Tunjuk hasil ujian.

"Bacaan yang baik adalah 6.5. Puan punya 6.7. Tahniah!"

Terbeliak mata mokcik. So tak payah insulin? Tak kronik?

"Puan baru sampai separuh jalan sahaja dari nak kena Insulin. Tapi, harus jaga pemakanan. Jangan sampai terlajak. Otherwise semua okay. Ubat jangan lupa ambil. Ambil hari-hari kan?"




Takutnya kalau kena cucuk Insulin



Well, kekadang terlupa jugak. Hehehe. So, itulah kejadian pagi tadi yang made my day!!!

Thank God I've been GOOD.. sooo GOOD!! Terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya. UnclePali dan Nadia memang konfiden dengan Kjee. Mereka tahu Kjee pengecut dan sangat-sangat pandai ikut pantang larang. Serius ni!!

Anyway, Kjee berat pulak nak cerita kat Dr Anas yang Kjee telah minum Air rendaman Halba sebagai ubat alternatif sejak 6 bulan yang lalu. Ubat spital pun telan jugak tau! Itu saranan seorang doktor wanita India masa Kjee dirawatnya di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, 6 bulan lalu.

Rendam lebih kurang satu sudu teh halba dalam ½ mug air panas. Tutup mug dengan piring dan biarkan semalaman. Pagi esok, minum air itu semasa perut kosong. Halba tu tak payahlah ditelan sekali. Rasanya pahit-pahit sikit. Tapi lama kelamaan tak rasa apa dah.

Seorang kawan Kjee berbangsa India beritahu, kena amalkan untuk masa yang panjang jika hendak lihat keberkesanannya. Thank You Chef Thyaga B Rajan for the tips. Kjee buat setiap hari sejak 6 bulan yang lalu. Dan Alhamdullilah diabetes Kjee under control.

Itu jer story mokcik. Selamat Berpuasa.




Inilah halba kalau tak kenal

Monday, June 13, 2016

LAUK DAGING SAMA PETAI BERCILI





First time Kjee makan Daging Goreng Cili bersama petai ini di kedai makan Anne, adik angkat Kjee di Paya Jaras. Kjee mintak resipi. Anne malu-malu nak beri sebab katanya, goreng berlada biasa saja tapi dia letak petai.

Hari ni Kjee baru teringat kat peti ais ada petai, daging batang pinang dan Sambal Ijo (hijau). Bolehlah dijadikan lauk berbuka puasa arini. Lagipun Kjee tak berapa sihat. Lepas Subuh tadi tetiba terasa demam. Itu yang plan nak masa simple-simple sahaja.

Sebab itu Kjee pentingkan stok Sambal Hijau. Buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Time tak sihat atau tak ada idea, bolehlah dijadikan lauk.

Apapun, Kjee beri resipi Daging Berlado atau bercili kalau ada yang tak suka buat Daging Sambal Ijo. Kalau tak suka petai, tak payah bubuh.

DAGING BERCILI PETAI

300 gms daging batang pinang
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
sedikit cili api (kalau suka)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
serbuk kunyit
petai
garam
serbuk perasa (optional)

cara:

1. Daging dihiris nipis. perapkan kira2 sejam setelah dibubuh serbuk kunyit dan garam.
2. Tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. jangan terlalu halus. Kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar. Sebiji lagi dihiris bulat2.
3. Bubuh minyak sebanyak ½ cawan ke dalam kuali dan goreng daging hingga garing. Keluarkan.
4. Kemudian tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak.
5. Setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. Jangan banyak sangat garam sebab daging tadi sudah diperap dengan garam. Kacau seketika dan masukkan bawang yang telah dihiris bulat2.
6. Apabila bawang sudah layu, masukkan daging dan kacau hingga rata dengan sambal tadi.
7. Masukkan petai yang telah digoreng setengak masak. Gaul. Dan padam api.










