Buka peti ais tadi nampak sepeket rebung. Beli kat Hero Market. Rebung yang sudah dihiris-hiris. Tak pasti samada Rebung Madu atau yang biasa. Renung peket tu seketika. Kena masak lemak cili padi ni.
Dalam freezer ada daging batang pinang dan ayam. Kalau ada udang sedap jugak kan? Tapi harga udang sekarang tak munasabah. Yang elok dan kasar sikit, RM30++. Waduh. Sebab tu dah banyak minggu Kjee tak berani beli. Tunggulah bila harga turun sikit boleh rembat. Hehehe.
Tetiba teringat ada baki ikan talang masa buat Kari hari pertama Ramadhan aritu. Cantik!! Jadi menu hari ni, Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kering Talang Masin.
Bukan mudah nak fikirkan menu di bulan Puasa. Seharusnya lain daripada yang lain. Apapun, housemates Kjee tak cerewet. Anything goes. Tak masak pun tak apa sebab Kjee bukannya sihat sangat. Beli aje kata mereka masa menjelang Ramadhan aritu.
Tetapi sebagai isteri dan ibu, Kjee tidaklah mengharapkan itu sebagai lesen untuk Kjee senang lenang tak perlu masak bulan Puasa ni. Tekak sendiri pun kena layan. Kjee memang tak berapa lalu makan makanan beli di Pasar Juadah. Bukan sebab Kjee terer masak tetapi Kjee selalu was-was kesegaran dan kebersihannya. Maklum lah yang nak makan orang yang berpuasa. Kalau kena yang dah basi, tak ke kesian mereka.
Apapun, selain Rebung Ikan Masin ni, Kjee jugak plan nak goreng Ikan Siakap masak Tiga Rasa. Atau buat lauk fav Nadia iaitu Sweet Sour Siakap. Tengoklah apa jadi petang nanti.
MLCP Rebung Ikan Masin ni tiada resipi istimewa. Tumbuk cili padi sama kunyit hidup. Pastu tumis sehingga garing, masukkan rebung sekejap. Jugak satu atau dua batang serai yang telah diketuk-ketuk. Lepas tu masukkan santan dan ikan kering. Ikan kering tu rendamlah sejam dua bagi hilang masin. Letak sehelai daun kunyit yang sudah dicarik-carik. Tunggu hingga mendidih, pelankan api. Letaklah sekeping asam gelugor.
Ini cara Kjee. Ada orang didihkan santan pekat bersama bahan tumbuk. Bila dah mendidih, masukkan rebung dan ikan masin. Cara masing-masing. Apapun caranya, bila dah masak jadi lauk yang sama jugak. Hehehe.
Biasanya, kalau masak lauk berasaskan ikan kering masin, Kjee letak sedikit sahaja garam. Masa nak makan baru dirasa dan ditambah mana yang patut.
Kalau nak letak daging, boleh ikut resipi SINI.
Salam kak jee.. sedap tu rebung.. hihihi memang best menu akak..nyum2
ReplyDelete