Wednesday, June 22, 2016

BUBUR KACANG MERAH SUSU CAIR










Ini antara bubur yang Kjee suka. Mudah sangat menyediakannya. Rasanya cukup nyaman terutama sekali kalau disejukkan dalam peti ais,  sebelum menghidangnya.

Kjee pernah buat guna kacang merah yang kecil (macam kacang hijau) dengan yang agak lebar sedikit atau broad red beans. Pilihan Kjee ialah jenis yang kecil. Kacang merah yang sama yang digunakan mereka untuk membuat inti kuih pau atau diletak dalam ais kacang.

Walaupun menggunakan Pressure Cooker (Periuk Tekanan), namun Kjee tetap merendamnya sejam dua sebelum merebusnya. Kalau tidak menggunakan periuk tekanan, mungkin mengambil masa dua atau tiga jam untuk merebus. Air sentiasa ditambah sekiranya kering. Tetapi dengan periuk tekanan hanya mengambil masa kurang dari setengah jam.

Kacang itu dianggap sudah boleh dijadikan bubur sekiranya dilenyek dan ia didapati halus. Ketika itulah boleh ditambah gula dan sedikit garam, mengikut citarasa.

Sejukkan di suhu bilik. Kemudian masukkan dalam peti ais. Ketika hendak menghidang, curahkan susu cair (evaporated milk).








Related Posts:

  • TELOR DADAR KACANG PANJANG       Kjee buat Omelete Kacang panjang ini Ahad lepas. First time makan dulu di sebuah restoran Nyonya kat Setiawangsa. Restoran itu dibawah opis kami (Mingguan Utara). Owner dia wanita Nyonya yang berka… Read More
  • OTAK-OTAK BABA DAN NYONYA PERANAKAN          Apabila kita sebut Otak-Otak, semua akan terbayang Otak-Otak yang dibungkus dalam daun kelapa. Isinya berwarna merah dan dipanggang atas arang. Banyak gerai-gerai di Kuala Lumpur seka… Read More
  • SALTED EGG SOFT SHELL CRABS          Kjee mula merasa makan soft shell crabs (ketam kulit lembut) di restoran Jepun. Macam-macam cara masakannya. Tapi kami suka Temaki with Soft Shell Crabs. Kami sekeluarga memang minat … Read More
  • NADIA MASAK MI HAILAM LAGI!       Apabila badan tidak sihat, tekak mula meragam. Tadi Nadia tanya nak makan apa. Kjee geleng kepala. Tak selera. Kemudian dia tanya, nak makan Mi Hailam? Terus angguk. Happy sangat!     &… Read More
  • PENANG PRAWN MEE              Dah tiga bulan Kjee menyepi. Hehehe ada yang email tanya sama ada blog ini masih wujud. Of course it is! Kjee cuma lay off sekejap untuk dapat idea. Dah lama sangat men… Read More

0 comments:

Post a Comment