Stok Sambal Ijo

















Sunday, June 12, 2016

SAMBAL GORENG JAWA









Kjee orang Jawa. Jawa piau (pure). Mak bapak datuk nenek semua Jawa. Jadi tekak ni kalau tak pekena lodeh kering atau arwah Mak kata Sambal Goreng, tak sah hidup. Mujur anak dara kita pun favorite. Tak ada sambal goreng pagi Raya, boleh menitiskan airmata.

My other half orang Utara. So, dia tak berapa minat sambal goreng ni. Jeling jer kalau Kjee hidang. Nak buat camner kan? One man's meat is another's poison. Tak suka makan, Kjee tak kesah. At least dapat bedal berdua aje dengan Nadia.

Sambal Goreng ni, kalau Kjee buat, ikut mood. Kalau mood baik, ikut sebijik resipi arwah Mak. Kalau tak ada mood, buat yang serba ringkas.



Versi ini letak petai


Resipi asal arwah Mak, guna tiga jenis cili. Cili hidup (cili merah), Cili Kering dan cili Padi. Semua cili ini beliau hiris halus-halus. Cili kering digunting dan direndam seketika. Selain itu, mesti letak sedikit belacan. Tak ada belacan, lari rasanya. Begitu jugak gula Melaka. Kalau letak gula putih ntah apa rasanya sebab kita tak pernah letak gula pasir.

Kalau mak buat mesti lengkap ada hati ayam, pedal dan jugak ayam. Versi Kjee, mesti tambah udang baru umphhhh. Kekadang kalau budget lebih, selak udang baru nampak bahan-bahan lain. Hahaha.

Okay itu aje nak story. Seperti biasa, kalau korang teringin nak buat, klik resipi kat SINI.





Versi selak udang nampak tahu, tempe hehehe

Saturday, June 11, 2016

MY SUPER MOM NIECE, PUTRI ALIA FARINA







Rayn 1 tahun



Kjee gelar Alia Farina, anak sedara Kjee, Super Mom sebab mampu mengalas tugas membesarkan lima orang anak lelaki, seorang diri tanpa bantuan pembantu rumah. Bukan dia tidak mampu menggaji maid tetapi adakah maid yang sanggup kerja untuk majikan yang ada lima anak yang masih kecil?

Alia yang berusia tiga puluhan, bersalin tiga kali dan mempunyai 5 anak! Anak kedua yang dilahirkan adalah kembar tiga!

Yang sulung Raif, kini 8 tahun. Riyadh, Rizq dan Ra'ed berusia 5 tahun sementara yang latest, Rayn (yang bermakna salah satu pintu Syurga), baru setahun.

Kjee usik Alia suruh try untuk baby girl. Tapi Alia ketawa sambil kata, cukuplah setakat ini kerana dia pun sudah di hujung tiga puluhan.

Alia adalah bekas Pramugari MAS dan berkahwin dengan Nazriel, seorang Pilot Air Asia. Nazriel hanya membantu ringankan beban Alia menguruskan anak-anak kalau dia tidak fly jauh-jauh. Sekiranya perlu berurusan membeli barang keperluan dan sebagainya, rasanya Alia menghantar anak-anak ke rumah ibunya, yang berhampiran kediamannya.

Jadikanlah Alia contoh, seorang ibu muda yang sangat gigih membesarkan anak-anak sendirian. Sesuatu yang sukar dilakukan ibu-ibu muda sekarang.

Mungkin ada yang kata, ibu mereka besarkan 7 atau 11 anak single handedly dulu. Itu dulu. Anak-anak 20 tahun dulu, tak sama dengan anak-anak sekarang yang terdedahkan kepada pelbagai gejala. Dan dulu membesarkan anak-anak yang ramai, tindak semahal sekarang.

Apapun, Kjee doakan Alia dan Nazriel dapat melakukannya tanpa banyak halangan.

Love you Alia. Aunty Yah mohon Allah SWT sentiasa beri Alia kekuatan, kesihatan dan rezeki melimpah ruah. Aaminn.


Alia dan Nazriel








Tiga foto diatas ini ketika mereka berusia 22 bulan