Wednesday, June 8, 2016

BUAH KURMA PENAWAR GASTRIK


Foto ehsan Cik Google


Pagi tadi sewaktu bangun untuk Sahur, Kjee terdahulu minum air rendaman buah Kurma yang dikatakan penawar untuk mereka yang mengalami gastric dan juga reflux. Reflux adalah keadaan dimana kita sendawa dan terasa kepedasan/keperitan, di tekak.

Pada pagi Ramadhan kedua, Kjee mengalami Reflux sebaik sahaja selesai solat Subuh. Biasanya, kalau kena Reflux, Kjee terus minum air untuk melegakannya. Tetapi kerana Puasa, Kjee terpaksa sabar dan cuba seberapa banyak telan air liur. Nasib baik, keadaan tekak pedih dan perit itu tidak berlarutan.

Kemudian seperti biasa, ketika sembang-sembang di Facebook, ada kawan yang respon. Arba'ayah Salleh Lynda mengesyorkan agar diminum air rendaman buah kurma untuk mengelakkan gastric dan jugak  mengelak bunyi 'mengaum dalam perut'.

Menurut Arba'ayah, buah yang harus direndam ialah jumlah ganjil. Dia cadang tiga biji. Buang bijinya, carik-carik dan masuk dalam mug. Tuang air masak ke dalam mug, tutup mug dengan piring dan minum ketika Sahur.

Ramai yang beri testimoni. Mereka kata itu memang amalan untuk gastrik. Alhamdullilah.

Jadi, malam tadi, Nadia rendam tiga biji buah Kurma seperti yang disarankan Arba'ayah. Manis airnya. Tetapi Kjee tak telan buahnya sebab terlalu manis. Malam ini akan ulang lagi proses itu.

Setakat jam 10 pagi ini, Kjee belum terkena Reflux atau bunyi 'mengaum dalam perut'. Alhamdullilah.

Cubalah. Kjee dah malas bergantung kepada ubat-ubatan. Dan kalau ada ubat alternatif seperti ini, amat dialu-alukan.

AIR NABEEZ

Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


Terima kasih Din Serinilam share info ini.

Related Posts:

  • DATO SERI NAJIB - A TRUE AND FINE GENTLEMAN! Kena usik sikit dengan Kjee, merah padam muka Dato Seri!!  Apa yang kita dapat bayangkan kalau pandang wajah Dato Seri Najib di TV, gambar atau surat khabar? Mesti korang kata kulit putih melepak, bibir mer… Read More
  • HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS Dua puluh lima tahun lalu, Kjee teringin sangat mahu dia lahir pada Chinese New Year. Tetapi, dia tak sabar nak tunggu. Dua hari sebelum CNY 1988, Farah-Nadia dilahirkan. Tetapi hari ini, 10 Februari 2013, impian Kjee me… Read More
  • FIKIRANKU KEMBALI TENANG... Ya betul. Fikiran ku yang berserabut hampir sebulan lamanya, nampaknya akan kembali tenang. Ramai kengkawan mesej tanya kenapa tak ceria macam dulu. Setiap posting macam sedih jer. Hah? Mahunya tak sedih. Dan Kjee ra… Read More
  • JO, NASH DAN KJEE Nash - ehsan mStar Hari tu kalau tak silap Kjee, ada terbaca berita Jaafar Onn cari calon isteri. Apabila tersiar di Facebook, ramai yang menyuarakan hasrat ingin jadi calon bakal isteri JO. Tak tahulah samada JO dah … Read More
  • MY BLOG IS TWO! Asssalamualaikum. Hari ini blog Kjee dah dua tahun wujud. Dua tahun Kjee bersiaran di alam maya. Tujuan asal menulis di sini dulu sebab nak hilangkan rasa boring. Boring sebab jadi OKU (ketika itu) dan terperap kat ruma… Read More

3 comments:

  1. Utk ini, jenis kurma yg paling baik ialah kurma safawi. AllahuA'lam

    ReplyDelete
  2. Nak amalkan... nk elak gastrik dibulan puasa ni .terima kasih kak jee

    ReplyDelete
  3. Air masak tu air panas atau air masak yg sudah sejok?

    ReplyDelete